Rate

bab 2

Romance Series 6638

Sampai di rumah Lisa dengan segeranya terus masuk ke bilik untuk merehatkan badannya selepas seharian menuntut ilmu.Bajunya diganti dengan baju yang lebih selesa dan berbaring diatas katilnya.

"Aaah..... letihnya"kata hati Lisa

Datin Hanani atau lebih dikenali sebagai mamanya Lisa sedang menuju ke suatu tempat iaitu bilik satu-satunya anaknya Lisa.

"Ya Allah,Lisa kamu tak siap lagi ke?"kata mamanya Lisa.
"Siap,siap untuk apa ma?"kata Lisa.
"Kamu dah lupa ke kamu kan makan malam ni akan berjumpa dengan bakal suami kamu"jawab Datin Hanani.

Selepas mendengar kata mamanya baru dia teringat akan syarat-syarat mamanya kalau dia ingin membayar balik duit yang telah dia gunakan untuk pergi ke konsert blackpink pada 3 bulan lepas adalah dengan berkahwin dengan pilihan mamanya.

"Harini ke ma...?"kata Lisa.
"Yela,anak kesayangan ku."kata mamanya.

Lisa tercengang kerana akan berjumpa bakal suaminya malam ni lagipun dirinya sendiri pun belum bersedia lagi untuk berjumpa bakal suaminya itu.

"Dah pergi mandi siap-siap sekarang."tambah mamanya lagi.
"Yela2..."kata Lisa dengan muka monyoknya.

Selepas hampir setengah jam Lisa bersiap dia pun turun kebawah untuk menunggu bakal suaminya seperti yang disuruh mamanya.Dia menunggu sambil berkata.

"Haih,macam mana la rupa bakal suami aku tue harap2 lah hensem dan baik...(maksud dia tak teruk sangat lah jangan salah sangka eee)."kata Lisa dalam hati nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience