Idolaku

Romantic Comedy Series 2306

Assalamualaikum.
Halo.

~~~
Melihat dia gembira sakan,
Aku turut gembira,
Saat dia tidak mempedulikan aku,
Hati kian ditoreh hiba.

Benarlah, hati manusia boleh berubah,
Namun bukan aku.

Setiap malam kudoakan untuknya,
Berbahagialah sayangku,
Agar kau berasa dibiasi pelangi,
Dan aku, dihiasi titisan hujan.

Tidak kumahu cemburu,
Tidak kumahu raih perhatian,
Tetap aku menunggu.

Sehingga di saat dikau sepertinya melupakan aku,
Aku undur satu tapak,
Aku undur diri.

Dan biar, biar, biar,
Aku berharap dirimu dihiasi rama-rama,
Tanpa aku.

Buat idolaku,
Yang tiada ganti,
Hanya tinggal memori kita.
~~~

Biarkan kamu sepertinya sudah ada pengganti aku, aku tetap sayangkan kamu. Kerana detik ini, kita pernah bersama malah berirama mesra.

Dan aku, lepaskan kamu. Membiar kamu terbang di langit seperti burung. Jangan mencari aku, kerana aku yang mencari kamu.

Kenangan ini yang kugengam, tidak kutahu apa hatimu berbicara. Berdoa aku kepada Tuhan agar kamu dibahagiakan oleh orang-orang yang kamu inginkan.

Sayang kamu, idolaku.
Warna cintaku tidak pernah pudar,
Malah bertambah terang.

Terima kasih sudi bahagiakan aku.
Walaupun seketika, tetapi itu bermakna.

_*sometimes, you should resting yourself*_
- AYKA -

Pergilah kamu, aku akan mengejar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience