BAB 3

Romance Completed 444

Kat situ juga dia melepaskan hajatnya. Alahai.

Berangan pula aku ni... sampai juga di pejabat. Pening
juga aku melihat ramai orang hari ini. Lor dah keja kat Bank. Memanglah
macam ni. Aku ni boleh dikatakan adik comel tukang cuci. Bukannya mak
cik tukang cuci. Ini kerja sambilan aku sahaja. Aku kerja kat Bank
Islam. Aku mengemas bahagian kaunter yang kat luar tu. Kebetulan tak
ramai orang bila aku nak menjalankan tugas... Aku menyapu lah sikit.
Tiba-tiba ada benda keras berlaga dengan kepala aku.

Sakit bukan main lagi. Tangan macam batu minah ni. Sabar
sahaja la. Aku menoleh ke belakang. Memang dah agak minah ni. Seorang
gadis ayu bertudung litup memandang aku dengan pandangan bersalah.

“Sorry sis, saya tak sengaja,” lembut sahaja suaranya.
Bersalah sebab dah sekeh kepala aku ni. Ni pun sama. Ada muka Nur gitu.

“Tak apa. Dah biasa tapi lain kali jangan buat lagi,”
nasihatku. Aku dah biasa kena sekeh macam tu sebab abang aku yang
seorang tu memang hobi dia sekeh kepala aku.

“Terima kasih. Nama sis siapa? Orang panggil saya minah
tudung,” malu-malu dia berkata. Ish! Ramai betul orang nak berkenalan
dengan aku hari ini. Penat juga kalau dah ramai peminat ni. Penat-penat...

“Minah tudung? Alahai, banyak ke tudung adik beli?”
sengaja aku menyakat dia. Sudah tiada gelaran lain ke nak gelar. Minah
tudung juga menjadi pilihan. Aku hulurkan tangan untuk bersalam dan dia
menyambut baik. Tersenyum malu dia. Awatlah dia ni macam tak betul aje
tapi muka dah ada ada ciri-ciri ustazah pilihan. Hihihi. Kulit putih
berseri. Hidung mancung sungguh. Bibir merah kemerahan macam
tomato...sweet ajer... lebih-lebih pula aku memuji. Mengalahkan lelaki
pandang perempuan sahaja lagaknya.

“It’s okay. Sis pun minta maaf sebab duk menghalang
laluan adik. Biasalah tukang cuci,” aku berbasi-basi. “Apa yang boleh
sis tolong?” macam aku pula pegawai Bank. Ramah aku. Aku memang peramah
pun hihihi

“Tak ada apa-apa. Nak masukkan duit dalam bank sahaja,”

“Wokey! Hati-hati tau...” dia pun berlalu.

Tiba-tiba satu suara buat kecoh dalam bank tersebut. Aku
mengucap banyak sebab aku ingat ada orang nak merompak bank. Seriau
dibuatnya.

“Arrrggghhhh! Kena tipu lagi!” kenapalah tiba-tiba mamat
tu menjerit. Kuat pula tu. Tak nampak ke senapang yang dipegang oleh pak
cik guard dalam bank ni. Nanti ditembak kau, baru kau tau.

Bukannya apa, jeritan mamat yang tak berapa nak sedap
aku dengar tu betul-betul mengganggu tumpuan aku. Orang lain pun pernah
kena tipu, tak la macam kau menjerit seperti nampak hantu. Dia merengus
kasar dan keluar dari bank. Selamat tempat kerja aku ni.

Aku kerja dua jam sahaja. Hari pun mahu petang sudah.
Mula pukul 3 petang sampai 5 petang sahaja aku kerja. Masa tu pun Bank
dah nak tutup.

Aku pula dengan gembiranya. Esok aku akan dapat gaji dan
hari terakhir aku kerja. Huhuhu gembira gila.

Sampai sahaja di rumah sewaku, telinga aku di tarik
dengan ganasnya. Rasa macam nak terkeluar najis dalam telinga aku yang
sudah bertahun-tahun aku tak korek ni. Acah je. Kebersihan diri perlu
dijaga. Sempat buat iklan.

Dengan perasaan berdebar, aku menoleh ke belakang
melihat siapa punya kerja memulas telinga ini. Alamak!

“Gulp!” tertelan air liur aku. Rupa-rupanya Cik Ria yang
comel. Kenapa dia tarik telinga aku yer? Pening juga bila fikir.

“Suka-suka hati kau aje nak ambil harta aku. Tak bagitau
aku apa-apa pula tu. Aku ni macam nak gila. Bangun tidur petang tadi
tengok kereta aku hilang!” amuk Ria. Marah sungguh dirinya.

“Jangan mengamuk Ria, sabar... bawa bertenang. Ini kan
bukan puasa. Bulan baik. Tak salah kan kau bagi pinjam kereta kau pada aku,”

“Memang tak salah cik kak tapi bagitaulah aku. Jangan
main redah aje ambil,” masih dalam mood marah si Ria ni.

“Aku bukannya curi. Cuma pinjam without permission kau
je, Ria,” aku berkata dengan selamba badak berendam dalam lumpur. Itulah
bayangannya.

“Yelah. Aku tak marah kalau kau nak pinjam tapi bagitau
aku. Bagitau jangan tak bagitau. Aku kat rumah macam nyawa-nyawa ikan
tengok kereta pemberian abang-abang aku tak ada depan rumah,” jelas Ria.
Memang pucat muka dia aku tengok. Kesian.

“Maaflah. Aku janji tak buat lagi,” aku tengok Ria
sedang tengok-tengok keretanya. Manalah tahu ada calar ke.... apa calar??

“Mus! Kenapa kereta aku calar ni?!” jerit Ria. Dah mula
dah bunyinya. Nak jawab apa yer? Cuba fikir. Fikir lagi.

“Mus!!!” jeritnya lagi kuat. Ish, minah ni, puasa ke tak
ni? Bukan main kuat suaranya. Macam dah kat padang kawat ni.

“Kemalangan sikit, Ria”

“Sikit kata kau? Matilah aku. Mesti abang aku mengamuk
ni. Alahai Mus.... mati aku Mus,” kata Ria. Ria kalau kau mati. Aku pun
mati sekali.

“Maaf! Aku akan jelaskan kepada abang kau nanti. Jangan
risau. Aku bawa saksi lagi. Orang yang langgar aku tadi,”

“Betul ni?” Ria menduga aku.

“Betullah cik Adik!” lega hati Ria. Hati aku pun lega.
Nasib baik Ramadan tu tinggalkan kad dia sebelum dia pergi meninggalkan
aku sendirian.

“Aku dah beli makanan kegemaran kau. Harap terpujuk hati
kau,” kata aku. Yelah kejap lagi nak berbuka.

“Gara-gara kau la, aku tidak tenteramnak masak tahu.
Sempat masak nasi aje,”

“Jangan risau. Lauk aku dah beli. So, kita makan aje,”
cadang aku. Barulah aku nampak senyuman kawan baik aku itu. Bahagia
rasanya. Sekarang sudah Ramadan ke 16. Tak lama lagi syawal menjelma.
Mesti makin bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience