Cinta Orang Muda

Romance Completed 1885

EPISOD 1
09.06.2014

" Hai awak " Aiman menyapa tasya yang sedang berjalan kaki menuju ke sekolah .
" apa hai ? Salam mana ? " balas tasya . Hehehe Aiman berasa malu dengan teguran tasya . " Assalamualaikum tasya " Aiman memberi salam sambil senyum . " Waalaikumsalam , ha nak apa ? kacau orang pagi-pagi ni ? " tasya bertanya kepada Aiman tanpa melihat Aiman yang sedang berjalan beiringan dengannya . " Saja nak kacau awak . Kenapa tak boleh ke ? " . " Bukan tak boleh , saya cuma rimas ja awak jalan sebelah saya ni . apa kata awak tolong jauhkan diri awak dengan saya ? " Tasya menyuruh aiman supaya menjauhkan dirinya . Aiman hanya senyum sambil menuruti apa yang dikatakan oleh tasya .

RINGG...
Loceng berbunyi menandakan waktu berehat . Aiman yang sedang menunggu tasya di tangga hanya melihat orang ramai yang sedang menuruni anak tangga dengan cepat . " Lapar sangat ka diorang ni ? " Aiman berfikir dalam otaknya . Kemudian dia tengok sekeliling bangunan mencari tasya . " Dia ni tak turun rehat ka ? " Aiman berfikir . Selepas berapa minit dia menunggu . Dia ternampak tasya dari jauh yang sedang berjalan menuju ke kantin . Aiman tersenyum dari jauh . " Akhirnyaaa . " .
Tasya yang ternampak aiman dari jauh mula rasa tidak selesa . Setiap kali dia ternampak aiman , mesti dia rasa sesuatu yang tak kena pada hatinya . " Apa kau ni tasya , cuba bawa bertenang . Aiman bukan minat dekat kau pun " Tasya bisik pada hatinya untuk menenangkan hatinya . Dia melajukan langkah kakinya tanpa memandang aiman . " Assalamualaikum awak , lambat turun . " Aiman menegur tasya dengan senyuman manisnya . tasya yang melihat aiman hanya mampu diam kerana melihat senyuman yang diberikan oleh aiman " errrr haa waalaikumsalam . Maaf saya dah lambat . Saya pergi dulu " Tasya meneruskan langkahnya ke kantin tanpa memandang ke belakang lagi . Aiman hanya mengikuti langkah tasya dari belakang .

EPISOD 2

Aiman hanya memandang ke langit sambil memikirkan soal tasya . " Kenapa aku boleh minat dekat dia ? Nak kata lawa , ramai lagi yang lawa dari dia . Hm . Tak boleh jadi ni . Aku kena cepat ambil hati dia . Kalau tidak , aku yang melepas " Aiman bercakap seorang diri . Aiman tanpa penat terus mengambil hati tasya sedangkan waktu itu mereka baru tingkatan 2 . Nampak sangat gatal dah Aiman ni . " Awak , tolong laa jangan kacau saya . Saya tengah busy ni . Apa kata awak pergi kacau perempuan lain ? " Tasya menyuruh aiman agar jangan ganggunya lagi . " Okayy saya takkan ganggu asalkan awak terima saya sebagai teman lelaki awak " Tanpa malu , Aiman menyatakan hasratnya . Tasya terkejut . Sebab dalam diam , dia juga meminati aiman . Siapa yang tak minat pada aiman yang mempunyai senyuman yang manis . " Awak , tolong jangan buat lawak dekat sini . ingat kita ni baru tingkatan 2 . Dah gatal nak bercinta . Baik awak pergi bercinta dengan buku " Dengan lagaknya tasya berkata . sedangkan dalam hati nak sangat-sangat . Tasya menyorokkan perasaannya dari pengetahuan aiman . Aiman hanya mampu senyum . " Aku akan dapatkan hang " Aiman berjanji dalam hatinya .

" Boleh laa kakak , saya betul-betul minat dekat adik kakak . Bagi laa nombor telefon dia dekat saya " aiman memujuk kakak tasya yang sedang berkerja di pasar raya yang berdekatan dengan kedai ayahnya berniaga . " Hang ni mai sini semata nak nombor tasya ? " Kakak tasya bertanyakan kepada aiman . " Yaa kak , saya dah lama minat adik kak . Boleh la kak bagi nombor telefon adik kak " Aiman terus memujuk kakak tasya dengan mengharapkan kakak tasya makan pujuknya . " Haihhhh . yaa laa kak bagi . tapi kalau tasya tanya jangan cakap kak yang bagi ok ? " pesan kakak tasya pada aiman . Aiman yang mendengar jawapan kakak tasya terus tersenyum sambil menganggukkan kepala dengan laju .

Telefon tasya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk . " Haih sapa yang mesej aku lewat malam ni " tasya mengambil telefonnya di meja dan melihat mesej yang dihantar " Assalamualaikum tasya , ni aiman . awak dah tidur ka ? " Tasya pelik . " Macam mana mangkuk ayun ni boleh dapat nombor aku ? " soal tasya dalam hatinya . " Waalaikumsalam . baru nak lena . macam mana awak dapat nombor telefon saya ? " Balas tasya . Aiman yang menunggu mesej terus tersenyum sebab tasya membalas mesejnya . Aiman bals balik mesej tasya " Ouh itu awak tak payah tau . " . Tasya hanya melihat sahaja . tak tahu nak balas apa . " Baik aku lena . esok sekolah " . Tasya meletakkan semula telefonnya ditepi dan meneruskan lenanya

EPISOD 3

Selepas berminggu aiman cuba memikat tasya , akhirnya tasya menerima aiman . Bukan sebab apa , satu sebab dia rimas . Kedua sebab memang dia suka aiman dalam diam . Mereka pun mula laa bercinta sejak tingkatan 2 hingga laa mereka SPM . " Akhirnyaaaaa kita dah habis SPM " Tasya yang baru selesai menduduki peperiksaan akhirnya . Aiman sudah habis peperiksaannya sebab aiman hanya mengambil seni . Aiman yang sedang menunggu diluar sekolah hanya mampu tersenyum kepada tasya . " Lepas ni kita boleh la tunang kan ? " kata aiman kepada tasya . tasya yang duduk dibelakang hanya mampu diam . " Awak , dengar tak apa saya cakap ? " Aiman berasa hairan kerana tasya tidak membalas apa yang dikatakan oleh aiman . " Saya dengar laa . Saya cuma fikir , takkan baru habis SPM terus nak tunang ? Ummi abah awak bagi ka ? " tasya menyoalkan aiman . Aiman hanya diam . Sampai sahaja di rumah tasya , tasya bertanya kepada aiman " Awak lagipun serius ka nak tunang dengan saya ? saya risau laa sebab kita muda lagi . saya takut nanti kita ada masalah " Aiman yang dengar hanya menjawab " Baiklah kalau awak tak sedia lagi , saya balik dulu " Tasya hanya melihat aiman berlalu pergi . Lagipun semenjak dua tiga hari ni , dia berasa tidak sedap hati . Dia melihat aiman pun macam pelik . tak macam selalu . Sekarang mereka sudah 3 tahun bercinta . tasya sudah kenal sangat aiman macam mana . " Kenapa aku rasa lain sangat sekarang ? Aiman lagipun tak macam aku mula kenal dulu. " Fikir tasya .

Aiman selalu datang ke rumah tasya hanya kerana ingin bersembang dengan tasya . Sebabkan itu , tasya nampak aiman macam okay sahaja . Tasya letak tepi semua perasaan peliknya . Dia hanya beranggapan bahawa itu semua mainan perasaan sahaja . " Awak , saya dah dapat kerja sambilan . " Aiman memberitahu niat awalnya . Dia ingin beritahu tasya bahawa dia sudah mendapat kerja . " Betul ka awak ? kerja apa ? " " Saya cuma tolong kawan saya kerja cuci kereta . Dekat simpang depan taman ni . " Aiman beritahu tasya sambil membetulkan rambutnya di cermin sisi motosikalnya . " Ouhh bagus laaa . Boleh awak dapat duit poket sikit " Tasya menjawab sambil melihat aiman . Tasya pelik kenapa sejak habis ja SPM aiman sudah tidak menunjukkan telefonnya . " Mana telefon awak ? " Tasya bertanya kepada aiman kerana dia berasa pelik . " Ouhh bateri habis . sebelum mai kat awak , saya caj " Hanya itu yang mampu dijawab oleh aiman setiap kali disoal oleh tasya . Tasya hanya diam dan berfikir , setiap kali tanya mesti ni saja jawapan dia . Hm dia ni ada sorok apa-apa ka ?

EPISOD 4
01.06.2018

" Sampai hati awak kan ?! " tasya bertanya pada aiman dengan nada yang marah . Sapa yang tak marah rupanya aiman ada perempuan lain dibelakang tasya . Sekarang sudah genap 4 tahun mereka bercinta . Tasya tak sangka . Tasya ingat 4 tahun ni dia akan dapat hadiah yang istimewa . tetapi sangkaannya salah , Malah dia dapat tahu bahawa aiman sudah ada perempuan lain dan mereka sudah bercinta hampir 6 bulan . Tasya rasa amat terkejut dan tidak dapat menerima . Mana pergi aiman yang sentiasa ada dengan dia ? Mana pergi aiman yang masa nak tasya ni janjikan macam-macam ? . Tasya hanya mampu menangis . Dia tak sangka selama ni dia ditipu hidup-hidup oleh insan yang betul dia sayang . Selama dia kenal aiman pun , tasya tak pernah memandang lelaki lain . Tasya tak pernah suka dekat lelaki lain . Hanya nama aiman yang ada dalam fikirannya . Tasya betul-betul kecewa dengan aiman . Selama ni aiman berlaku baik depannya hanya untuk menutupi ini semua . Tasya nekad untuk tidak lagi mendengar apa-apa alasan dari aiman . Tasya terus mendiamkan dirinya . Dia perlukan ketenangan atas apa yang berlaku .

*SETAHUN BERLALU*
Kini tasya menyambung pelajarannya di sebuah institusi awam . Dia mengambil khursus pengajian . Lepas apa yang berlaku pada dirinya setahun lepas . Dia mula mengambil iktibar . Dan menganggap apa yang jadi hanya alasan untuk terus kuat dan ajar dia bagaimana untuk matang . Apa yang berlaku mempunyai hikmahnya . Allah S.W.T hadirkan aiman dalam hidup tasya hanya untuk mengajar bagaimana untuk terus kuat dan menjadi matang dalam soal ini . Tasya menganggap semuanya sudah berakhir sejak dia membuat keputusan untuk meninggalkan semua kenangan yang pernah dia lalui bersama aiman . Cinta masa muda tak salah sebab dia memberi kita satu inspirasi untuk kita terus kuat . Tapi jangan salah langkah . Kadang-kadang cinta masa muda ini hanya membuang masa dan mampu jadikan kita jauh terpesong . Kalau pasangan anda baik , teruskan . Tasya bukan nak ajar benda yang bukan-bukan . Kadang-kadnag kita kena ada satu kenangan yang boleh dibuat pengajaran . Orang yang kita pernah bercinta selama bertahun-tahun tak semestinya dia jodoh kita . kadang-kadang dia hanya masa silam kita .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience