HDN

Romance Series 1661

         

            Nur Adelia Balqish dulunya  bukanlah gadis yang tertutup dan menjaga diri sebagai seorang perempuan  dengan baik. Dia sangat beruntung kerana dikurniakan paras rupa yang  cantik. Mata bulat, hidung kecil, bibir berbentuk hati dan dagu yang  runcing. Giginya pula dinilai mahal kerana dua batang di hadapan bak  arnab dan dibelakang kecil-kecil. Senyumannya selalu mencuri perhatian  kerana dianggap comel.

          Tetapi, penampilan Adel yang  sekarang lebih menyejukkan mata memandang. Tudung bawal yang labuh  dipadankan dengan jubah. Tangannya juga di pakai handsock dan berstokin  kaki. Jika dilihat dia sudah seperti ustazah walhal dia juga masih  belajar memperbaiki diri ke arah kebaikkan.

          Berumur  24 tahun bukan penghalang buat Adel untuk mengecapi kejayaan yang dia  rasai ketika ini. Rezeki Allah yang diterima olehnya seringkali dikongsi  bersama buat anak anak yatim. Apa guna jika duit berkepuk-kepuk tapi  tidak dikongsikan bersama dengan insan yang lebih memerlukan?

           Dia, seorang usahawan muda yang berjaya telah menubuhkan sebuah butik  di dalam bangunan KlCC yang diberi nama Cloudysky.u . Jenama ini selalu  mengeluarkan set pakaian-pakaian muslimah yang menutupi aurat dengan  sempurna. Adel mahu, wanita diluar sana menjaga penampilan diri dengan  mematuhi perintah Allah.

          "Nur Adelia Balqish binti  Muhammad Azhar right?!" tegur seorang gadis tinggi lampai bersama kaca  mata hitam diselit di atas kepala. Beg tangan gucci di tangan. Berkemeja  putih dan berskirt parat lutut.

          Adel yang sedang sibuk  menggantung pakaian muslimah tersentak dengan teguran gadis itu. Lantas  Adel toleh pandang gadis yang berdiri di belakangnya. Mereka  berdua  diam buat seketika sebelum mengulum senyuman mesra. Terus tubuh mungil  Adel dipeluk erat oleh gadis tinggi lampai itu.

               "Syarifah!" tubuh gadis bernama Syarifah dipeluk erat oleh Adel. Begitu  juga dengan Syarifah. Gembira tak terkata apabila dia bertemu semula  dengan rakan sekolahnya dahulu sebelum Adel berpindah ke kampung kerana  terlibat dalam kesalahfahaman diantara keluarga.

               "Lainlah kau sekarang." bicara Syarifah seraya memandang Adel atas bawah  dengan senyuman masih menduduki bibir bak Angelina Jolienya. Adel  menguntum senyuman manis memandang diri sendiri. Sejujurnya Adel lebih  suka penampilan yang sekarang berbanding dahulu. Dahulunya, dia seorang  yang seksi.

               "Kau buat apa dekat sini? Nak beli  baju?" soal Adel menukar topik. Lincah tangan Syarifah menampar perlahan  bahu Adel.

              "Kau perli aku eh?" gigi diketap rapat  dengan jari telunjuk di tunding ke arah muka Adel. Adel mengucap  perlahan. Sumpah tiada niat .

              "Mentang-mentang aku  masih belum bertutup litup macam kau." ujar Syarifah mencemik sedih.  Kononnya terasa. Adel tertawa kecil seraya menampar perlahan  lengan  rakannya itu.

              "Mana ada Pah! Dah kau datang dekat  sini jadi aku fikir kau nak beli baju. Untuk kawan kau ke, mak kau ke  kan?" balas Adel membetulkan bicaranya tadi agar Syarifah tidak terus  bersangka buruk terhadapnya.

              "Tak adalah, aku ni  selalu dengar kawan kawan lama kita soseh pasal dia nampak kau dekat  sini, tu yang aku datang nak pastikan." balas Syarifah bernada seperti  biasa. Tiada merajuknya tadi. Sengaja je nak mengusik Adel. Adel hanya  mengutuskan senyuman tipis mendengar cerita Syarifah. Memang benar dah  dua tiga hari ini ada dekat empat lima orang rakan sekolahnya dahulu  datang berjumpa dengan dirinya.

    Drrt drttt!

             Baru sahaja mereka mahu berbual dengan lebih lanjut. Telefon  Syarifah berdering menandakan  ada panggilan masuk. Syarifah melayangkan  telapak tangannya di hadapan Adel tanda 'sekejap'. Telefon pintar  dikeluarkan dari beg tangan guccinya.

              "Sekejap ya  Adel, tunang aku call." kata-kata Syarifah buat Adel naik teruja. Tak  sangka, kawan tingkatan satu sehingga empat ini sudah bertunang. Dulu  kenal masih kecil lagi. Hekhek.

              "Adel, aku kena  pergi. Tunang aku dah sampai kat airport. Dia baru balik dari luar  negara." ujar Syarifah menceritakan serba sedikit tentang tunangnya.  Adel sekadar mengangguk membenarkan kepergian Syarifah.

              "Nanti kita jumpa lagi."

               "Iya, nanti kahwin jangan lupa jemput." sempat Adel mengusik.  Syarifah mengerutkan hidungnga sambil tetawa kecil. Naughty  ya Adel!

              "Minta nombor telefon." pinta Syarifah sebelum mempamitkan diri pulang.

                     ______________

            Seawal jam  3:00 petang Adel membuat keputusan untuk menutup butiknya kerana mahu   menemankan Adora pergi ke rumah bakal mertua untuk sesi perkenalan.  Adora dan Adrian merupakan adik adik Adel yang sudah berusia 19 tahun  dan 17 tahun. Pada mulanya  Adel menentang keputusan Adora untuk menikah  di usia yang muda namun setelah memikirkan masak-masak ada baiknya dia  melepaskan Adora supaya ada yang jaga Adora memandangkan mereka sudah  tiada ibu bapa.

          Hujan renyai-renyai membasahi kota Kuala  Lumpur. Adel menapak kaki untuk ke tempat parking kereta.  Terkedek-kedek gadis mungil tinggi 160cm itu lari menuju ke kereta Myvi  miliknya. Pintu dibuka dan cepat Adel memboloskan diri masuk ke dalam  perut kereta.

          Telefon pintar di dalam beg di keluarkan  untuk memeriksa notifikasi yang masuk. Takut ada hal penting. Senang  kalau dah periksa awal-awal. Tak adalah dah sampai rumah baru baca chat  lepas tu kena keluar semula. Memang menguji kesabaran.

              "Em? Maksu?" kening gadis itu bertaut pelik. Ada apa pula mak su menghubungi dirinya?

           Nombor wanita separuh baya itu dipanggil semula. Telefon pintar dilekap  pada telinga kanan. Anak matanya meliar memandang kawasan luar kereta  sementara menunggu talian bersambung.

              "Assalamualaikum, Maksu.."

              "Waalaikumsalam. Ha, Del. Puas maksu call."

              "Sorry maksu, ni Adel tak dengar tadi. Silent phone. Heheheh."

                "Ha, tak apa. Ini maksu nak bagitahu. Taufiq dah habis study dekat  oversea tu. Esok ada nak buat kenduri selamat. Jemput datang ya Adel.  Bawa Adora dan Adrian." lembut Puan Azlin menutur kata di hujung talian.  Adel diam membeku buat seketika mendengar khabar berita bahawasanya  lelaki itu telah selamat pulang ke tanah air. Teringat kisah silam  pula...

__________

                                                      

          Seawal jam  6 pagi nenek mengetuk pintu bilik Adel yang berkunci dari dalam. Tiada  sahutan dan dia masih lagi tidak menyedarkan diri. Terlalu lena diulit  mimpi nan indah jauh dari realiti hidup yang pahit untuk dilalui.

           "Adel, bangun!" pintu bilik diketuk lagi. Kali ini diketuk bagai nak  roboh. Ish, budak Adel ni kalau letak bom dekat sebelah pun tak sedar  gamaknya. Kalau nek Kalsom dah berkungfu habis boleh roboh pintu bilik  Adel ni.

          "Nur Adelia balqish shawn Al-wechat instabook  binti Muhammad azhar kame kameha. Bangun!" amboi, lain macam nenek  memetik nama si cucu. Sengaja memerli Adel kerana sepanjang gadis kota  itu hidup di kampung tanganya tidak pernah lepas dari memegang telefon  pintar.

          "Ala nek, Adel cuti cuti satu Malaysia.." balas  Adel dari dalam dengan suara mengantuk tidak mahu bangkit dari tempat  tidurnya. Kalau di kampung rasa sejuk semula jadi dan automatik rasa nak  landing 24 jam sahaja.

          "Banyaklah kamu cuti-cuti satu Malaysia. Takkanlah setiap masa kamu period?!"

          "Betul nek.."

           "Bangun! Kamu nak tidur berselimut kulit khinzir ke?!" tempik si nenek  dari luar masih berusaha mengejut cucu daranya ini.

          "Ihik ihik." Adel merengek seraya menenyeh mata dengan malas. Nak tidur!

          "Adel.."

          "Ya ya, Adel dah bangun."

          "Ha bagus, ni nenek nak kejut Taufiq."

           Nek Kalsom terus mengatur langkah ke bilik Taufiq cucu bujangnya pula.  Tidak jauh dari bilik Adel hanya berselangkan satu bilik sahaja iaitu  biliknya sendiri..

          "Taufiq!" Knock knock. Pintu bilik  diketuk lembut. Pun juga tidak bersahut. Hai, ini lagi sorang cucunya  yang liat nak bangun pagi. Kalau hari-hari macam ni boleh pengsan nek  Kalsom dibuatnya.

          "TAUFIQ!!!" jeritan padu nek Kalsom  berjaya buat Taufiq jatuh dari katil begitu juga dengan Adel yang sempat  sambung tidur berdesup bangun.

________

                                                      
          Jam 8  ketiga-tiga orang manusia itu duduk di meja makan menikmati sarapan  pagi. Sebelah tangan Adel menyudu nasi goreng ke dalam makanan sebelah  lagi bersama telefon begitu juga dengan Taufiq. Sama, dua kali lima  sepuluh. Ha mereka lah tu.

          Kerana sikap mereka yang  bersosial terlalu tinggi dan susah diatur. Ibu bapa Adel dan Taufiq  membuat keputusan untuk menghantar anak mereka ke rumah nek Kalsom. Adel  dan Taufiq merupakan sepupu tak berapa nak rapat. Sorang duduk di Pulau  Pinang sorang di Kuala Lumpur. Jarang berjumpa tapi kali ini mereka  dipertemukan di rumah Nek Kalsom untuk sesi pemulihan diri.

             "Adel, lepas ni tidur jangan kunci pintu. Kamu juga Taufiq!" tegas  Nek Kalsom memberi arahan. Serentak kedua manusia itu meletakkan telefon  pintar mereka di atas meja makan.

          "Kenapa pula nek? Bukan ke nenek suruh Adel kunci pintu takut Taufiq.."

           "Eh, aku tak inginlah nak ngendap kau.." belum sempat Adel menghabiskan  ayatnya Taufiq memotong dengan cepat. Adel guling biji mata.

           "Sudah, kerja nak gaduh je. Kamu berdua ni susah betul bangun subuh.  Kalau bilik tak berkunci senang sikit nenek nak jirus dengan air panas."

          "Wohoho, nek main kasar nampak." Taufiq tertawa kecil mendengar ugutan nek Kalsom. Um, garang!

           "Kamu berdua ni, tak pernah solat subuh ke?" terbatuk-batuk Adel  mendengar teguran nenek begitu juga dengan Taufiq yang sudah menggaru  lehernya. Macam mana nak cakap ya?

          "Ada niat nek, t-tapi  selalu terlepas." jawapan Adel diangguk setuju oleh Taufiq. Yash, itu  dia. Betul lah tu. Ada niat nak solat tapi tulah terlajak selalu.

          "Eh, kau sibuk je ikut aku!" geram Adel melihat Taufiq. Sibuk lah dia ni.

          "Macam mana tak terlepas kalau dah tidur sampai 3, 4 pagi sibuk berwechat." maju bosskur!

           "Ha, yang wechat tu dia. Hahahah." cepat jari telunjuk Taufiq menunding  ke arah Adel. Adel jeling tajam. Tak ngaku diri sendiri tu pernah jadi  budak wechat.

          "Hello nek? Wechat? Ew what are you  talking about sekarang kitaorang dah tak main wechatlah. Zaman instagram  nek. Kalau nenek nak tahu instagram ni boleh jadi famous macam artis  tau. Nenek pun boleh ada followers beratus juta cuma kena pandai posing  kecekak kecekak, edit, upload, done!" panjang lebar Adel berhujah. Nenek  dah panas hati je. Kau fikir nenek tak ada instagram?

          "Apa instagram kamu?" soalan nenek berjaya menarik perhatian Taufiq. Wajah Adel pula naik teruja. Maju bosskur!

          "Nek follow afiq, Imdone."

           "Ouh, imdone tu kau ke? Sorry lupa followback!" kata Adel bersahaja.  Geram je Taufiq melihat Adel. Gadis ini kalau bercakap rasa macam nak  jahit je mulut tu.

          "Meh follow nenek, imswaggersom."

________

                                                      

          ADEL duduk  di balkoni rumah melihat ayam ayam berkokokok ke sana dan ke sini.  Bosan, Ya Allah. Bosan sangat hidup di kampung. Jauh dari mall, jauh  dari kawan-kawan. Line sekejap okay sekejap tak. Rasa nak menjerit tapi  ditahan. Kenapa?

Kenapa mama dan papa sanggup lakukan perkara ini pada Adel? Adel tak buat semua tu.

          "Adel, kalau macam ni lah perangai kamu lebih baik mama bunuh kamu dari kecik lagi!"

          "Papa akan hantar Adel ke tempat pemulihan akhlak. No excuse!"

           "Hoi!" Adel tayang muka bengang apabila disergah sebegitu rupa oleh  Taufiq. Tak ada kerja nak kacau orang. Adel betulkan posisi duduknya di  tangga menghadap tempat lain. Taufiq pula melabuhkan punggung duduk di  sebelah Adel.

          "Rambut karat kau ni dah nampak kusut.  Busuk!" sabar Adel, sabar. Mamat ni datang datang nak kutuk kang kena  lesing dengan Adel tergantung kau kat pokok kelapa depan rumah nenek ni.

            "Ada masalah dengan kau ke?" dingin Adel tidak memandang sepupu  sebayanya itu. Mereka sama sama masih berusia 17 tahun. Muda ya muda.

          "Ada, kau telah mencemarkan udara bersih aku dengan bau busuk rambut kau ni."

         "Dah tahu busuk buat apa duduk sebelah aku. Blah!"

          Taufiq tersengih nakal. Garangnya Adel. Walaupun masih belum mandi, dia  masih nampak cantik dan kelihatan polos. Kulit wajah bersih tanpa cacat  cela macam bidadari syurga.

PUK!

MACAMLAH KAU TAHU RUPA BIDADARI SYURGA TU?

           Adel toleh pandang Taufiq dengan kerutan di dahi. Pelik. Tiba-tiba  Taufiq mengetuk kepalanya sendiri. Dah kenapa? Gila?

           "Weh, aku baru sehari duduk sini dah rasa macam setahun. Lepu gila!"  Taufiq meluahkan isi hatinya pada Adel. Nak alih topik. Adel mencebik  bibir sambil mengguling biji mata mendengar luahan penuh sayu itu.

Dengar  sahaja ibu bapa Adel hantar Adel ke rumah nek Kalsom laju sahaja ibu  bapa Taufiq menyuruh Taufiq duduk di kampung juga dan bersekolah di  sana. Lagipun kehidupan Taufiq juga lebih kurang Adel. Sosial terlalu  tinggi.

          "Baru sehari, aku ni dah seminggu. Rasa macam  nak bunuh diri je!" giliran Adel meluapkan rasa hatinya yang tidak puas  hati dengan keputusan ibu bapanya. Tapi, kalau dihantar ke pusat  pemulihan akhlak lagilah dia tak mahu. Kira untung dia ditempatkan di  sini. Tapi, em..

          "Aku fikir dah setahun.." Taufiq  mengguling biji mata sejurus mendengar kata kata Adel. Muka beria cerita  macam dah duduk lama.

          "Assalamualaikum." tiba tiba rumah nek Kalsom didatangi tetamu. Jiran kampung nek Kalsom je ni.

           "Waalaikumsalam." balas Adel dan Taufiq. Adel bangkit dari tempat  duduknya dan mengatur langkah ke pintu beranda untuk menyambut  kedatangan nenek tua itu.

          "Nek Jamilah, apa khabar?"  laju Adel meraih tangan wanita tua itu untuk bersalaman. Adel sudah  biasa menyambut kedatangan nek Jamilah. Kawan baik nek Kalsom ni.

           "Sihat?" sapa nek Jamilah ramah. Adel mengangguk seraya membuka pintu  masuk luas sementara Taufiq sudah memboloskan diri ke dalam dulu. Laju  je dia melarikan diri.

          "Siapa tu?" soal nek Milah dengan gaya nak membawangnya.

          "Em, itu anak maksu. Sepupu Adel."

           "Ouh, anak Azlin ke?! Lahai, besar panjang dah dia. Dulu nek tengok dia  masih kecil lagi sekarang dah bujang. Kacak sungguh anak Azlin tu.  Macam bapak dia. Umur berapa tu?"

          Padu, dah macam rap pula. Tersengih sengih Adel di situ.

          "I-iya. Sebaya Adel."

<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience