Rate

Prolog

Romance Series 2055

Hembusan hening pagi dan melihat burung berkicauan sudah cukup menenangkan hati. Aku seperti biasa membancuh segelas kopi dan memakan beberapa keping biskut bagi melapik perutku yang kosong ini. Aku memandu dengan cermat kereta ku bagi menuju ke tempat kerja ku. Aku dikenali sebagai Dr. Atif Mikael. Aku ditugaskan untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah serius seperti kanser, sakit jantung dan sebagainya. Bertugas demi menyelamatkan nyawa orang sangat tidak mudah! Setiap saat perlu dijaga dan diawasi. Jika sesaat terlepas, kau sendiri tahu akibatnya.

Aku membuka mata perlahan-lahan dek kerana kesilauan cahaya matahari yang menembusi tingkap bilikku. Ibu mengejutkan ku dengan agak keras "Hayla! Bangun sekarang! Pergi mandi lepastu tolong ibu kemas rumah!" Aku segera menuruni katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Ibu memang begitu aku bangun lambat sikit je dia bebel macam nak pecah telinga aku ni. Nasib sayang je aku diam. Aku menolong ibu membuat kerja rumah kerana hari ini aku bekerja pada shif petang. Usai membuat kerja rumah aku minum segelas cawan air berisi ais bagi menghilangkan dahaga ku. "Ah leganya" ujarku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience