BAB 15

Fanfiction Completed 6520

‘’I'm sorry but he's mine..’’

Kyungsoo : You-youjung?

Youjung : Am i right Kyungsoo?

Perlahan-lahan bibir Kyungsoo mengukir senyuman lalu dia mengangguk
sambil berkata.

Kyungsoo : Yes, I'm yours

Sebulan kemudian...

Dah genap sebulan Kyungsoo dan Youjung official menjadi couple, dan
genap sebulan jugaklah Youjung asyik dapat surat dari haters, suruh dia
mati la, pindah sekolah lah, tapi dia tak kisah asalkan Kyungsoo masih
setia disisinya.

Seperti biasa mereka sering habiskan masa berkencan di perpustakaan. Seperti biasa Kyungsoo duduk dihadapan Youjung. Namun Kyungsoo perasaan Youjung kelihatan berseri-seri dan gembira hari ini. Gaun kuning lembut yang dipakainya menyerlahkan lagi kecantikan Youjung yang putih mulus.

Sedang Kyungsoo khusyuk membaca buku tiba-tiba Youjung memegang tangan Kyungsoo.

Kyungsoo : wae?

Kyungsoo mengeratkan lagi pegangan tangannya.

Youjung : Awak kan dah makin hensem...and kita pun dah nak graduate...jadi..

Sejak mereka bersama, cara percakapan mereka pun diubah daripada 'kau,
aku' ke 'awak, saya'.

Kyungsoo : Jadi kenapa?

Youjung : Nanti bila awak dah masuk mana-mana U mesti awak akan jumpa
perempuan lain and.. mesti awak akan... pandang perempuan lain.

Kyungsoo ketawa.

Kyungsoo : I'm promise that i will just look the girl that sitting
In front of me like I always did.

Youjung jadi malu dengan kata-kata Kyungsoo.

Youjung : Aigooooo~~~ dah jadi sweet talker eh, lepas tukar penampilan nie.

Kyungsoo : Penampilan mesti la sama dengan perangai.

Masing-masing terdiam buat seketika.

Youjung : I love you Kyungsoo

Kyungsoo hanya senyum tanpa membalas, membuatkan Youjung kelihatan sedikit merajuk.

Usai keluar dari perpustakaan Kyungsoo mengajak Youjung untuk menonton wayang namun Youjung hanya diam membisu. Kyungsoo hanya tersenyum. Dia tahu apa yang dirajukkan oleh kekasih hatinya itu.

Kyungsoo memegang tangan Youjung dan membawanya ke satu tempat.
Youjung perasan yang mereka sudah melewati tingkat tiga iaitu tempat membeli tiket wayang.

‘’Eh kata nak tengok wayang..’’ tanya Youjung.

‘’Nanti dulu, kita boleh tengok nanti. Sekarang awak kena ikut saya, ada hal penting yang saya nak settle kan terlebih dahulu.’’ Jawab Kyungsoo.

Mereka sudahpun sampai di tingkat atas pusat membeli belah itu. Youjung sangat terpukau dengan keindahan panorama tingkat atas itu, dia langsung tak sangka di tingkat atas sebuah mall ada sebuah taman Bunga yang dipenuhi dengan Bunga mawar dan orkid dilatari dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Biasan cahaya mentari senja pula membuatkan atmosfera petang itu sangat-sangat romantis.

Kyungsoo menarik tangan Youjung dan membawanya ke arah sebuah buaian yang terletak di bahagian tepi taman bunga.

‘’Cantikkan tempat ni?’’ tanya Kyungsoo dan Youjung cuma mengangguk penuh teruja.

‘’Bunga-bunga di taman ni pun cantik, sama seperti awak, mekar dan harum..’’ Youjung terkesima mendengar kata-kata Kyungsoo. Kyungsoo membelai lembut rambut Youjung.

‘’Sama seperti awak yang akan sentiasa mekar dan mengharum di hati saya. Awak tak perlu risau dan ragu pada saya, saya akan setia pada awak. Gadis yang dihadapan saya ini akan sentiasa menjadi kekasih saya dan saya harap agar gadis dihadapan saya ini percaya dan sematkan dalam hati dia bahawa lelaki ini yang selalu memujanya… I Love You Youjung..’’ ucap Kyungsoo memandang tepat ke arah mata Youjung dan perlahan-lahan dia mendekatkan mukanya ke arah Youjung dan mengucup lembut bibir Youjung untuk beberapa saat kemudian berhenti dan mereka tertunduk untuk seketika.
Tidak lama kemudian, Youjung memegang lembut dagu Kyungsoo dan mengucup bibir Kyungsoo semula.
Tiba-tiba Youjung berhenti dan berkata, ‘’Wait, dari mana awak tahu pasal tempat ni?’’

‘’Ohh tempat ni, hurm …’’

‘’Apa hurm hurmm, awak pernah bawak mana-mana perempuan ke sini agaknya? Betulkan? Sini port awak berdating ke?’’ tanya Youjung bertalu-talu seperti peluru yang menembus tepat ke dada Kyungsoo.

‘’Eh awak ni sampai ke situ pulak, takdelah ni sebenarnya tempat saya dan Kai selalu lepak release tension. Awak ni janganlah fikir yang bukan-bukan..’’ jelas Kyungsoo.

‘’Taulahhh, saya gurau je tadi, tau pun takut..’’’balas Youjung berseloroh.

Mereka meghabiskan masa menikmati panorama matahari terbenam bersama-sama. Mereka tidak pasti tentang masa depan yang menanti mereka, tapi satu yang pasti, walau di manapun mekeka berada hati mereka tetap akan menyatu kerana mereka adalah satu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience