RC 3

Romance Series 11565

Usai solat Isyak, aku mulai menadahkan tangan mahu memanjatkan rasa syukurku pada Yang Satu seperti kebiasaan yang aku lakukan. Anehnya, doa aku kali ini diganggu dengan fikiranku pada Fayyad.

Kelopak mataku segera jatuh dan aku pejam serapat - rapatnya, cuba mengusir wajah Fayyad dari ruang benakku. Bait - bait bacaan surah yang meniti di bibir jadi berterabur.

" Astaghfirullahal'azim. Apa kena dengan aku ni?" dada yang tiba - tiba terasa ketat aku urut perlahan - lahan. Dua ulas bibirku menitipkan istighfar yang sebegitu panjang.

Akhirnya, istigfar tadi membawa aku masuk ke ruang menung.

Tidak pernahku menyangka setelah 8 tahun lama, aku kembali mendengar sepotong nama itu meniti di bibir orang lain. Kukira dia sudah menjadi kubur dalam kehidupanku tapi entah kenapa hatiku kuat mengatakan ada 'mayat' yang bakal kembali mengetuk dan mengegarkan kewarasanku.

Bunyi ketukan pintu bilik tidur menyentapkan lamunanku. Tanpa membuka telekung di kepala, aku bersegera mendapatkan pintu. Tersembul muka mak cik Leha dengan muka berang.

" Kau balik apa pasal tak cakap?!"

Aku membisu tanpa jawapan.

" Aku tak masak bahagian kau. Nanti anak - anak dan cucu - cucu aku nak datang. Pandai - pandai la kau makan sendiri."

" Oh, Umi jangan risau. Era dah kenyang pun. Nanti nak Era ke dapur pun boleh."

" Haa, bagus juga. Kau tolong bibik tu basuhkan pinggan. Tak cukup tangan nanti. Kau pun jangan berangan buat rumah ni macam rumah sendiri. Lain kali nak balik bagitahu. Tak ada la menyusahkan aku."

" Itu. Jangan lupa tolong kemaskan bilik Wan sekali. Dah berkepam bau biliknya. Nak suruh bibik, Wan tak mahu bibik sentuh barang - barang dia."

Senang, aku mengangguk faham seperti kebiasaannya. Dahulu sebelum aku dipindahkan ke Kuala Lumpur, memang sudah menjadi tugasan aku mengemas kotej mewah milik mak cik aku sebagai ganti nilai sewaan bilik.

" Sejak kau pindah KL. Huru hara rumah ni tidak berkemas. Aku nak menggajikan seorang lagi bibik tak mampu. Kau bila nak tukar ke mari?" tanya dia masih tidak seberapa setuju dengan pertukaranku ke Kuala Lumpur.

" Tak boleh tukar, Umi. Kalau nak tukar at least kena tunggu 3 tahun," kataku penuh sopan.

" Alasan. Sudahlah... sia - sia je la aku kutip kau dulu. Tak boleh diharap langsung," sebegitu saja dia bergerak meninggalkan bilik kecilku sambil membebel beberapa perkara yang tidak dapat kufahami.


?

Tanganku ligat membersihkan pinggan - pinggan yang sejak tadi tidak berhenti tenggelam dalam sinki. Tak sangka ramai pula tetamu yang datang malam ini. Tadi katanya hanya anak beranak saja yang bertandang. Ini anak orang lain pun campur sekali.

" Bisa tak, neng Syeera?" tanya bibik tua yang sudah lama berkhidmat untuk keluarga Zainal ini. Kerudut tua sudah jelas terang pada jagatnya namun tenaga kerjanya masih terus kuat.

" Eh, bisa aja ini bu! Ibu Tini pergi la rehat...," suruhku senang dan masih setia berendam tangan di dalam sinki.

Bibik tua itu tertawa senang sambil dia menepam lembut belakang badanku beberapa kali, " kok bisa rehat kalau bu kerja terus ni?"

Bunyi pinggan jatuh di ruang tamu meletuskan beberapa jeritan nyaring. Bunyi itu kemudiannya bersambung dengan satu tangisan kuat.

" Waduh! Pinggan pecah tu neng Syeera," bait - bait risau jelas tersiar dari roman wajah si tua.

" Tak apa, bu! Biar Syeera yang ke depan, ya?"

Tanpa berlengah, aku segera berlari keluar membawa kain basah dan sebatang penyapu.

Telahanku tepat bila mataku tertancap pada serpihan pinggan dan taburan nasi briyani membentuk sebuah lukisan di lantai. Aish! Sayang bukan di kanvas. Kalau tidak memang mudah - mudah saja aku jual di Ebay.

Tubuhku menunduk membersihkan kecuaian anak kecil tadi sebelum telingaku menangkap akan sesuatu yang sumbang.

" Tak sangka, muda betul orang gaji aunty. Laju je dia buat kerja. Tak perlu disuruh - suruh. Tak macam orang gaji saya, nak buat kerja pun malas."

" Oh! Itu anak saudara aunty, Diba. Dia kebetulan baru balik dari KL."

" Eh, sorry - sorry. Diba ingat orang gaji. Tudung dia—,"

Kedengaran suara tawa mak cik Leha bergema menggegarkan pendengaranku.

" Tak apa, Diba. Anak suadara aunty yang ni memang kolot orangnya. Umur baru 32 tapi rupa dah macam 50. Tak pandai bergaya dia ni sebab tu sampai sekarang tak ada orang nak. Dulu pun ada boyfriend tapi boyfriend kahwin lain. Tup - tup tahu dah jadi suami orang."

" La, ye ke? Kasihannya..."

" Kasihan buat apa? Dah penampilan tak jaga. Kita perempuan Melayu ni, bukan setakat kena jaga perangai. Kita pun kena jaga penampilan, barulah lelaki sayang. Betul tak, Diba?"

" Betul tu, aunty. Saya setuju."

" Tengok macam Diba. Cantik... suami mana tak sayang?"

Tawa yang merinai dari dua mulut murai itu membuatkan darahku mengepam laju. Aku mempercepatkan kerjaku dek rasa malu mulai merajai jiwa. Tidak tegar aku mahu mengangkat mukaku saat dimalukan sebegitu rupa.

Menggeletar jari jemariku sebelum aku bersegera memboloskan diriku ke dapur semula. Tanpa memandang sesiapa, aku menarik
plastik hitam dan mengatur langkahku ke belakang.

Di sebelah tong sampah besar, air mataku merintik jatuh. Perlu ke mak cikku sendiri memalukan aku sebegitu rupa? Ya, aku mungkin kolot.

Aku tak pandai bergaya seperti wanita muda lain tapi menyamakan aku seperti orang gaji sedikit sebanyak menambah rasa kurang yakin pada diriku sendiri.

" Awak nangis?"

Sampukkan suara itu membuatkan aku tersentak. Tanganku tangkas mengeringkan lereng mata yang basah dengan air mata. Perlahan, aku menggeleng dan menghalakan tubuhku pada seorang wanita yang tegak berdiri di pintu belakang rumah.


?

" Nasi briyani bersama segelas air sirap ni saya kira 12 ringgit."

Tercengang aku jadinya bila dia meletakkan harga pada makanan dari rumah keluargaku sendiri. Biar betul dia ni.

" Murah dah tu. Saya kira harga kawan - kawan tau," dia yang manis bertudung labuh berwarna merah jambu lembut tersenyum manis lagak seorang bidadari.

Walaupun aku seorang wanita sejati tapi melihatkan kecantikan wanita di sebelahku kini nyata membuatkan jantungku bergegar kencang. Sudahlah lembut pula tuturan kata - katanya.

" Saya bergurau aje la. Makanlah...," pelawa dia seperti tuan rumah.

Matanya setia memerhatikan segala gerak geriku. Pun begitu, aku tidak pula merasakan kekok. Aku merasa cukup selesa berada di dalam perimeter wanita itu.

Setelah beberapa suapan, tiba - tiba dia bersuara.

" Awak ni cantik betul orangnya. Saya tak setuju dengan mak cik awak. Tengoklah awak, rasanya pakai tudung saji pun nampak cantik," komen dia tiba - tiba sambil dua bola matanya tangkas menilik wajahku.

" Merepek je awak ni. Saya biasa- biasa saja...," kataku penuh gugup.

" Saya tak suka merepek. Kalau saya merepek nanti ramai pesakit saya mati. Saya ikhlas. Lagi satu, maafkan kakak saya, ya? Dia mungkin terpaksa tadi," sekonyong - konyong tangannya selesa merehat pada pergelangan tanganku.

" Oh! Tak apa. Saya tak ambil hati pun."

" Tak ambil hati tapi awak menangis?" Terkedu aku jadinya bila mata kami menyabung.

" Awak doktor ke?"

Wanita itu menggeleng seraya jari telunjuknya bergerak turun naik, " hmm, mengelat la tu. Anyway, saya doktor Diana. Nice to meet you—,"

" Syeera Hanani. Just call me Syeera."

" Syeera... Cantik nama tu. Macam orangnya!"

Aku merinaikan tawa manis. Sebegitu saja, aku dan dia bisa merasa rapat. Banyak juga yang kami bualkan sebelum dia bersedia mahu berangkat pulang. Sebelum itu, sempat juga aku dan dia bertukar - tukar nombor telefon.

Paling kurang, malam ini aku dapat teman baru.

Saya masih baru di sini jadi saya kurang faham cara bagaimana komuniti di sini berinteraksi. Jadi saya nak cakap, hai? Semoga terhibur dengan cerita saya ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience