Rate

Bahagian 1

Detective Series 1021

Aku merenung kosong ke arah sebuah jendela yang berhampiran dengan ku.Kelihatannya jendela itu dibasahi dengan titisan-titisan hujan disebabkan cuaca yang agak buruk sekarang ini.”Kamu tidak siap lagi ke?”soal Alis yang tiba-tiba menyelinap masuk ke bilik ku.””Sudah siap la ni..”balas aku.Kami bercadang untuk menaiki sebuah kereta api untuk pergi ke sebuah destinasi yang jauh.Memandangkan bapa aku merupakan seorang detektif.Maka dia dijemput untuk menghadirkan diri di sebuah majlis pada hari esok.Aku sebagai anak tunggalnya harus mengikuti ayah ku untuk bersamanya di majlis itu memandangkan kehadirannya begitu jarang sekali berada di rumah ini.Namun kali ini aku pergi dengan kawan ku kerana mak dan ayah ku sudah tiba di destinasi majlis itu.Memang selama ini aku berteman kan kawan ku Alis di rumah ini kerana mak dan ayah ku selalu sibuk.Tanpa membuang masa,terus aku mengambil pakaian ku dan menaiki teksi untuk pergi ke stesen kereta api.Setelah sampai di stesen kereta api,kami duduk sebentar di sebuah bangku.Agak lama juga aku menunggu di sini.Sejujurnya aku bosan menunggu di sini.Tapi Alis gembira bertemu dengan orang ramai dan berkenalan dengan mereka yang duduk di sebelah kami.Tidak hairanlah kerana Alis merupakan orang yang paling ramah di sekolah kami.Manakala aku adalah seorang wanita yang dianggap sombong kerana sifatku yang tidak suka di ajak bual oleh orang yang tidak ku kenali.Tiba-tiba, aku melihat susuk tubuh seorang lelaki yang pakaiannya serba hitam dan rambutnya yang panjang sedang menghisap sebatang rokok sambil melihat tajam ke arah ku, namun wajahnya tidak dapat ku melihat dengan jelas kerana kesan bayang-bayang dari topinya itu mengaburi wajahnya.Dengan wajahnya yang bengis berserta senyumannya yang sinis itu telah menakutkan diriku ini.Siapakah dia?.Apa tujuannya di sini?.Perkara ini menghadirkan satu perasaan buruk di hatiku untuk meneruskan perjalanan ini.Belum sempat aku bertindak sebarangan,aku mendengar satu suara.”Mika,kereta api yang kita tunggu selama ini sudah tiba.Marilah! “ kata Alis.Aku mengikuti Alis setelah tidak kulihat lagi tubuh lelaki itu dan terus menaiki kereta api.Perjalanan ini memakan masa semalaman untuk sampai ke destinasi yang ingin kami tuju.Maka terpaksalah kami tidur di kereta api ini.”Ah,bebal” kata ku.

 

   Malam sudah tiba,sedangkan aku masih lagi merenung kesunyian di bilik ku.”Mika,apa kau tak ingin makan malam bersama kami?” tegur Alis.Aku melihat Alis bersama dengan dua orang lelaki yang tidak ku kenali.Entah sejak bila Alis berkenalan dengan mereka pun aku tak tahu.Dan aku bukan suka sangat berkawan dengan lelaki,lagi-lagi orang yang baru aku kenal.Aku Cuma merenung panjang wajah Alis.Sememangnya tidak manis untuk pelajar sekolah menengah ini berkenalan dengan mana-mana lelaki dewasa.”Alaa..jom la, kau pun mesti sudah bosan melihat jendela itu.Aku yakin ayah kau tak akan marah jika kita berteman kan mereka sekejap saja”.”Haishh” aku mengeluh.Nampaknya terpaksalah aku turut serta menjamu makan malam dengan dua orang lelaki asing.Kami menuju ke tempat makan di kereta api ini.Kereta api yang kami naiki ini adalah kereta api yang agak mewah.Namun aku tidak peduli kerana kos perjalanan ku ini semuanya di uruskan oleh ayah ku.Boleh dikatakan aku adalah seorang anak dari keluarga yang berada juga.Setelah kami berempat duduk di meja makan.Maka dua orang lelaki itu mula memperkenalkan diri mereka.”Hai,saya Haris, umur 28 tahun dan cuma bekerja sebagai seorang doktor dan saya ingin pergi ke sebuah acara pemakaman adik saya yang berhampiran di sini” sapa lelaki 1.”Saya pula seorang penganggur,nama saya Zack.Bapa saya merupakan seorang pekerja syarikat yang maju.Saya cuma ingin mencari kenalan di sini” sapa lelaki 2 sambil berulang kali melihat jam tangan mewahnya.Dan aku rasa sekarang adalah giliran untukku memperkenalkan diri.”Saya..” belum sempat aku berkata apa-apa.Kedengaran satu bunyi tembakan yang kuat berbunyi di sebuah koridor.Lantas kami bergegas untuk pergi ke koridar tersebut.Setelah sampai di pintu bilik itu.Aku orang pertama yang membukanya dan disaksikan kawan-kawan ku.Dan Haris orang pertama yang memasuki ruangan ini.Mungkin kerana dia seorang doktor?.”Ini..ini ...”kataku.

 

 Kereta api diberhentikan di tengah-tengah perjalanan.Polis tiba di tempat kejadian.Melihat seorang lelaki tua yang disyaki merupakan seorang pengusaha syarikat yang besar sudah tewas di bawah jendela sambil memegang sebuah pistol di tangan kanannya.Jendela itu pecah.Apakah ini bunuh diri?.”Berkemungkinan ini adalah bunuh diri” kata Inspektur Adam.”Tidak..”kata ku.””Jikalau ini adalah kes bunuh diri maka tidak perlu dia memecahkan jendela tersebut,dan mengapa dia menaiki kereta api yang mewah ini hanya semata-mata untuk meragut nyawanya sendiri.Sudah jelas ini adalah satu kes pembunuhan”.”Pembunuhan ? mungkin ianya begitu, berkemungkinan pelakunya membuat keadaan mangsa menyerupai kes bunuh diri untuk melepaskan dirinya dari keraguan pihak polis,lalu pelakunya melompat keluar dari jendela ini “ balas Inspektur. “Tidak mungkin pelakunya bertindak sedemikian inspektur,kerana jika pelakunya melompat keluar dari jendela itu,maka dia hanya akan mati secara sia-sia sahaja,hal ini kerana sepanjang perjalanan tadi,sesuai dengan waktu kematian korban,kereta api hanya melalui jalan bukit yang tinggi, sememangnya mustahil untuk pelaku lompat keluar dari tingkap ini dalam keadaan yang selamat” kata ku.”Apa maksud kamu?”kata Inspektur.”Erti kata lain..pelakunya memecahkan jendela bukan kerana dia ingin melompat keluar dari jendela,tapi hanya sekadar untuk menipu kita semua..pelaku yang sebenarnya hanya menembak mangsa yang berada tepat di jendela,dan menghancurkan jendela tersebut lalu menyorok ke suatu tempat,atau lebih tepatnya...pembunuh sebenarnya masih ada di sini..” kata ku.”Namun jika ini adalah satu kes pembunuhan,maka bagaimana cara pembunuhnya menghilangkan diri dalam sekelip mata?” balas Inspektur.Semuanya mebisu sejenak.Inspektur mengarahkan semua pegawai untuk mencari dalang pembunuhan ini manakala aku mencari lagi bukti-bukti yang boleh mencari jejak pelaku.Semua orang yang berada di tempat kejadian tidak dibenarkan keluar.Hal itu jelas menunjukkan salah satu dari pengunjung di sini adalah pembunuhnya.”Salah satu?..boleh jadi ini hasil kerja dua orang..kerana untuk membunuh dan melarikan diri dengan sekejap begitu sukar untuk dilakukan bagi orang biasa”bisik hatiku.

 

Senjata pembunuhan tidak ditemukan sebarang cap jari,ini menunjukkan pembunuhnya begitu licik kerana memakai sarung tangan ketika membunuh mangsa.Perkara yang perlu di buat hanyalah bertanyakan alibi setiap seorang di sini.Selepas siap disoal siasat.Hanya ada dua orang saja yang pernah memasuki bilik mangsa sebelum waktu kejadian.Laitu Haris dan Zack,namun begitu tidak mungkin mereka pembunuhnya kerana mereka memiliki alibi yang kuat.Sedangkan mereka bersama dengan ku sejak waktu pembunuhan tadi.”Tak guna” bisik hatiku selepas tidak dapat memecahkan kes ini.Haris mengatakan dia memasuki bilik mangsa kerana dia tersalah masuk bilik manakala Zack pula berkata dia masuk ke bilik mangsa kerana mangsa menjatuhkan barangnya sebelum masuk ke biliknya.Tiada siapa yang dapat meyakinkan percakapan mereka.”Nanti,tak silap aku..” tiba-tiba aku teringat akan suatu perkara yang mungkin menjadi motif pembunuhan ini berlaku.Ketika mereka berdua di soal siasat.Aku pergi ke bilik mereka berdua untuk mencari sebarang bukti.Ketika aku menyelinap masuk ke bilik Haris aku menemukan sebuah sarung tangan dan kad pengenalan yang berselerak.Dan ketika aku masuk pula ke bilik Zack.Hanya ada sebuah telefon pintar,kad pengenalan dan sebuah alat perakam.Alat perakam?apa isinya ?.Lalu aku mendengarnya.Kedengaran suatu bunyi yang ku nanti selama ini.Tapi keadaan barang-barangnya juga berselerak.Nanti,ini pelik.Sekarang aku boleh agak siapa pembunuhnya dan trik yang digunakan untuk membunuh tapi.”Bukti..buktinya tiada”

 Kemudian aku mula berjalan sambil memikirkan pelaku dan bukti pembunuhan.Tiba-tiba aku terjumpa sebuah alat peredap di lorong makan yang berada di bawah meja.Mungkin ini adalah peredap yang digunakan bersama pistol di saat pembunuhan tadi.Tapi kenapa peredap ini tidak berada bersama pistol di tempat kejadian.”Ada orang yang mengalihkannya?.Namun jika peredap ini digunakan sewaktu pembunuhan, maka seharusnya di saat itu tiada sebarang bunyi tembakan kedengaran” kata ku.Sebagai barang bukti, aku menyimpan peredap itu ke dalam sebuah plastik dan meletakkannya di saku ku dan bila aku kembali semula ke tempat kejadian.Aku melihat mangsa sedang memakai seutas jam di tangan kirinya.Kini baru aku perasan yang mangsa adalah seorang yang kidal.”Nanti, mungkin..” bisik hatiku.Sekarang aku boleh agak motif pembunuhan yang berlaku di sini.Tapi sememangnya sia-sia untuk menuduh sebarangan tanpa bukti.Aku kembali untuk meneliti kad pengenalan Haris,Zack dan juga mangsa.Seperti ada sesuatu.Sedangkan bagaimana peredap yang berada di tangan ku ini di alihkan di ruang makan pun aku tidak tahu.Makin banyak bukti yang aku temui memberikan aku lebih banyak tekanan.Aku mula bertanya kepada Alis tentang dua orang lelaki itu.Alis berkata “aku berkenalan dengan Haris ketika dia sedang memasuki kereta api bersama aku.Kami berlanggar bahu dan barang ku terjatuh.Lantas dia mengambil barangku itu dan memberikannya kepadaku.Seingatku ketika itu dia sedang memakai sarung tangan,tapi bukankah itu perkara biasa bagi seorang doktor untuk memakai sarung tangan ”.”Zack pula ?” kata ku.”Oh,lelaki itu ku temui di lorong koridor kita.Dia sedang keluar di bilik mangsa dalam keadaan yang cemas.Mungkin kerana barang yang mangsa tinggalkan tadi.Aku agak mencurigainya.Lalu dia  menegur ku kerana kami saling berpandangan.Namun kedua lelaki itu tidak saling mengenal sesama mereka.Itu saja..kenapa kau tanya ? “ kata Alis.Aku cuma berdiam diri sambil memikirkan balik apa yang dikatakan Alis.Ini jelas bahawa pelakunya adalah di antara mereka dan kini aku sudah mengetahui siapa dalang di sebalik misteri ini..

 

“Baiklah,kes siasatan berakhir di sini saja.Kerana ini sudah begitu larut” Kata Inspektur Adam.”Nanti...saya sudah tahu siapa pelakunya dan cara pembunuhannya berlaku” terjah ku secara tiba-tiba.Semua memandang ku kosong seolah-olah mereka tidak mempercayai ku.”Apa maksud kamu ?” kata Inspektur.”Begini,pertama sekali pelaku tidak membunuh mangsa pada waktu kejadian” balasku.”Apa kamu ingin berkata dia mati tanpa dibunuh ?” balas Inspektur.”Tidak,hakikatnya mangsa sudah dibunuh sebelum kita menemuinya.Hal ini kerana pintu bilik mangsa ketika saya temukan tadi dalam kedaan tertutup.Pelakunya tidak mungkin menutup kembali pintu yang sudah dibukanya kerana ianya hanya akan membazirkan masa sahaja dan tidak mungkin juga orang yang sudah mati yang menutup pintunya “ kata ku.”Jadi kamu ingin berkata dia dibunuh sebelum waktu kamu temukannya,tapi bagaimana cara membunuhnya ? itu mustahil bukan ? sedangkan kamu mendengar suara tembakan dan terus bergegas ke bilik mangsa.Sepatutnya itu adalah waktu pembunuhan yang sebenar” balas Inspektur.”Suara tembakan itu hanyalah sekadar trik yang digunakan pelaku.Hakikat sebenarnya pelaku hanya meletakkan sebuah alat perakam di bilik mangsa yang di isi waktu ketetapan bunyi suara tembakan.Dan sesuai dengan ketetapannya,suara tembakan akan kedengaran walaupun pelaku tidak berada di bilik mangsa “ kata ku.”Tapi kami tidak menjumpai apa-apa alat perakam di bilik mangsa.Kami hanya menjumpai alat perakam di..” belum sempat inspektur menghabiskan kata-katanya,aku mencelah.”Izinkan saya jelaskannya dengan lebih terperinci inspektur,selepas pelaku membunuh mangsa dengan alat peredap yang menyebabkan bunyi tembakan tidak terdengar,maka dia meletakkan alat perakam di meja mangsa.Kemudian pelaku mengambilnya semula selepas magsa ditemui tewas oleh kami.Lalu pelaku meletakkannya di suatu tempat.Dan alat peredap yang digunakan di buang di ruang makan untuk mebuat fitnah kepada salah satu tetamu di sini.Jadi pembunuhnya..adalah orang yang mempunyai alat perakam” kata ku. “Bohonggg!!” balas Zack.Hal ini mungkin kerana semua pegawai polis sudah tahu bahawa hanya di bilik Zack yang ditemukan alat perakam.”Alat perakam yang ada di bilikku itu bukan milikku walaupun isinya ada bunyi tembakan.Alat perakam itu tiba-tiba saja berada di bilikku “ luah Zack.Memang sukar untuk mempercayainya sekarang ini.

 

  “Nanti..biar saya habiskan dulu analisis ini..selepas pelaku membuang peredap di ruang makan.Dia terus menyertai kami untuk menjamu makan malam tanpa rasa bersalah.Itu ertinya ...yaa pelakunya ada bersama kami di saat kejadian“ kata ku.”Tidak!” balas Zack.”Jikalau benar begitu..apa buktinya ! “ balasnya lagi.”Jangan terburu-buru,seperti yang saya katakan tadi,setelah pelaku menembak mangsa..si pelaku melakukan suatu kesalahan laitu menutup kembali pintu bilik mangsa yang menunjukkan pelaku tidak bergegas lari setelah melakukan pembunuhan.Sikap pelaku begitu tenang dan berani bertindak sedemikian itu telah membocorkan identitinya sendiri tanpa dia sedari.Akhir sekali,bukti kes pembunuhan misteri ini adalah.Alat perakam.Memang benar semasa waktu kejadian pelaku memakaikan sarung tangan untuk membunuh mangsa,namun terdapat juga cap jari pelakunya di alat perakam.Bagaimana? Biar saya ulangi kejadian tadi,setelah mangsa ditemui tewas dalam keadaan duduk menghadap pintu di bawah jendela.Ketika itu pelaku masih berada bersama kami atau dengan lebih jelas...dia bersemeja dengan kami untuk memperkenalkan dirinya kepada kami.Belum sempat kami memperkenalkan diri,kami terdengar bunyi tembakan dan lantas kami menuju ke arah bunyi tersebut.Dan di saat itulah pelaku mengambil kesempatan dengan mengambil semula alat perakamnya dalam keadaan tangannya yang kosong.Kecuaian inilah yang akan menyelesaikan misteri pembunuhan ini.Jadi pelakunya... pastilah orang yang pertama memasuki ruangan pembunuhan ini.Bukankah begitu,Haris ? “ kata ku.Keadaan menjadi sunyi sejenak.Lalu polis memeriksa cap jari pada alat perakam yang berada di bilik Zack dan sememangnya benar apa yang aku katakan tadi.Terdapat cap jari Haris di situ sedangkan Haris dan Zack tidak pernah bertemu sebelum ini.Haris mengakui kejahatannya itu kerana dia berasa tidak dapat lagi dia menafikan perkara itu,lalu dia pun mengeluarkan satu penjelasan.Dia memberitahu bahawa alasan dia membunuh mangsa adalah kerana mangsa merupakan orang yang pernah melanggar adiknya pada waktu dahulu dalam kemalangan jalan raya.Haris diberitahu rakan-rakannya bahawa kemalangan itu bukanlah satu perkara yang kebetulan melainkan mangsa itu sememangnya ingin membunuh adiknya tanpa sebarang alasan yang kukuh.Dan Haris yang mendengar penerangan kawannya itu berasa begitu marah dan ingin membalasnya semula atas segala perbuatan yang telah mangsa lakukan di saat dia menemukan mangsa di kereta api ini secara kebetulan ketika dia hendak pergi ke pemakaman adiknya.Kes ditutup.

 

Perjalanan kami bermula semula,sedang pembunuhnya telahpun ditangkap polis.Malam yang tidak lagi kudengar bunyi tembakan ini,aku mengambil kesempatan untuk merenung kembali jendela di bilikku sambil memikirkan perihal diriku.Sejujurnya dulu aku merupakan seorang wanita yang ceria dan aktif kerana mempunyai seorang kawan lelaki yang namanya hanya aku dan Alis yang mengetahuinya.Kami sering bermain sebagai seorang penyiasat sewaktu kami kecil dan ini yang menyebabkan semangat ku membara untuk menyelesaikan sebarang misteri pembunuhan yang aku hadapi, kerana penyiasatan yang dilakukan oleh kawan lelaki ku itu jauh lebih hebat dariku dan itu membuatkan aku menjadi sedikit cemburu dan ingin mengikuti jejak langkahnya.Namun sejak kehilangannya,aku tidak mendengar sebarang berita tentangnya dan segala kes pembunuhan yang aku selesaikan hanya untuk menyedarkan dia tentang kehadiran ku untuk mencarinya.Jika dia sudah ada bersamaku sejak tadi,pasti dia sudah menyelesaikan kes ini lebih pantas dariku.Aku masih merenung panjang di jendela sehinggalah aku mendengar suatu suara.”Oi,apa lagi yang sedang kau fikirkan.Lekaslah bersiap-siap... kita hampir sampai di destinasi itu” terjah Alis.Dalam keadaanku yang separuh sedar,baru aku perasan yang kini sudah pun masuk waktu fajar.Mungkin kepenatan yang melanda diriku pada malam hari tadi membuatkan aku tiba-tiba terlelap.Dan tiada apa yang boleh aku lakukan setelah mendengar kata-kata Alis ini melainkan  dengan satu perkataan di hatiku “Ah,bebal”.Ketika kami hendak keluar dari kereta api ini,sekali lagi aku melihat susuk tubuh seorang lelaki yang merenung tajam ke arah ku.Pakaiannya yang serba hitam dan wajahnya yang masih tidak dapat dilihat jelas olehku kerana cahaya matahari yang terik membuatkan aku bertanya-tanya tentang kehadirannya.Akan tetapi kali ini lelaki itu ditemani dengan seorang lagi lelaki yang juga berpakaian serba hitam,bertopi dan berkaca mata hitam,apakah itu temannya?.Apakah mereka ingin melakukan sesuatu terhadapku.Tapi kenapa aku.Dan seperti biasa,dia menghilangkan dirinya secara tiba-tiba setelah Alis memanggil namaku.Dan satu perasaan buruk muncul lagi di hatiku yang merasakan misteri kereta api ini tidak berhenti di sini.”Ah,bebal”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience