Rate

Bab 29 Berkenalan Dengan Mentua

Drama Completed 203181

Tangan Haziq memulas tombol pintu lalu membukanya. Bila pintu bilik sudah terbuka Izara pun mengikuti langkah kaki suaminya itu masuk ke dalam bilik kedua orang tuanya. Mak dan abah Haziq memadang pada muka pintu ingin melihat siapa yang membuka pintu tersebut. Bila melihat anaknya Haziq yang membuka pintu bilik tersebut kedua orang tua Haziq mengukirkan senyuman. Apa lagi melihat anaknya itu membawa menantu mereka bersama. Bila melihat sang menantu yang ada di samping Haziq,Samsiah berjalan menghampiri menantunya itu.

Izara yang melihat mak Haziq datang ke arahnya kelihatan agak tegang dan gelabah. Sementara Haziq yang berada di samping Izara hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu.

"Inilah menantu mak dan abah ya. Dapat juga mak bertemu dengan kamu Zara. Abah dan mak tak sabar nak jumpa Zara. Hari ni dapat juga lihat Zara di depan mata," kata Samsiah mak Haziq.

Izara memberi senyuman manis pada mentuanya itu. Lalu Izara menyalami tangan mentuanya,selepas bersalam tangan tiba-tiba mentuanya terus memeluk tubuh Izara. Lalu memengang tangan Izara dan berjalan menghampiri katil Rahim.

Sampai di katil tempat Rahim sedang baring. Izara pun menyuakan tangannya pada Rahim untuk menyalami bapa mentuanya itu. Rahim pun menyuakan tangannya yang sudah kurus ke arah menantunya itu. Lalu Izara menyalami tangan bapa mentuanya. Kelihatan tubuh Rahim sudah semakin kurus.

"Boleh tahan cantik juga menantu kita ni kan bang", kata Samsiah pada suaminya.

Mendengar perkataan yang keluar dari mulut mak mentuanya membuatkan Izara merasa malu.

" Ya cantik orangnya,nampak manis dan masih muda lagi. Pandai kamu cari isteri Haziq"kata Rahim dengan suara yang agak lemah.

"Tak lah, Zara biasa-biasa je. Zara pun banyak kekurangan juga" kata Zara cuba menghilangkan rasa gugupnya.

"Setiap orang pasti ada kekurangannya. Terima kasih kerana sudi jadi isteri Haziq. Zara tahu kan status Zara sebagai isteri Haziq hanya orang dalam rumah ni sahaja yang tahu. Orang luar dari dalam rumah ni tak akan tahu. Kalau ada sepupu Haziq atau ahli keluarga sebelah mak datang,kami akan mengenalkan Zara sebagai pembantu yang membantu mak merawat abah kamu ni", kata Samsiah pada menantunya itu.

" Ya, abang Haziq dah bagitahu dah tentang perkara ni"jawab Zara masih agak gugup sedikit.

"Jika tak ada orang luar datang ke rumah ni Zara dan Haziq jalani je hidup macam pasangan suami isteri lain dalam rumah ni. Harap Zara faham ya,semua ni kami lakukan demi keselamatan Zara" kata Samsiah menjelaskan pada menantunya itu.

"Ya, Zara faham" kata Zara sambil mengangukkan kepalanya.

"Mak, keadaan abah macam mana? Ada terjadi apa-apa tak masa Haziq tak dak dekat sin?" tanya Haziq pada Samsiah sambil matanya memadang pada tubuh ayahnya yang kurus terbaring di atas katil.

"Jangan risau lah...Tak dak terjadi apa-apa pun dekat abah masa Haziq balik kampung Wan", jawab Rahim dengan nada suara yang agak lemah.

"Oo,agaknya sebab tu kamu balik hari ni. Sebab risaukan abah kamu ya. Sepatutnya esok baru kamu balik," kata Samsiah sambil memadang ke arah anaknya itu.

"Yalah,mesti la risaukan abah. Lagi pula kakak pun dah balik negara suami dia",kata Haziq.

" Jangan risau la,mak dan bibik kan ada. Kalau jadi apa-apa mak akan bagitahu kamu,"kata Samsiah pada anaknya itu.

Izara hanya mendengar sahaja apa yang di bualkan oleh ketiga beranak tersebut.

"Abah dah mandi belum? Kalau belum Haziq akan bantu mak mandikan abah," kata Haziq sambil memadang ke arah tubuh ayahnya.

"Abah dah mandi dah. Tadi mak kamu ni dah lapkan dengan tuala basah. Kamu pergilah bawa isteri kamu tu ke bilik atas. Bagi dia rehat, rasanya kamu berdua pun letih sebab baru sampai dari kampung," kata Rahim pada anaknya itu dengan nada suara lemah dan agak tersangkut-sangkut bila bercakap.

"Betul kata abah kamu tu. Kamu pergi la bawa Zara ni berehat. Tentu dia letih,muka dia pun nampak pucat je", kata Samsiah pula.

" Yalah,Haziq dan Zara keluar dulu. Nanti kalau ada apa-apa bagitahulah pada Haziq,"kata Haziq kemudian ia melangkah kakinya ingin keluar dari bilik orang tuanya itu.

"Baiklah" ucap Samsiah sambil matanya memadang pada anak menantunya itu melangkah kaki keluar dari biliknya.

Izara mengekori si suami berjalan menuju ke arah bilik yang berada di tingkat atas. Haziq dan Izara menaikki anak tangga untuk pergi ke tingkat atas tempat bilik Haziq berada. Sampai di tingkat atas Izara perasan sepertinya ada 4 pintu bilik semuanya. Bermakna di tingkat atas ini ada 4 bilik. Haziq berhenti di depan pintu bilik yang ketiga lalu tangannya membuka pintu bilik tersebut.

"Inilah bilik abang. Sekarang akan jadi bilik Zara juga. Baju Zara dalam beg tu boleh la letak dalam almari yang ada dekat tepi dinding sebelah sana tu", kata Haziq sambil tangan menunjuk pada almari yang ada di tepi dinding.

"Besar juga ya bilik abang ni. Lebih besar dari bilik Zara dekat kampung. Abang yang 3 lagi bilik tu bilik siapa pula?", kata Izara ingin ingin tahu.

" Oo,yang bilik paling hujung tu bilik arwah abang Haikal. Bilik dekat dengan tangga tu sebenarnya bilik mak dan abah tapi lepas abah sakit mak dan abah tukar ke bilik yang ada di bawah. Bilik abah dan mak ni kita orang buat bilik untuk sembahyang. Kalau tak bilik yang ada di bawah tu buat bilik sembahyang. Yang satu lagi bilik ada dekat atas ni bilik kak Haliza. Kak Haliza kalau datang dengan suami dan anak dia akan tidur di bilik tu",jawab Haziq pada pertanyan isterinya itu.

Haliza adalah kakak Haziq. Haliza juga adalah anak sulung bagi Rahim dan Samsiah. Haliza sudah pun berkahwin dengan pilihannya semasa ia berada di semester akhir belajar di luar negara. Sekarang ia tinggal di negara kelahiran suaminya. Haliza juga sudah mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun.

Semasa mengetahui Rahim sakit Haliza kerap pulang ke tanah air untuk melihat keadaan ayahnya. Kekadang ia akan pulang bersama suami dan anaknya. Kadang-kala ia akan pulang sendirian ke tanah air tanpa di temani oleh anak dan suaminya.

"Oo,setiap orang dekat rumah ni ada bilik sendiri la ya", kata Izara.

"Zara kalau letih atau masih ada rasa pening kepala tu pergilah tidur. Rehatkan badan tu,abang tahu Zara jarang jalan jauh macam hari ni. Abang nak keluar sekejap sebab ada hal sikit", kata Haziq pada Izara.

" Baiklah,Zara pun memang masih ada rasa pening lagi kepala ni,"kata Izara sambil mula merebahkan badannya di atas katil di dalam bilik suaminya itu.

Melihat isterinya sudah mula baring di atas katil. Haziq pun melangkah kakinya keluar dari bilik,ia tidak mahu mengangu tidur isterinya itu.

"Biarlah dia tidur dan berehat dalam bilik ni", bisik hati Haziq sambil matanya melirik memadang badan isterinya di atas katil sebelum menutup pintu bilik.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience