Rate

3

Adventure Series 188

Air mata berlinangan jatuh saat dia membuka mata. Selama 5 minit berlalu, Siling hanya dipandang sepi. Eliot bangkit perlahan daripada pembaringannya. Tubuhnya yang tidak berbaju diusap kerana dingin.

"morning" ucapnya dengan suara yang parau sambil memandang pohon bunga magnolia yang banyak tertanam di kediamannya. 

Eliot mengetap bibirnya menyaksikan beberapa pertelingkahan yang terjadi Di bawah. Pertelingkahan untuk ditingkah dengan pelbagai suara. Dengan segera jaketnya dicapai seraya berlari ke bawah. Rambutnya disikat rapi menggunakan tangan sambil dia berlari.

"maaf tuan..tapi tuan mesti pulangkan balik apa yang anak tuan dah ambil ianya milik saya dan juga inn ini" camel menjelaskan situasi yang telah berlaku dengan lebih lembut. Anak lelaki itu menjelirkan lidahnya, sambil bersembunyi di belakang ayahnya. " mana Ada saya ambil apa-apa.. Dia bohong ayah" dia menafikan kata-kata camel.

"tapi tuan..saya nampak dengan jelas..apa yang anak tuan buat" ucapnya sedikit marah.

"dah cakap anak aku pencuri kau cakap anak aku penipu! Kurang ajar kau! Dasar marhaen!" camel hampir menumbuk hidung orang tua itu. Dek begitu lancang ketika berbicara.

"ops!" buku Lima pekerjanya sempat disambut. Eliot memuncungkan Mulutnya "shhh" camel terkejut dengan kehadiran Eliot bukan kerana menyuruhnya diam tetapi terkejut dengan keawalannya lelaki itu bangun.

"saya Minta maaf dengan perbuatan pekerja saya tuan.. " Eliot berdiri di hadapan Camel. Jarinya dikatupkan dengan badan yang sedikit membongkok, dia meminta maaf sambil berpura-pura tidak mengenali lelaki bengis itu.

"kau tak kenal Aku! Aku lilpilin! Bangsawan terkemuka di Arsh!"  ucapnya begitu bengis. Dadanya didongakkan bangga dengan statusnya. 

"Tuan lilpilin!  Sahabat baik tuan Lukas, wah sudah lama saya ingin Melihat tuan secara dekat!"

Eliot menyelitkan rambutnya yang jatuh berjurai disebabkan dia terlompat-lompat keriangan

"maafkan saya tidak mengenali tuan! Selamat datang sekali lagi ke kediaman Amal tuan, saya amat sibuk semalam dan tidak sempat menyapa tuan..!" lilpilin memegang kolar bajunya tanda bangga. Kembang Kempis hidungnya Melihat Eliot yang terlompat kerianganan seperti seekor anjing mendapat tulang.

"apa yang pekerja saya dah buat tuan!"

Setelah mendengar situasi yang berlaku. Eliot meminta camel untuk meminta maaf kerana telah menuduh anak bangsawan itu dengan bukti yang tidak kukuh. 

Sebagai tanda maaf, Eliot berjanji untuk memberikan penginapan secara percuma kepada keluarga lilpilin sepanjang keberadaan mereka di Erlost, kerana keramahan yang dipamerkan, Eliot menanda satu kontrak bisness Kristal Jara, Iaitu Kristal magis yang memberikan sang penggunanya sejenis kemampuan mistik dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience