Lima sahabat berjalan seiring menuju ke sebuah cafe yang berdekatan, terlihat beberapa kanak-kanak berkejaran mengikuti sahabat tersebut.
"Mama! Kita nak ke mana?" tersenyum Intan melihat coleteh anaknya.
"Nak pergi minum sayang, papa mana?" matanya meliar mencari kelibat suami tercinta.
"Papa parking kereta" jawap Nini tersenyum.
"Happy aku tengok kau sekarang Intan" kata Natz, bila melihat keluarga kecil rakannya.
"Alhamdulilah Natz, kau tu bila lagi?" usik Intan, sedia maklum yang rakannya baru sahaja bertunang.
"Kau doakan aku yang baik-baik je" jawap Natz
"Okey kau orang nak order apa?" soal Zizi yang menawarkan diri pesan air.
"Aku nak carrot susu" jawap Elina sambil mengelus perut buyungnya.
"Kita nak fresh orange" jawap Siti pula.
"Aku dengan Natz apple susu"
"Anak kau nak apa?" soal Zizi pada Intan.
"Dia nk share dengan aku je" jawap Intan.
"Okey"
Hilang sahaja Zizi dalan rimbunan pelangan yang ingin memesan air, Fizah dengan dua rakan mereka yang lain tiba.
"Hai!" sapa Ain yang sudah duduk disebelah Elina, tangan terus mengelus perut Elina.
"Tak menyempat minah sorang ni lah" perli Natz, melihat coleteh Ain.
"Mana Zizi?" soal Fizah agak tercungap, maklum kandungannya dah 5 bulan.
"Dia baru je pergi ambil pesanan air" jawap Intan.
"Mana anak kau Siti?" soal Yana bila nampak anak Intan sahaja.
"Dengan Ayah dia" jawap Siti.
"So, jadi tak plan kita nak pergi kem tu?" tanya Zizi ingin kepastian.
"Aku on jer, tapi tak tahulah kawan kita yang dah bersuami ni" jawap Natz.
"Suami aku izinkan, tapi dia ikut sekali lah" jawap Elina.
"Haha, pengantin baru kan memang lah suami ikut" usik Natz.
"Aku pun sama" jawap Intan.
"Sama apa, sama kasih?" gurau Zizi, tergelak rakan yang lain.
"Samalah, ikut tapi suami aku pun join"
"Haha, yelah. Siti dengan Fizah macam mana pulak?"
"Aku join, Fizah pun sama" jawap Siti.
"Suami kau ?" soal Yana.
"Ikut" jawap Fizah.
"Okey2, jeles aku tengok kawan kita yang dah bersuami ni" kata Zizi tersenyum.
"Tulah aku suruh kahwin tak nak, wei nikmat tau kahwin ni" tersembur Natz bila mendengar ucapan Intan.
"Wei! Nak sembur pun kat tempat lain lah" bengang Yana jadi mangsa Natz.
"Hahaha. . " tergelak mereka mendengar bebelan Yana.
"Kesian kawan kita sorang ni. Ha Yana, kau join tak?"
"Joinlah, tunang aku nak ikut sekali tau" bagi tahu Yana memeranjat kawan-kawannya.
"Bila masa kau tunang?" soal Elina kurang puas hati, dia yang sekampung pun tak tahu.
"Sorry, majlis kecik je. Sebab tulah aku ajak dia sekali, nak kenalkan dia dengan kau orang" jelas Yana.
"Owh, okey. Boleh jer, aku nak tanya sapa lagi nak ikut dan Siti dengan Intan anak kau orang join tak? Soal Zizi selaku yang uruskan percutian.
" anak kita orang tak ikut, sebab kita kan pergi kem kat hutan kan" jawap Intan yang sudah berbincang dengan suaminya.
"Wei, tunang aku pun nak join" sampuk Natz.
"Eah, bukan dia tak nak join ke?"
"Aku suruh dia join juga"
"Haha. . okey, jadi semuanya 21 orang" putus Zizi, jarinya ligat menaip sesuatu pada skrin telefonnya.
"Kenapa 21, bukan sepatutnya 20 je ke?" soal Elina pelik.
"Pakwe dia join sekali" jawap Natz kantoikan Zizi.
"Ha!!" terkajut masing-masing.
"Tak payah nak terkejut sangat lah" bengang Zizi melihat reaksi rakannya.
"Diam-diam ubi berisi juga lah ya" sindir Intan, tumpang gembira.
"Ain kau gelak pulak kan, tunang kau tu join tak? Tanya Zizi.
" Tak join kot" jawap Ain nada sedih.
"Alahai, jangan lah sedih-sedih tak comel lah nati" pujuk Natz.
"Haha, aku sentiasa comel" puji Ain pada dirinya sendiri.
"Ciss, menyesal aku puji" bengang Natz.
Disebalik gelak ketawa mereka, ada yang iri hati. Matanya tajam menatap sekumpulan sahabat tersebut, hatinya terasa sakit bila melihat senyuman yang terukir pada mereka.
"Aku akan buat kau orang menyesal, darah harus dibalas dengan darah"
Sunyi sepi rasanya bila si suami sudah gerak ke tempat kerja.
"Hai nak, sunyi rumah ni bila ayah tak ada" Bebel Elina sendirian. Perutnya yang semakin membuyut menyukarkan dia untuk bangun, pagi tu ada banyak kerja yang perlu dibuat. Cuci baju, basuh pinggan, kemas rumah, tulah kerja hariannya. Sedang Elina sibuk Membasuh pinggan mangkuk yang bertengek, telinganya menangkap satu bunyi barang jatuh dari arah belakang rumahnya.
"Allah, apa tu?" berderau darah Elina dibuatnya, dahlah dia sorang di rumah. Dengan keberanian yang ada Elina mengintai dari tingkap dapurnya untuk melihat apa yang jatuh.
krek.. Krekk..
Terkejut Elina bila dia terdengar bunyi orang berlari ke halaman rumahnya.
"Sapa?" tanya Elina sendirian, dengan keadaan ketakutan, Elina terus menelefon Natz yang kebetulan duduk berhampiran dengannya.
"Hello, kau dah kenapa Elina resah semacam je" tanya Natz bila terdengar suara Elina yang agak lain.
"Tadi macam ada orang nak masuk rumah aku, bila aku ngintai orang tu terus lari" bagi tahu Elina, terkejut Natz dibuatnya.
"Ya Allah!! Habis orang tu masuk tak rumah?" resah Natz bila mendengar jawapan Elina.
"Orang tu tak masuk, tapi boleh tak kau datang rumah aku. Aku takutlah sorang-sorang"
"Yelah, lagi pun sekarang cuti sekolah kan. Dalam 15 minit aku sampai, kunci rumah tau" pesan Natz, malas hendak berfikit panjang dia terus menyarung tudungnya lalu menutup leptopnya, dalam otaknya kini keselamatan kawannya.
"Zizi! Aku pergi rumah Elina!" bagi tahu Natz yang sudah melakah keluar rumah.
"Buat apa?" tanya Zizi balik yang masa tu sedang siapkan bekal untuk bawak pergi kerja.
"Teman dia" jawap Natz, malas hendak layan soalan yang bertubi-tubi Natz terus memecut laju keretanya ke rumah Elina.
"Aik, lajunya" pelik Zizi.
.........................................
"Kau okey tak?" tanya Natz sebaik sahaja dia melakah masuk ke dalam rumah Elina.
"Aku okey, tapi takut lah"
"Tak apalah, meh aku teman. Suami kau dah tahu belum?"
"Belum, aku tak bagi tahu lagi"
"Asal kau tak nak bagi tahu dia?" soal Natz pelik.
"Aku tak nak pusingkan kepala dia, yelah suami aku tu sibuk dengan kerja dia kan" jawap Elina jelas.
"Hurm. Yelah,"
....................................................................
Bunyi ketukan pintu pejabatnya, menghentikan jari Fizah dari menaip.
"Masuk" suruh Fizah.
"Puan Fizah, ini ada bungkusan untuk puan" bagi tahu pembantunya sambil menyerahkan bungkusan kotak kepadanya.
"Sapa yang hantar?" soal Fizah agak pelik.
"Saya pun tak tahu, atas kotak ni tertera nama Puan dengan Cik Ain. Lagi pula saya sampai jer, kotak ni kat meja saya" jelas Mira, pembantunya.
" tak apalah terima kasih, awak boleh pergi" kata Fizah. Tanpa buang masa, Mira pun keluar dari bilik Fizah.
"Hello, Ain" sapa Fizah sebaik telefonnya bersambung.
"Ha, ada apa Fizah?" tanya Ain pelik bila kawannya telefon
" Masuk bilik aku jap"
"Ada apa?"
"Datang jerlah"
"Yelah, jap" panggilannya pun terputus.
....................................................................
Zizi yang sibuk memeriksa komputer yang baru sahaja di hantar oleh pelanggan, terganggu dengan panggilan telefon.
"Hello, ha asal call?"
"Ai, nak call kawan sendiri pun tak boleh ke" rajuk Natz.
"Haha, boleh lah. Pelik je kau call aku ni"
"Malam lepak rumah Elina, suami dia tak balik malam ni" bagi tahu Natz bila dimaklum oleh Elina.
"Kenapa pula?" soal Zizi pelik, selalunya kalau suaminya tak balik pun kawannya tu boleh tidur sorang.
"Nati aku ceritalah, datang tau" pesan Natz lagi sebelum panggilannya di putuskan.
"Eah minah ni suka sangat tergantung ceritalah" rungut Zizi.
"Bebel apa sorang-sorang tu" tegur seseorang dari arah belakangnya.
"Eah, awak" terkejut Zizi bila buah hatinya datang ke kedainya.
Share this novel