7

Short Story Completed 3872

Tanpa sedar, dah dua bulan aku dengan Zahid duduk serumah.Hari ni hari Ahad, so bolehlah aku berehat kejap.

Waktu aku tengah layan citer, sibuk je mamat tu duduk tepi aku.Lagipun belambak je sofa kosong..Penyebuk !

"kau layan citer apa ni ?"soal Zahid.

"Avenger.."jawabku.Mata masih lagi fokus pada tayangan Astro.Haih, kau ni Chris Evans.Kenapalah handsome sangat ?

TING TONG ! TING TONG !

Aku dengan Zahid pandang sesama sendiri.Siapa pulak yang datang ni ?

"You ada tetamu ke ?"soalku.

"bila masa pulak ? mana ada aku ajak orang datang rumah"Dahi Zahid berkerut.Pandai dia je nak tuduh aku..

"dah tu siapa ?"

"kau tanya aku buat apa ? manalah aku tahu.."

Aku bukak pintu utama.Terpampang wajah mak dengan ayah mertua aku..Haih, matilah nak..

Aku salam umi kemudian mempelawa mereka masuk.Zahid yang terkaku aku pandang.'apa You ni..kalau diaorang tahu kita tak sebilik macam mana ?'

'manalah aku tahu..Umi dengan Babah mana bagitahu aku pun yang diaorang nak datang..'

'dah tu macam mana ?'

'macam mana apa ? berlakon ajelah..'

'main sedap You je kata ? I..'Tak sempat aku nak berperang hati dengan Zahid, Umi pandang aku.Aku sengih buat-buat.

Aku duduk sebelah Umi manakala Zahid pulak duduk sebelah papa.Zahid mula bukak bicara."kenapa tak cakap nak datang ? bolehla hidangkan makanan sedap-sedap.."

"Babah saje je taknak bagitahu..Lagipun Babah dengan Umi nak tido sini malam ni.."jelas Babah.

Huh ? sudah..Apa aku nak buat ni ? "kenapa Babah ?"berani aku tanya soala.

"salah ke Babah dengan Umi nak tido sini ?"

"eh, takdelah Babah..Kitaorang okey je.."Adui,Ayah mertua aku ni pun.

"Babah kamu ni haa.. Katanya ada lawatan kat Kuantan.Lagipun, kalau bertolak dari rumah kamu ni dah tolak satu jam..Jimat masa sikit"bagitahu Umi.

"ouh.."itu jelah yang keluar dari mulut aku.

"ni, takde apa-apa lagi ke ?"soal Babah pada Zahid.

"huh ?"Zahid blur.

"Adnin nilah..tak berisi lagi ke ?"ujar Umi pula.Tangannya mengengam erat tanganku.

Dubb ! Aku pandang Zahid.'Umi You ni kan..'

Zahid buat bodo..

"kamu tak pergi honeymoon lagi kan ?"soal Babah.

"nanti-nantilah Babah, Umi.lagipun Zahid busy.."

"busy pun busy jugak..Lagipun Umi teringin nak main dengan budak.."

Zahid tayang sengih.

"bilik sebelah kamu tu kosong kan ? Babah ingat nak tido situ malam ni.."

"haa..?"

"dah kenapa pulak ?"

"aa..bilik tu.. bilik tu ada barang..Banyak sangat Babah..Jadi, Umi dengan Babah tido kat bilik kat bahagian bawah erk ?"beritahu Zahid.

"la..macam tu pulak ? yela.."ujar Babah..Uhh, selamat dowh !

Lepas penat berborak dengan keluarga mertua, aku naik atas.Nak bersihkan badan.Tombol pintu bilik aku dipulas.

'Apehal pulak ni ? Aku rasa aku tak lock pun tadi..Ada orang ke dalam bilik aku ?'aku monolog sendiri.Telinga aku dekatkkan kat dedaun pintu.Mana tahu ada toyol ke apa ke dalam bilik aku..Uish ! Serem..

"kau buat apa tu ? macam nak merompak je.."sapa satu suara garau.Siapa lagi, comform lah si Zahid.

Aku kembali berdiri tegak."ni, kenapa pintu ni berkunci ? tadi, I mana ada lock ke apa ke..selama ni pun okey je pintu ni.."

"aku yang lock.."

"what ?! dah kenapa pulak You nak lock ?"

"nanti kang Babah dengan Umi bukak macam mana ? kau nak ke diaorang tahu kita tak sebilik ?"Kening Zahid terangkat.

"dah tu, macam mana I nak mandi ? semua barang I ada dalam tu.."

"bilik aku ada.kau mandi ajelah dalam bilik aku.."

Aku buat muka."hah ? You giler ke apa ? memang taklah ! dah, bagi I kunci bilik I.."tangan aku dah hulur.

"kau ingat aku nak bagi ? Nope !"

"Cepatlah Zahid..I nak mandilah..berpeluh dah ni.."

"tak..aku takkan bagi.."

Ee..geram betul aku dengan dia ni..Ada aku tarik rambut dia kang ! Biar tercabut sampai jadi botak !

"cepatlah.."aku dah merengek macam budak kecik.

"tak nak.."Haih, kau tahu tak kau comel..Nak je aku cubit pipi kau yang gebu gebas tu.Walaupun badan kurus lonjong pulak tu, muka kau macam budak bambam tahu tak ?

"Apa yang tak nak ni ?"soal Umi yang tiba-tiba datang.Ahh ! mampus.

"takde apa Umi..kenapa Umi naik sini ?"soalku.

"Babah nak kita solat sama-sama..kamu berdua ni dah mandi belum ?"

"aa.."Zahid gosok belakang leher.

"kalau macam tu, kamu berdua pergi mandi..Kejap lagi turun, kita solat berjemaah"Umi tolak aku dengan Zahid masuk bilik Zahid.

Pintu tertutup kemas.Aku tak terkata apa.Tahan ajelah geram ni..

"You mandi dulu.."

"kaulah mandi dulu..lady first.."

"Youlah..I kan mandi lambat.."

"hmm..Okey Sayang.."sempat lagi dia bagi sengihan plus kenyitan mata.Apa ? Dia ingat dia comel macam Ji Hoon tu ? Bwekk ! Muntah hijau aku..

"Lepastu I nak pakai baju mana ?"

"pandai-pandailah kau cari dalam almari tu.."

Aku terpa kat almari.Hurmm, aku pakai ambik jelah baju t-shirt ni..Nasib baik hari ni je aku tido sini.

Tuala baru aku capai dalam almari tatkala Zahid dah keluar dari bilik mandi.Macam aku cakap, dia mnadi punyalah sekejap.Ke mandi P. Ramlee ni ?

Aku cuba try test nak mandi cepat.Last-last 20 minit..Hurmm, okeylah tu kan ? tolak 10 minit..

Boleh pulak ada lipas yang mendarat kat bahu aku.Nasib aku dah pakai tuala mandi.Aku menjerit.Mahu tak menjerit.Dah la besar nak mampus ! Bapak lipas ke apa ?

"woi, kau okey tak ?"soal Zahid dari luar.

Aku terus bukak pintu bilik mandi lepastu terpa kat Zahid.Kaki aku dah berlari setempat.

"You..You tolong buang lipas tu..Eee..Arghh ! bencinya !"

Selamba badak sumbu je dia pegang guna tangan.

"eww..You guna tangan ? kotorlah lipas tu.."

"kenapa ? kau nak erk ?"ujar Zahid lalu tayang depan muka aku.Siap goyang-goyang lipas tu..Ee..pengotor betul !

Aku elak.."ee..apa You ni..buanglah lipas tu.."

Zahid tersenyum.Lipas pun nak takut..Bukan dia makan orang pun ! Zahid buang lipas ke luar balkoni.

Uhh, nasib baik..Aku dah duduk kat atas katil.

"haih, takkan tak nak berterima kasih ?"

Aku pandang si dia yang berdiri di hadapanku."thank you.."

"thank you je ?"Zahid dah senyum meleret.Hehehe..

"apa senyum-senyum macam tu ?" Aku tengok macam muka It yang badut tu dah..Seram weh !

Zahid membongkok sambil memandang tepat kearah anak mataku.

"apa kata kita.."Nyaris je aku nak terbaring.Tapi aku sempat tahan dengan tangan.

"Ad ! Hed ! kamu berdua dah siap belum ? Nak masuk waktu dah ni.."laung Umi dari luar.Thank you Umi ! Selamat aku dari pakcik ni..

"haa..ye Umi..Dah nak siaplah ni.."balas Zahid.Dia kemudiannya terpa ke arah sejadah.Sempat dia menjeling ke arahku.

Aku pandang tubuhku.Mama !!! Habislah aku..mana taknya.Dah terselak peha aku.Hoi, malu hoi !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience