Sebuah rumah,yang jauh dari kejiranan,bersendirian,ibarat terpinggir. Mewah , rumah itu mewah ibarat istana untuk seorang puteri yang jelita. Pada siang hari, terlihatlah tiga orang pekerja melakukan pembersihan. Di malam hari,rumah itu kelihatan sunyi,malap dan menyeramkan . Tinggalah seorang wanita di rumah itu tatkala pekerja di rumah itu telah pun pulang ke rumah masing - masing.
Seorang wanita,wajahnya jelita , kecantikannya tiada bandingan,tetapi,saku kekurangan di wajahnya yang tidak pernah terlihat oleh sesiapa iaitu,senyuman kebahagiaan.
Stevia,nama wanita itu. Kecantikkan tidak menjamin kebahagiaan. Mata bewarna coklat,bibir yang kecil,bulu mata yang tebal,hidung yang mancung,kulit yang lembut bak sutera,rambut panjang,telinga dipasang subang dihias batu permata tulen,bibir dipakaikan gincu unggu pekat,disarung baju bewarna hitam,beserta kot hitam.
Berjalan dengan kelajuan sederhana.
"oi " stevia memanggil pekerjanya
"ya puan" sahut pekerja-pekerjanya
"jam 6 saya taknak nampak bayang korang dekat rumah ni" katanya lalu masuk ke dalam kereta dan terus memecut kereta mewahnya itu ke tempat kerjanya.
~tok..tok..tok~
kedengaran bunyi kasut.
"dia dah datang,rapikan meja!" kata seorang lelaki dari dalam pejabat ......
cerita ini rekaan semata mata bedasarkan imaginasi penulis follow lah cerita ni sampai penamatnya,
Share this novel