BAB 45

Other Completed 65420

"DARI MANA kau benda tu?" Nada suara Aaron mula berubah keras.

Air muka mula berubah bila menatap wajah sedih Naniya yang sedang menatap gambar di tangan.

Meluru dia melangkah ke arah Naniya.

Gambar yang berada di tangan gadis itu di rampas kasar.

"Siapa yang benarkan kau masuk sesuka hati dalam bilik kerja aku ni?" Jerkah Aaron.

Hatinya mula tidak keruan saat melihat riak wajah Naniya ketika menatap gambar itu tadi.

Tak menyangka yang rahsia dia simpan dari gadis itu terbongkar sekarang!

Naniya hanya menekur ke lantai tanpa mendongak memandang wajah bengis Aaron yang berdiri di hadapannya.

"Kau bangun... " Arah Aaron.

Naniya hanya buat - buat tak tahu dengan arahan lelaki itu. Dia masih lagi membatu di tempat nya terduduk.

Bila melihat perempuan ini masih membatu, hendak tak hendak lengan Naniya terus di paut kasar.

Dan tidak semena - mena juga Naniya merentap kasar pautan Aaron di lengannya.

"Lepaskan saya..." Ujar Naniya dengan nada mendatar.

Terkejut Aaron dengan tindakan Naniya itu.

"Kau berani lawan aku?" Aaron mula menggugut.

Pantas Naniya mendongak memandang wajah bengis Aaron.

"Kenapa encik perlu rahsiakan semua tu dari saya? Kenapa encik? Kenapa?" Akhirnya, Naniya meluahkan apa yang terbuku di hatinya tadi.

"Apa maksud kau ni? Yang aku rahsiakan dari kau?" Aaron pula menyoal dengan riak sengaja tidak mengerti.

"Jangan nak berpura - pura lah Aaron! Apa makna nya awak kurung saya dekat sini sedangkan awak dah tahu siapa pesalah sebenar? Kenapa awak masih tawan saya lagi dekat sini? Kenapa?" Suara Naniya mula berubah.

Panggilan nya pada Aaron juga turut berubah!

"Saya mohon... Lepaskan saya... Awak dah dapat pesalah sebenar kan... Jadi... Tolonglah lepaskan saya... Biarkan saya mulakan hidup baru dekat luar sana..." Naniya memohon pada Aaron. Kedua - dua belah tangan nya di rapat ke arah Aaron. Memohon agar lelaki itu melepaskan dirinya.

Aaron yang melihat permohonan Naniya itu hanya tersenyum sinis sahaja.

Dia mula mencangkung di hadapan Naniya.

" Kau dah panggil aku pun dah kurang adab... Ada hati nak mohon macam tu dekat aku..." Perli Aaron.

Rahang Naniya dicekau kasar lalu dibawa menghadap ke arahnya.

"Kau dah tahu rahsia tu... Kau ingat... Aku nak lepaskan macam tu je... Tak Naniya... Tak... Walaupun pesalah tu aku dah dapat... Kau tetap aku tawan... Sebab kau adalah sebahagian dari diorang!"

Terpejam mata Naniya saat mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki ini.

Pedih!

Itu yang dia rasakan saat ini!

Dia menyangka layanan agak baik dari lelaki ini dulu akan terhapus sedikit dendam lelaki ini pada dirinya.

Tapi sangkaannya meleset sekali!

Masih ada sisa dendam lelaki ini pada dirinya!

Bibirnya di dekatkan pada cuping telinga Naniya!

"Sama ada kau suka atau tidak... Kau akan aku tawan sampai bila - bila!"

Rahang Naniya pantas di lepaskan kasar.

Mendecit kesakitan Naniya dengan tindakan Aaron.

Dia memandang figura Aaron yang mula bangun dari mencangkungnya tadi.

Figura lelaki yang kelihatan baik dulu sudah mula tenggelam dan kembali timbul bersama perwatakan kejamnya.

"Takde apa yang nak di bahas lagi... Kau tetap jadi tawanan aku... Kalau kau cuba lari dari aku... Kau.. Aku bunuh... Faham?" Jari telunjuk nya lurus mengarah ke arah Naniya yang mula teresak - esak menangis.

Dia terus meninggalkan Naniya yang masih tenggelam dengan tangisan.

Rasa kasihan mula menjalar di dalam hati tetapi pantas di tepis.

Dendam mula menguasai hati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience