Rate

PROLOG

Horror & Thriller Series 158

Werewolf I adalah cerita yang melibatkan beberapa remaja yang bernama Alif,Naqib,Imran,Tihani,Qismina,Insyirah dan Adam. Salah seorang daripada mereka merancang untuk pergi ke sebuah resort di Kuala Lumpur. Tetapi , Alif menolak untuk pergi bersama mereka kerana takut sesuatu yang pelik akan berlaku lagi. Sesampai mereka di sana, mereka telah mengalami berbagai perkara pelik. Apa sebenarnya yang telah terjadi?

Apabila kita suka terhadap benda itu, kita pasti ingin berbuat sesuatu untuk mendapatkan benda itu. Sama juga keadaannya di dalam novel ini , Werewolf ingin mengganggu mereka semua kerana jika Vampire sudah berjaya mengganggu mereka semua, pasti Werewolf pun ingin mencuba juga. Itu adalah antara salah satu sebab mengapa Werewolf datang kepada mereka tetapi lagi satu sebab adalah kerana salah seorang daripada kawannya telah menghina Werewolf secara tidak sedar. Semasa Alif melihat benda itu , Alif tahu yang benda itu seperti ingin menunjukkan petanda kepadanya. Alif ingin menolong mereka semua tetapi dia tidak dibenarkan untuk menolong mereka kerana...

- kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca novel ini -
Author : Alif Irsyad

ok back to prolog...

HUJAN pertama yang ALLAH turunkan ke dunia ialah pada 10 Muharram bersamaan dengan Hari Asyura. Pada hari tersebut, banyak sejarah peradaban yang berlaku atas izin dan kehendak ALLAH seperti penciptaan Arasy, langit , bumi dan bintang-bintang. Lalu diciptakan pula sekalian makhluk yang begitu taat iaitu malaikat dan azazil yakni iblis.

Selepas itu, ALLAH menjadikan Adam lalu memerintahkan malaikat dan azazil tunduk sujud kepada Nabi ALLAH itu. Dan disinilah titik pertama berlakunya perbalahan di langit yang berlanjutan sehingga ke bumi. Iblis dilaknat atas kesombongannya yang diciptakan daripada api. Bukankah manusia itu sebaik-baik ciptaan-NYA? Kerana manusia mempunyai akal fikiran untuk menjadi 'khalifah'. Umpama tanah dan api.

Tanah itu menyuburkan dan api itu membinasakan. Maha Suci ALLAH.

Damansara Heights, Kuala Lumpur

MAKHLUK yang dinamakan Serigala Jadian menyeringai kasar. Gigi-giginya yang tajam meruncing, tampak kelihatan. Mangsanya mati dijadikan santapan. Dia melakukannya dengan rakus sekali. Dia makhluk ciptaan ALLAH yang ingkar. Hidupnya umpama tidak bertuhan. Malah kelakuannya umpama gabungan sifat jahat manusia dan syaitan. Dia makan semata-mata untuk hidup dan dia minum untuk menghilangkan kedahagaan darah.

"To... tolong, tolong lepaskan aku!" luah suara mangsa. Serigala Jadian hanya menyeringai kasar. Suara itu langsung tidak diendahkan. Malah, dia tidak menunggu lama, gigi tajamnya dibenamkan sepuasnya di leher lelaki itu.

Serigala Jadian - Dia ada sejarah hidup tersendiri, dia adalah manusia yang boleh bertukar menjadi serigala sewaktu bulan mengambang. Apabila aura kejahatan diseru, maka waktu itulah dia akan datang.

Oasia Suites, Kuala Lumpur

"Alif telah mengaku yang dirinya ialah vampire", kata seorang vampire kepadanya.

Werewolf yang pada ketika itu menjadi manusia mendongak di hujung bumbung Oasia Suites. Anak matanya tajam menerkam salah satu bilik yang sudah dikenal pastinya - bilik 907. Sejak Alif memberitahu perkara sebenar kepada kawan-kawannya, dia telah pun berjaya menjejaki Alif dengan membuat intipan awal. Dia sudah berbincang dengan kesemua serigala jadian yang lain agar membuat satu perjanjian yang adil dengan vampire - Kertas perjanjian itu disimpan semula ke dalam beg. Lalu kakinya pantas menuju ke lobi utama hotel.

Hari ini, Serigala Jadian tidak akan membazirkan malamnya. Kedatangannya ke sini mesti membuahkan hasil. Dia juga tidak ingin intipannya terhadap Alif menjadi sia-sia. Dia mahukan perjanjian. Malah, kalau diikutkan kata hati, kesemua werewolf ingin memaksa Alif untuk menyetujui perjanjian tersebut. Mukanya masih begitu - Dia lelaki serius. Senyuman adalah satu kebencian baginya. Dia tidak begitu, cuma hambatan masa lalu yang terlalu perit menghimpit jiwanya.

ALIF sedang duduk di salah sebuah sofa berjenama. Dia kelihatan menikmati perahan buah oren yang disediakan oleh pihak hotel. Seorang vampire yang dipercayai berasal dari Romania duduk di sebelah Alif sambil berkata

"Stiu ca esti trist chiar acum. Dar acesta este adevarul"

"Si adevarul va fi revelat” yang bermaksud

"I know you're sad right now but that's the truth"

"And the truth will be revealed".

Ketukan dari arah luar bilik kedengaran. Darahnya serta-merta berselirat ke otak. Sebelum mengunci pintu tadi, salah seorang kawannya telah pun meletakkan penyangkut notis 'Do Not Disturb' di tombol pintu bilik itu. Kawannya bingkas bangun, berjalan ke arah pintu dengan emosi yang membuak-buak. Kawannya berkata yang Alif tidak suka diganggu. Pintu dibuka dengan kasar. Dalam hatinya menghamburkan sumpah.

"Kau tak faham bahasa ke? Aku dah elok-elok letak penyangkut di depan pintu tu." Suara Naqib kasar. Dia menyingga lelaki yang dia percayai sebagai pelayan hotel mewah itu.

"Maaflah, tidak perasan ada penyangkut notis di situ." Seiring dengan itu, selaras senapang dihalakan tepat ke dahinya. Naqib terundur ke belakang. Werewolf tersebut segera masuk, sekali gus mengunci pintu agar mereka terkurung di dalam bilik itu.

"Aku nak jumpa Alif!", suara werewolf kasar.

"Si... siapa kau? Kau nak apa?" Suara Naqib mengendur. Situasi seperti itu benar-benar mengecutkan perut. Umpama berhadapan dengan binatang pemangsa yang sedang kelaparan. Dia dibasahi peluh dingin.

"Aku nak jumpa Alif! Beritahu aku dia dekat mana!", Suara werewolf itu sekali lagi. Dia acukan senapang itu tepat ke dahinya jika dia tidak ingin beritahu.

"Di sa... sana", beritahu Naqib tentang lokasi Alif. Werewolf tersebut tidak melepaskan tembakan lantas meninggalkan dia. Senapang pun dimasukkan ke dalam beg semula. Dia berjalan dengan cepat sekali.

"Alif!", Suara werewolf tersebut sambil menepuk bahagian atas meja. Alif terkejut dan terus menjawab sapaan werewolf tersebut.

"Bolehkah kita berbincang seketika?", Bisik perlahan werewolf tersebut kepada Alif.

Alif mengajukan tempat duduk kepadanya. Dia pun perlahan duduk di atas kerusi tersebut.

Alif bertanya tentang mengapa tiba-tiba sahaja dia ingin berbincang. Tetapi jawapan werewolf tersebut adalah disebabkan dia ingin mengganggu kawan-kawan Alif yang lain pula.

"Kenapa kamu nak ganggu mereka wahai serigala jadian? Apa yang kamu nak buat?", tanya Alif kepada werewolf tersebut dengan kerisauan. Jantungnya mula berdetak laju. Dia hanya menelan air liur saja.

"Kalau kamu dah berjaya ganggu mereka, kami pun ingin mencuba juga", jawab werewolf tersebut sambil tergelak kecil.

"Jangan ganggu mereka semua!", Balas Alif kasar. Werewolf tersebut terus mengalihkan pandangannya ke dia.

Werewolf tersebut memujuk Alif untuk menandatangani perjanjian tersebut. Lantas dia mengeluarkan surat perjanjian daripada begnya.

Alif pun melihat isi perjanjian tersebut yang ditulis di atas lembaran perjanjian itu. Mukanya serius. Dia seperti tidak ingin menandatangani nya. Terus dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Alif! Tolonglah! Jangan kata taknak!!", jawab werewolf tersebut kesedihan. Tetapi Alif terus mencabar mereka.

"Macam mana kalau aku TAKNAK?", Cabar Alif kepadanya sambil merenung dengan renungan yang tajam.

Terus dia mengeluarkan senapang itu kembali dari begnya dan menghala tepat ke dahinya.

Dengan senyuman jahat, Alif berkata "Kau tahu yang aku tak boleh mati kan". Werewolf tersebut mendengar apa yang dikatakan oleh Alif dan terus menyimpan senapang tersebut kembali.

Alif pun mengambil sebatang pen dan terus menandatangani perjanjian tersebut. Naqib ternampak akan kejadian tersebut.

Kemudian Alif memberi amaran "Kamu boleh ganggu mereka dua bulan setelah hari ini!".

Lantas werewolf menjawab "BAIKK!!".

Dia pun pantas meninggalkan Alif bersama dengan Naqib yang hampir ditembak itu tadi. Ternyata, malamnya yang dibazirkan itu tidak sia-sia. Ia telah berjaya membuat Alif menandatangani perjanjian tersebut.

ig : ___.sofiaadlina

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience