Part 4

Young Adult Series 1026

Aku kemurungan . Aku mula menjarakkan diri aku dari dunia luar . Aku lebih suka bersendirian . Aku dengan dunia aku sendiri .

Aku berhenti kerja sebab aku tidak mahu jumpa sesiapa . Hidup aku hanyalah pergi kelas dan balik kelas . Segala perbincangan kumpulan aku tak pernah aku hadirkan diri .

Pelajaran tetap aku jalani macam biasa walaupun keputusan aku semakin merosot . Kerana itulah satu-satunya harapan ibu bapa aku semasa mereka hidup . Nak taknak aku tetap kena teruskan pelajaran aku .

Hidup aku kosong . Tanpa kehadiran orang yang aku boleh panggil sebagai keluarga . Aku sebatang kara . Aku sunyi . Tetapi aku tak akan tunjuk yang aku sunyi .

Kalau korang fikir mana kawan-kawan aku ? KAWAN yang dahulunya aku anggap ada ketika aku susah dan senang, semua menghilang . Kawan yang kononnya sehidup semati dengan aku sebelum ini semuanya pergi . Tinggalkan aku seorang diri .

Pada mereka, aku ni hanyalah seorang anak yatim yang tak ada sesiapa dalam hidup dia .

Pada mereka, aku akan menjadi beban kepada mereka sebab aku dah tak ada harta . Mereka tak tahu yang arwah ibu bapa aku tinggalkan harta bernilai jutaan ringgit, hasil simpanan mereka selama ni .

Ibu bapa yang pada aku tak ada masa untuk aku, bekerja keras untuk menyimpan demi masa depan aku . Seolah mereka tahu akan jadi sesuatu terhadap mereka .

Mengenangkan jasa ibu bapa aku sebelum ini, aku menangis lagi . Kebiadapan yang aku tujukan kepada mereka sebelum ini . Kurang ajar, menipu dan berbohong kepada mereka .

Penyesalan demi penyesalan muncul dalam diri .

Setiap malam aku menangis, mengenang nasib diri . Setiap malam aku meminta maaf kepada ibu bapa aku dengan berbekalkan gambar-gambar mereka . Aku menangis sampailah aku tertidur .

Just me being me . Thanks for your support ❤️ Love, Ned

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience