Bab 1 C.S

Romance Series 883

Kring!! Loceng Sekolah Sultan Abdul Samad berbunyi menandakan waktu pulang.Semua murid berlari keriangan.

"Banyaklah kerja rumah yang cikgu bagi! Macam mana nak buat jadual bertugas?Nanti saya tak sempat!" Emylia mengeluh.
"Saya nak buat cantik cantik untuk kelas kita.Saya nak lawan kelas sebelah"sambungnya lagi. Kata Emylia.Dia bersemangat kerana dia baru dilantik menjadi ketua kebersihan kelas Dua Mawar .
"Nanti petang selepas sekokah agama lah saya tolong awak buat ok?"Eyra memberi cadangan.
"Oklah kalau macamtu. Nanti saya datang rumah awak " Emylia tersenyum mendengar cadangan Rose.
Rose ialah kawan baiknya atau best friend yang baru dilantik menjadi ketua kelas.Rose teruja untuk memberitahu berita gembira ini kepada mamanya.

Mamanya adalah seorang datin manakala ayahnya ialah dato. Rose memang berasal dari keluarga berada dan berperangai diva tetapi dia seorang yang baik dan friendly.Dia ada seorang kakak yang berumur 12 tahun dan seorang abang iaitu kembar tidak seiras kakaknya.juga adik lelaki yang satu tahun lebih muda darinya. Tetapi abangnya belajar di luar negara dan tinggal di rumah neneknya di negara Korea. Rose juga suka pergi ke Korea kerana tempat di situ cantik dan juga kerana jejaka di situ semua kacak hahah Rose ni memang gatal, pantang nampak lelaki hensem terus 'bismillah assalamualaikum'tetapi Rose bukan playgirl, dia tegur jerrr. So ualls janganlah kecam Rose yang comel ni.

"Daddy saya dah sampai! saya balik dulu ok! "Emylia berlari kereta ayahnya sambil melambai kepada Rose.

Seperti biasa Rose menuggu driver yang akan membawanya pulang.
"Penjaga kamu belum sampai Cik Rose?"tanya pengawal keselamatan yang menjaga di kawasan itu.
"Pak cik janganlah panggil saya 'cik' saya baru lapan tahun,saya pun manusia biasa"kata Rose dengan hampa kerana sudah berkali-kali dia memesan kepada pak cik itu."Eh mana boleh Cik Rose,Cik kan anak dato Rizal dan Datin Rosilia." kata pengawal keselamatan itu atau dipanggil dengan Pak Abu."Ala pak cik.... ape ape jelah"Rose pasrah, bukannya boleh buat apa pun.Dah dia anak orang berpengaruh, nanti tak pasal pasal Pak Abu dicop tidak menghormati anak dato pula.

Pin pin pin!! bunyi hon pemandu Rose menandakan ia sudah sampai."Ha Rose pergilah...driver kamu sudah sampai tu"kata Pak Abu."Oklah Pak Abu, saya pergi dulu tata titi tutu jangan rindu saye yer! "kata rose yang sedang menuju ke pemandu keretannya sambil melambai ke arah Pak Abu.Pak Abu tersenyum, Rose memang seorang budak yang menghormati orang tua tidak kira apa pun status orang itu.Bagi gadis itu menghormati orang tua memang sesuatu yang penting baginya.Dia memang suka akan sikap Rose yang merendah diri walaupun anak dato.
Rose masuk ke kereta di sebelah pemandu yang menjemputnya pulang."Cik Rose kenapa duduk disini?Cik Rose duduklah dibelakang"kata pemuda itu merangkap kepada pemandunya."Ala biarlah I duduk sini.... Kat belakang tu bukannya rasa aircon pon!Lagipun dekat luar panas tau!You tau tak kat luar tu panas"keluh Rose.Rose memang suka membahasakan dirinnya I&you kepada semua pebantu rumahnya. Pemandu itu tersenyum mendengar Rose membebel. Tak padan dengan kecik tetapi mulut macam dah dewasa,geram jer dia tengok budak ni... rasa nak cubit pipi Rose pula. Dia tahu apa yang didengar tadi hanyalah alasan tetapi sebenarnya Rose ialah seorang budak kecil yang merendah diri.Dia juga tidak tahu perangai siapa yang Rose ikut kerana semua ahli keluarganya tidak lah sediva Rose tetapi merendah diri, mungkin juga perangai semula jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience