BAB 4

Romance Completed 3882

“Kenapa sampai ada orang yang gigih dan sanggup berhabisan wang semata mahu mencuri hatiku, penat dan sia-sia waktu dan tenaganya hanya demi menghadiahkan aku mawar dan coklat? Dosa apa Ya Allah yang telah hamba lakukan hingga ada orang yang mengisi sebagian perhatiannya untuk hamba selain dari Mu Ya Allah? Ampunilah dosa hamba dan dosanya, Ya Rabb”. doa Salehadalam hati.

“Em Saleha … Apakata kalau kau tanya makcik cleaner yang bersihkan kelas kita atau tengok jadual and periksa dengan ajk kebersihan yang datang awal setiap pagi, kot-kot mereka ada terlihat si pengirim,’’ ujar Katy cuba menenang dan membantu kawannya yang kelihatan dilandan stress.

“Aku sudah periksa pada mereka minggu lepas, tapi sia-sia, dorang tak tahu. Katanya bukan tugas mereka memeerhatikan siapa yang datang setiap pagi kecuali Makcik Eja saja yang selalu kata bunga dan coklat tu sudah sampai lebih awal dari dia. Kebebtulan kelas kita berada paling hujung pasti saja si pengirim punya waktu yang banyak untuk meletakkan benda tu. Jadi aku dah buntu, semua sekali dah ada 18 kuntum,’’ ujar Saleha putus asa.

“Okay takpa, kau slow-sow siasat siapa orangnya, kau kena buat sendiri. Caranya mudah sahaja Tapi, kali ini kau wajib datang awal pagi, bahkan lebih awal dari si pengirim. Kalau boleh selepas subuh kau dah ada di sekolah,’’ saran Katy mencadangkan solusi terakhir demi mengakhiri kemelut yang membelenggu Saleha.

“Masya Allah Katy, kau genius, kenapalah aku tak fikirkan benda tu selama ni” Saleha secara spontan memeluk erat tubuh sahabatnya itu dengan gembira.

“Aku akan usahkan bangun awal pagi. Kau doakan aku agar dapat tangkap si pelaku tu ya”

“InshaAllah, kali ni kau mesti tangkap orang tu” Katy merasa lega melihat senyum Saleha yang sudah sekian lama tidak terukir di bibir merah kawannya itu.

“Menurut kaulah kan apa yang buat orang tu rajin gila hadiahkan mawar dan coklat pada aku setiap hari tanpa henti?’’ tanya Salehapada Katy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience