BAB 5

Romance Completed 8211

“Ambik ni!” Hazel menghulurkan kunci kepadaku yang kelihatan seperti kunci kereta pada pengamatan ku.

“untuk apa ni?”

“Untuk kau pandulah takkan untuk kau tengok?,” Aku masih terpinga-pinga.

‘’Aku nak ke bandar jadi mommy suruh kau drive,’’ amboi halus pula suara kau hari ni.

‘’Kerja aku sebagai pembantu rumah je kat rumah ni bukan jadi driver,’’ balasku.

‘’Itu arahan mommy!’’

‘’So what?’’

‘’Kau taknak angkut aku, kau jawab sekali kat kak ayuni.’’

‘’What! Ayuni pun ada sekali? Bring it on!’’

‘’Miang! Tak sedar diri!’’ cebik Hazel.

“Apa tunggu lagi, blah aku nak tukar baju biar bagi hensem sikit,’’

“Cepatlah! Lembab betul!” sinis Hazel.

Mendidih hati aku melihat senyum puas Hazel yang menjinjing beg shopping penuh dua-dua tangannya. belum masuk lagi brang-barang yang ku bawa. Kini aku serupa khadam di matanya.

“Dasar penipu,” rungutku. Licik betul muslihatnya mengumpan ku untuk menjadi pemandunya, walhal Ayuni tak ikut sama pun.

“Jom balik. Im so tired, Thanks Mikael! ‘’Hazel berlenggang sambil mencampakkan lagi sebuah beg plastic kepadaku. Dan aku pula yang serupa Labu Labi menurut saja perintahnya. Aku pun sudah tak larat untuk melawan.

Setiba sahaja kami di letak kereta, aku melihat ada sekumpulan budak nakal berkumpul di kawasan itu. AKu malas mengednahkan mereka. Yang penting dorang tak kacau aku dahlah. Laju saja aku melangkah menuju ke kereta.

‘’Mikael!’’ adeh dia dah mula dah, mula nak tujuk kuasa veto dia depan public ni. AKu pura-pura tak dengar.

“Mikael !!!!” namaku dialung sekali lagi dan aku terhenti seketika.

“YEEE KAU NAK APA LAGI?!” jeritku.

“Mikael !!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience