Chapter 35

Romance Completed 12167

Terhenti tangan Jet daripada melakar pada dada kertas apabila kedengaran pintu sebelah ditutup. Perang dah mula balik. Dia meraup muka dan memandang seketika kerjanya yang belum sampai separuh siap. Dah tak ada mood langsung nak buat ni. Volume laptop diperkuat;kedengaran suara JJ dengan Ean menjerit “Gotcha!”

Kan bagus kalau dapat buat macam tu dekat Are.Buat la sangat kalau nak rasa kena sembur.Haih..Jam pada skrin dikerling; 11.30 malam takkan tak nak masuk-masuk lagi.Kan kunci jugak pintu bilik ni,makin parah ada la.Jet berdiri membetulkan belakangnya, misi bermula.

***

Are menggigit bibir dengan mata memandang dinding bilik sebelah.Spoil!Dalam kereta tadi memang betul-betul fake sampaikan Tok Chu pun kena tipu sekali.Dia menghela nafas penat.Penat dengan situasi yang rasa macam makin hari makin obvious apa yang sebenarnya.Jet curang.

Was.

Dia cuba menepis kata hatinya.Kurang-kurang pernah.Pernah.Dia melarikan jemarinya di atas skrin handset mencari nama seseorang.Teragak-agak dia menyentuh untuk mendail.

***

“Assalamualaikum.” Jet menanggalkan headset di leher. “Esok?” Dia berfikir seketika. “Free.Free.” Jet mengangguk sendiri. “Nanti Along hantar.Tok Chu dah tahu?” Dia menjeling dinding bilik sebelah. “Ok.Wa’alaikumsalam.”

***

Are kembali meletakkan handset ke meja di sebelah katil.Belakangnya disandarkan ke kepala katil cuba menenangkan kepala yang kusut.Apa penghujung dia dengan Jet?Itu persoalan yang kian bermain dalam fikirannya.Makin difikir makin..

***

Jet mengetuk pintu bilik sebelah.Dia tahu Are di dalam walaupun dari tadi sunyi macam tak ada orang.

“Are,I masuk.”

Are segera tegak.Dia terpaku sama ada hendak dibiarkan sahaja Jet masuk atau sempat ke dia meluru dan mengunci pintu?

Jet berdiri di hadapan pintu yang terbuka.Mereka sama-sama sepi seketika saling menanti siapa yang akan bersuara.

“Tok Chu balik esok.Mak Lang nak datang rumah.” Jet terus menghilang di sebalik pintu apabila selesai inform apa yang patut.Dia tak rasa Are selesa tengok dia tercegat kat situ.Pintu bilik yang asalnya bilik kosong tapi kini dihuni Are ditutup perlahan.Langkahnya diatur menuruni tangga.

“Aizat.”

Hampir tercabut rasanya jantung bila tiba-tiba Tok Chu buat gaya sentap macam tu.NYaris-nyaris dia tergelincir tadi,kira okay sebab sempat lagi berpaut.

“Yes Tok.” Jet menampal sengih.

Tok Chu membawa cawan ke bibir.

Jet duduk di sebelah Tok Chu.Cawan yang dah hamper tinggal separuh isi dipandang seketika. “La..Air kosong je?Kopi banyak kat dapur Tok,air kosong jugak Tok minum.”

Tok Chu senyum tawar. “Nak tunggu budak-budak ni minum sekali alamat Tok sampai kampung pun belum tentu dapat.”

Jet kelu seketika.

“Aizat,ada apa dengan kamu berdua?” Tok Chu menggeleng. “Pandai tipu Tok buat-buat tak ada apa-apa tadi.” Jet dipandang menanti jawapan.

Jet teringat scene dalam kereta tadi.Mesra je dengan Are tapi fake je kut.Kut. “Biasa la Tok.” Tangannya didepangkan di atas sofa.

“Jangan dibiasakan,karang parah.Amera tertekan la tu,orang mengandung Aizat kena faham.” Belakang Jet ditepuk perlahan. “Nanti Tok tak ada,sampai sudah kamu dua orang tipu orang sekeliling.”

Right.Nanti Tok balik kampung mungkin tak ada dah kut gaya mesra buat-buat macam tadi. “Aizat tak tahu nak buat macam mana.Aizat tak tahu Tok.” Jet tertunduk.

Tok Chu sedikit tersenyum. “Kurang-kurang kamu sedar.Aizat cuba cakap elok-elok dengan Amera.Betulkan yang mana salah.Jangan main biar macam tu.”

Jet menghela nafas memikirkan masalahnya dengan Are. “Tengok la dulu Tok.”

“Aizat kan dah besar.Dah boleh fikir.”

Ruang di antara Jet dengan Tok Chu sepi seketika.Jet kembali mengingati salahnya pada Are.KIra-kira ada kut nak dekat tiga bulan Are pregnant.Dia meraup wajah yang tertekan. “Tok nak kopi?”

“Kopi apa yang ada?”

“Cap Badak boleh?”

“Ei,budak ni!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience