Rate

Prolog

Short Story Series 2581

     "We are getting married."

Tercengang semua muka yang sedang berkumpul di ruang tamu rumah banglo Puan Sri Rozita. Mereka yang tadinya sedang rancak berbual-bual tentang persiapan untuk perkahwinan anak lelaki tunggalnya dengan seorang perempuan dari keluarga terpilih kini senyap. Terkelu.

Manakan tidak. Anak lelaki tunggalnya yang sepatutnya dikahwinkan dengan anak perempuan kepada Tan Sri dan Puan Sri yang sedang bertamu disitu kini sedang menggenggam tangan perempuan lain pula malah menyatakan yang mereka akan berkahwin.

"Apa yang Syah cakap ni?" Puan Sri memandang wajah anak tunggalnya itu. "Jangan main-main dalam situasi macam ni."

"No. I'm serious. Lana and I will get married."

"Apa semua ni!?"

Keluarga pihak perempuan yang sepatutnya dijodohkan dengan Syah itu mula mengangkat punggung dari tempat mereka. Mendekati Syah dengan riak wajah yang bengis. Si ibu menyilangkan tangan di dada, si ayah pula bercekak pinggang.

"Jangan risau, Tan Sri, Puan Sri. Anak saya dan kawan dia ni memang suka bergurau. Nanti saya bincang dulu dengan mereka." Dengan tangan yang diangkat, dia meminta mereka bersabar.

"Ibu. Kami memang dah lama suka satu sama lain. Ibu pun tahu yang kami tak boleh dipisahkan. That's why, Syah hanya akan berkahwin dengan Lana. Say something, Lana."

Syah mengerling pada Lana yang dari tadi hanya menarik muka tegang.

"Ya, Mak Rozi. Lana dan Syah memang tak boleh berjauhan. I can't accept Syah to marry someone else. Jadi tolonglah benarkan kami berkahwin." Mata kuyunya sengaja dipersembahkan pada Puan Sri Rozita.

Senyap. Puan Sri menatap wajah Syah dan Lana dengan mendalam. Mahu mencari apa sebenarnya yang sedang dirancangkan kedua-dua anak muda yang sudah dia kenal perangai mereka itu. Dia menyinis. Helaan nafas lega dia lepaskan kemudian berpaling kepada mereka yang sepatutnya bakal menjadi ibubapa mertua Syah.

"Maaflah, Tan Sri dan Puan Sri. Nampaknya saya sudah membuat kesilapan besar. Saya sepatutnya memeriksa dahulu status sebenar anak saya sebelum merancang perkahwinan untuknya. Sekarang, saya tak tahu bagaimana mahu berdepan dengan kalian."

Sepuluh jari disusun di hadapan mereka berserta riak wajahnya yang betul-betul dalam penyesalan. Dia tahu hanya dengan berbuat begitu, dia takkan dapat menebus semula kesalahannya kerana ini melibatkan maruah anak perempuan mereka.

"Kami juga minta maaf. Saya yang bersalah sepenuhnya kerana merahsiakan hubungan saya dengan kekasih saya." Syah menyampaikan dengan intonasi suara yang penuh penyesalan.

Lana yang juga memerhati, segera menundukkan muka. Menggigit bibirnya agar tawa yang sedaya-upaya ditahannya dari tadi tidak meledak. Menyedari perbuatannya, Syah pun menggenggam jemarinya lebih erat.

"Saya tak percaya semua ni. Saya memang benar-benar kecewa. Saya lepaskan kamu demi anak perempuan saya dan saya harap takkan bertemu kamu semua lagi lepas ni." Si ayah menegaskan dengan suara yang menghentak.

Mereka beredar pergi selepas itu. Meninggalkan Syah dan Lana bersama Puan Sri yang kini sedang memeluk tubuh. Suasana sekali lagi senyap. Keringat mula membasahi dahi Syah. Berdebar menanti apa yang akan dilakukan Puan Sri pada mereka selepas ini tetapi Puan Sri hanya mengukirkan senyuman memandang kedua-duannya.

"I...ibu?"

"Kamu sepatutnya berterus-terang dengan ibu dari awal lagi, Syah. Kenapa perlu rahsiakan hubungan kamu dengan Lana? Kamu tahu kan yang ibu sangat sukakan Lana" Bahu Lana dipeluknya mesra.

Kedua-duanya mengukir senyuman paksa. Mahu dikatakan gembira kerana apa yang di rancang berjalan dengan lancar tak boleh sebab perasaan mereka kini berbaur dengan kegelisahan. Menanti apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ini satu berita yang sangat menggembirakan. Esok juga kami sekeluarga akan datang meminang Lana. Kita akan berbincang tentang persiapan untuk perkahwinan kamu berdua selepas itu."

Mata Lana membulat. Puan Sri Rozita pun melangkah meninggalkan mereka sambil tersengih-sengih. Setelah kelibatnya menghilang ke dapur, Lana lantas memukul bahu Syah dengan kuat. Membuatkan dia terjerit kecil.

"Hei. Apa hal?"

"Apa hal?" Kerutan terbentuk di dahi Lana. "Something's fishy. Ibu kau terima kita dengan mudah sekali."

"She said she likes you. Don't she? Kan tu bagus? Rancangan kita berjalan dengan lancar."

"Now, it's my family turn."

"Jangan risau. Pandailah ibu aku pujuk diorang."

"Fine. Now, let go my hand."

Menyedari yang mereka masih berpegangan tangan. Syah pun segera melepaskannya. Lana mengerlingnya lalu menyilang tangan ke dada.

"Keadaan akan bertambah sulit bermula dari sekarang." Ujar Lana dengan nada yang serius.

"Kita akan lewatinya dengan kekuatan cinta kita, my babe." Perlahan jemari Syah menyentuh dagu Lana.

Lana menyinis. "Mari lihat siapa pelakon yang lebih hebat."

"Me, for sure." Bibir Syah menyengit ke atas.

Di sebalik dinding dapur, Puan Sri Rozita sedang memerhatikan mereka. Sedang tersenyum-senyum penuh maksud tersirat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience