part tak best

Other Series 1733

ok..aku akan ceritakan kisah aku semasa berada di asrama.Asrama mana? aku tak boleh nak bagitahu privacy okay..

first time aku masuk asrama memang aku tak de kawan rasa nak nangis pun ade bila kena berjauhan dengan mak aku anak mak la dikatakan mana boleh berpisah ok.tapi tu dulu sekarang tak dah sebab dah pandai berdikari.Okay back to the story.

aku pun ada la kenal kenal dengan budak aspuri satu form dengan aku.Baik-baik budaknya okay nama mereka fisya,tyra,airiz dan nawwal.kami satu kelas..okay malam pertama aku Dekat asrama senior dorm aku panggil semua ahli dorm berkumpul katanya nak adakan ice breaking..hah part ni aku paling tak suka.so,kami kena perkenalkan diri masing kena bagi tahu UPSR dapat berapa.Alamak!! result dah la tak berapa nak gempak nak tak nak kena la bagi tahu jugak..

ok part tak best adalah kena arah dengan exco.suka hati mak bapak mereka je nak arah arah.pernah jugak kena prank dengan exco..hampeh punya exco..orientasi?? lagi la kena buli kena simbah air,kena conteng muka,part nak kena mintak tanda tangan tu lagi la aku x suka korang pun tak suka part ni kan.disebabkan tak nak kena denda kalau tak dapat semua tanda tangan exco terpaksalah jugak ikut cakap diorang.

okay kalau nak cite dari form 1 sampai form 5 memang panjang cerita.aku jamin korang akan bosan bila baca.okay nak cerita part tak best time duduk asrama sebab memang tak best pun.okay ni time aku form 4 ada berlakunya histeria ni kisah benar okay...

malam tu aku dengan member aku baru nak terlelap jam baru menunjukkan pukul 11.46.member aku ade la pesan kat aku..
"weh iyqah kalau kau tak boleh tidur kejut aku okay kalau aku tak boleh tidur pun aku kejut kau.".aku pun angguk je lah..baru nak lelap tiba tiba ada sorang akak form 5 kelam kabut kejut sorang akak form 6 ni..
"ara ara bangun anis histeria dia turun bawah aku tak tahu dia pergi mana dengan tak pakai tudung nye kau tolong la aku cari dia." aku yang tetiba tersedar dari tidur terus bangun macam tu jugak dengan nawwal member aku tadi.seram sejuk rasanya.kak ara pun pakai tudung terus turun nawwal pulak buka lampu then semua budak junior dorm aku terjaga dorang tanya aku kenapa aku cakap la kak anis histeria..cari punya cari akhirnya diorang jumpe kak anis kat bawah pokok mempelam belakang bangunan asrama aspuri diorang bawak anis pergi surau dan panggil warden serta ustaz.Kami yang kat atas pun semuanya turun ke bawah pakat semua masuk bilik bacaan..dah la aku last kat dalam dorm dorm tu sikit punya besar besar daripada dorm lain dan ada stor kat dalam dorm tapi aku dah biasa dah dengan dorm tu.bila aku sampai je bawah aduh dia mengilai pulak sebijik suara puntianak hihihihi..fuhhh lemah semangat aku gila..time time ni pulak kau nak mengilai..then aku masuk bilik bacaan ade ramai budak aspuri aku cari ruang yang membolehkan aku baring dan seterusnya lena dibuai mimpi indah hilang dah bunyi hilaian kak anis aka hilaian pontianak tadi.okay pagi esoknya mak ayah kak anis bawak kak anis balik untuk berubat.habis dah cerita histeria tentang kak anis..kak anis ni sebenar cucu arwah opah leha sebelah rumah arwah opah aku..

okay ni cerita time form 5 pulak.aku di lantik jadi exco prep so aku dah merasa hidup jadi exco macam mana peritnya.zaman aku junior dulu aku selalu cakap alah exco..bukan buat apa apa pun kerja nak mengarah je.tapi sekarang baru aku tahu dan rasa beratnya tanggungjawab exco.ingat senang ke nak handle budak budak aspuri tambahan pula budak form 4 a.k.a musuh ketat kami.

okay..macam ni ada sorang budak ni budak form 4 la..aku menjalankan tugas yang sepatutnya aku jalankan nak dipendekkan cerita aku nampak budak tu main mata dengan pakwe dia so aku ambik keputusan untuk ubah kedudukan semua budak aspuri time perjumpaan.so semua ada time tu aku dah siap warning dan cakap yang aku nak tukar kedudukan dorang.in that case ketua aspuri pun ade.bila aku dah tukar kedudukan budak tu terus nangis dan pergi report kat kakak dia kakak dia pekerja dewan makan..dasar budak manja..pastu aku kena panggil dengan kak mira hakak dia.hakak sangat..
then,bermulalah sesi soal menyoal.in that case aku dipersalahkan..hmm nasib aku kan..paling aku bengang ketua aspuri tu backup diorang dan cakap kat aku yang aku tak mintak izin kat dia nak ubah kedudukan.masalahnya aku dah habaq kat dia awai awai dah kan..dia ada time perjumpaan tu bukannya tak da tu la ada telinga tak nak pakai.tapi aku tahu dia sengaja buat tu semua sebab dia anti aku..geram punya geram aku blah ja dari tempat tu.hampeh punya orang.then..sampai sekarang aku anti diorang semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience