Rate

1 ???

Fanfiction Series 1047

Eunseo sedang berjalan ke biliknya. Namun, langkahnya terhenti apabila mendengar suara Puan Jeon memanggilnya. "Eunseo! Sini kejap."
Eunseo duduk disebelah ommanya.
"Jungkook oppa pergi mana?"

"Dia study group dengan kawan-kawan dia yang lain."

Tiba-tiba, Puan Jeon memegang tangan Eunseo. Tangannya terasa sejuk kerana sekarang musim salji.

"Kita kena pindah."

Kata-kata itu bergema didalam minda Eunseo. Kenapa appa dan eomma tak berbincang dengan aku dulu? Kenapa aku tak tahu pasal semua ni? "Kenapa kena pindah?" Eunseo mengeluh. "Appa dapat kenaikan pangkat di syarikat dia. Lagipun, kamu tak pernah pergi Seoul sejak kamu dilahirkan lagi. Nenek dan atuk kamu pun kamu tak pernah jumpa."

Walaupun Encik Jeon tinggal di Seoul, Korea, selepas dia berkahwin dengan Puan Jeon mereka berdua tinggal di New York sehingga sekarang. Nasib baik Eunseo petah bercakap bahasa korea, kalau tidak mesti susah untuk berkomunikasi dengan orang luar.

"Come on,sweetheart. Jebal? Do it for me."

"Arasso, eomma." Eunseo akur dengan kehendak eommanya. Mungkin Seoul tidak seteruk yang dia sangka.
                               »»»

"Eunseo, wae? Ada apa yang tak kena? Gwenchana?" Tanya Encik Jeon. "Hm." Eunseo mengangguk perlahan. Tiba-tiba, penyepit yang dipegangnya diletakkan di tepi.

"Appa, eomma. Eunseo tak nak pindah..."

Encik dan Puan Jeon saling berpandangan. Mereka faham situasi yang dialami anak bongsu mereka. "You'll be fine. Eomma kan ada?" Puan Jeon cuba memujuk anak perempuannya itu.

"Ermm.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience