Hari yang dinanti-nantikan bagi semua rakyat puak Hiden telahpun tiba, hari kelahiran bagi putera raja Armdoll sudah menjadi seperti hari baru bagi mereka. Jam telahpun menunjukkan jam 9 malam, semua rakyat berkumpul bersama-sama di istana diraja untuk menunggu kelahiran bayi diraja tersebut. Walaubagaimanapun masih lagi tiada khabar berita dari doktor-doktor diraja yang ditugaskan raja Armdoll. Raja yang tegap itu kelihatan mundar-mandir dihadapan kamar beradu raja itu.
"Mengapa masih tiada khabar dari doktor? Apakah isteri dan anak beta selamat?" kata raja seorang diri.
"Janganlah tuanku bimbang, patik rasa baginda permaisuri dan anak tuanku tidak apa-apa. Tuanku hanya perlu bersabar sedikit." kata menteri pertanian kerajaan itu kepada raja.
Raja yang sedang bermundar-mandir itu berhenti seperti terkejut selepas pintu kamar itu terbuka.
"Mana isteri dan anak beta? Adakah mereka selamat keduanya?!" sergah tuanku kepada doktor Arn.
"Sabar tuanku, tuanku perlu bawa bertenang" kata doktor Arn menenangkan raja yang sedang resah itu. "Anak tuanku selamat dilahirkan,dia dalam keadaan yang sihat" sambung doktor.
"Benarkah?! Yaaa! Dengar itu semua rakyat puak Hiden? Putera raja telah selamat dilahirkan!" jerit raja yang kemudiannya disambung dengan sorakan rakyat puak tersebut. "Bagaimana pula dengan isteri beta? Dia selamat bukan?"
"Baginda permaisuri..." kata doktor seperti begitu hampa.
"K-kenapa? Tolong bagitau beta yang dia selamat" kata raja resah.
"Baginda permaisuri telah mangkat..."
"Apa?!" jerit tuanku diraja. Semua rakyat dan menteri yang mendengarnya terkejut, ada juga yang sudah mula menitiskan air mata termasuk juga raja Armdoll.
"Maafkan patik tuanku, kami sudah cuba sehabis baik untuk membantu baginda permaisuri... Namun kami gagal..." kata doktor dengan sedih dan hampa.
"Tidak mengapa... Sudah sampai ajal baginya, kita sebagai makhluk biasa tidak boleh berbuat apa-apa...Itu semua kehendak tuhan" kata raja menahan kesedihannya dengan senyuman kecil walaupun air matanya masih lagi mengalir.
"Bolehkah beta melihat anak dan isteri beta?" tanya raja kepada doktor.
"Ya, tuanku boleh masuk. Tetapi yang lain mesti tunggu diluar kerana kami mahu menunjukkan sesuatu kepada tuanku" kata doktor Arn.
"Baiklah" jawab raja.
Share this novel
Nice do ! sayang nya kalau berhenti