"Ini just kelas sementara jer" adalah apa yang Alya berkata pada diri sendiri walaupun apa yang difikirkan sangat bertentangan. "aku nak satu kelas dengan diaaaa." kata Alya dalam hati. Hampir sepanjang kelas Alya berharap dia berada di kelas yang sama.
"wei, Alya. Kau taknak tukar kelas ke?" tanya Zara. Zara ialah rakan dari sekolah rendah dahulu. Dan setiap tahun jugak kelas zara adalah sama dengan Alya.
" Boleh tukar ke?" Alya memandang muka Zara.
"Alaa..tukar jela. Aku tak boleh bawak la. Dahla accaunt. Lepastu ada addmath lagi. Dengan cikgunya yang ajar macam apa. Aku nak tukar kelas Hijau."
"Itupun kalau cikgu bagi. Kalau dapat tukar memang aku nak tukar" kata Alya.
" Nanti cakaplah dengan cikgu yang kita tak boleh bawak." Zara cuba menghasut Alya untuk bertukar kelas.
" Tapi nanti banyak urusan lah. Malas aku" kata Alya.
" Ala. cakap jelab dengan cikgu. Lepastu mohon." Zara mencuba lagi.
" Hmm.. aku fikir dululah. Ni nanti kau rehat dekat library ke? " Tanya Alya.
"Haah"
"kalau macamtu aku rehat dengan Rin jelah"
Bermula tahun ini, Zara akan menjadi pustakawan. Ini bermakna dakam geng Alya, hanya Alya dan Rin yang tidak mempunyai jawatan. sebenarnya Rin ada jawatan sebelun ini. Tetapi dia berhenti dengan kehendak sendiri. Rin kata dia tiada kawan semasa menjadi jawatan itu.
Share this novel