Rate

Bab 3

Other Series 4093

"Huwaaaaa..." Nash menggeliat di hadapan balkoni biliknya . Angin segar yang tersebar luas di pagi hari disedutnya sambil memejamkan mata . Nak ada feeling la katakan .

"Satu , dua ,satu , dua .." Nash sempat membuat sedikit senaman untuk mengaktifkan sendi dan urat di dalam badannya . Nash memang begini, setiap hari akan buat benda yang sama . Jaga kesihatan kononnya .

Pagi sabtu yang indah . Ozi masih lagi lena memeluk bantal busuk itiknya di dalam bilik .
"Kringggghh!!!!" Alarm sudahpun berbunyi menandakan hari sudah pagi. Mata Ozi masih lagi tertutup rapat seperti rapatnya tirai opera tertutup setelah habis persembahan . Jam terus berbunyi .

Tidak lama kemudian, ....
"Bukkkk!!" berderai jam tersebut di lantai . Ozi melihat sahaja jam yang baru sahaja ditikamnya ke lantai . Dia masih mamai . Tidak tahu apa yang terjadi . Kalau nak tahu, ini adalah jam Ozi yang ke 55 . Almaklumlah , anak bujang , tak suka dikejutkan bangun . Nasib baik mak ayah kaya . Mak ayah Dato Datin kot . habaknya mana ndak kayo ehhh ..

Ozi bangun lalu menarik langsirnya . Cahaya matahari pagi itu menyerap masuk ke dalam bilik yang mewah itu .

"Ehh, awal bangun Zi, " tegur Anaz seraya masuk membawa sebuah bakul untuk diletakkan baju di dalamnya .

"Eh, awal ke ? Jam dah pukul 11:30 dah ni ."
kata Ozi sambil memerhati apa yang dilakukan oleh Anaz .

"Hahahahahh ! masih tak tau lagi rupanya . Kakak adjust jam tu semalam . Sekarang baru pukul 8 pagi dek oii . HAHAHAHAAHH" Galak Anaz mentertawakan muka Ozi yang kelat .

" Apesal akak adjust . Aduhhmakkk .. Baik sambung tido kalau macam ni . " Rungut Ozi lalu menerjahkan sebelah kakinya ke atas katil yang empuk itu .

"Ehh ehhh , jangan nak sambung tido balik . Mandi sana , ayah kamu tunggu kat bawah , "
"Eh? nak pergi mana? Alaaa .. malas laa kak . "
" Hey, bangun , ayah kamu kata tadi nak bawak kau pergi satu tempat . Kakak tak tahu pulak tempat apa . Dia pun tak bagitau .
" Aaaa ye laa yeee . " Ozi bangun lalu menerkam kain tualanya dibawa masuk ke bilik air. Anaz yang sudah habis mengemas pula membawa bakul baju tersebut ke bilik dobi di bawah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience