Rate

BAB1

Romance Series 7339

           

Sudah hampir setengah jam dia menanti bas Rapid KL, tapi tak ada sebuah bas pun yang lalu. Rasanya dah berpeluh ketiaknya walaupun hentian bas tersebut mempunyai atap. Lengan kemeja ditarik ke atas sedikit mahu menilik Fossil Petaling Street di pergelangan tangan. Sudah hampir ke pukul 1. Nasib baiklah temuduganya berlangsung pada pukul 2.30 petang. Daripada duduk dia berdiri. Dia berjalan ke hulu dan  ke hilir. Sebaik sahaja nampak kelibat objek yang ditunggu-tunggu, cepat sahaja dia menyangkut beg ke bahu.

            Usai sahaja membayar tambang, terus dia bergegas mencari kerusi kosong. Waktu-waktu begini memang boleh kira berapa kerat je manusia yang berada di dalam bas. Nafas lega ditarik. Tak payahlah dia bersusah-payah nak bergelut dalam lautan manusia. Sebaik sahaja bas tiba di hentian kajang, sudah ramai penumpang yang beratur. Sebaik sahaja penumpang terakhir menaiki tangga, terdengar suara pemandu bas kedengaran marah-marah. 

"Dah tahu nak naik bas tu, sediakanlah duit kecil. Ini bukan limo." Sergah suara lelaki lingkuan 40-an kepada seorang penumpang yang tidak mempunyai duit kecil.

            Si lelaki berjambang yang dimarahi itu kelihatan terkial-kial menyeluk kocek seluar. Dari depan hingga ke belakang. Sedar semakin ramai penumpang lain yang memandang aksi sebabak tersebut, dia mula berasa tidak selesa dan mahu turun semula.

Melihatkan keadaan tersebut, Elanie cepat-cepat bangun. Dua keping not seringgit dimasukkan ke dalam mesin tambang sambil senyum kepada pak cik bas yang tayang muka ketat. Lelaki berjambang di sebelahnya kelihatan terpinga-pinga.

            "Saya belanja."

Tanpa menunggu balasan daripada si lelaki, dia terus duduk kembali di kerusi tadi. Elanie pura-pura pandang ke hadapan. Tapi sebenarnya dia skodeng mamat berjambang yang  berdiri sambil sebelah tangan berpaut pada tali pemegang. Khusyuk dia memerhati raut wajah tersebut namun sebaik sahaja anak mata lelaki itu turut memandang ke arahnya, cepat-cepat dia melarikan anak pandangannya. Dia berpura-pura melihat jam di tangan. Fuh! Nasib baik, nyaris-nyaris dia kantoi skodeng anak teruna orang tadi. Tapi teruna ke? Entah-entah laki orang. Elanie menghela nafas. Fikirannya mula menerawang memikirkan temuduga yang bakal dihadirinya sebentar nanti.

            Sebaik sahaja bas menghampiri hentian berhampiran dengan Setia Haruman Holding, Elanie sudah bersedia untuk menekan loceng. Namun belum sempat jarinya menyentuh loceng, kedengaran loceng bas sudah pun berbunyi. Oh man! Mamat jambang tu yang tekan. Kebetulan je kut. Lagipun area sini memang kawasan pejabat. Tak mustahil dia pun kerja dekat sini.

            Setelah turun daripada bas, Elanie menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari kelibat mamat jambang tadi. Sayangnya kelibat lelaki tersebut dah pun menghilang tanpa dapat dikesan. Kakinya diatur melangkah ke arah bangunan yang tertera nama Setia Haruman. Sebaik sahaja pintu kaca ditolak, dia disapa oleh penyambut tetamu yang hampir sebaya dengannya uminya.

            "Hi, I'm Elanie. Ermmm... I have appointment at 2.30 actually," helaian kertas temuduga dihulur kepada penyambut tetamu yang murah dengan senyuman tersebut.

"Dekat sini ada surau tak?" alang-alang dah masuk bangunan ni, baik dia solat je terus dekat sini.

"Amoi, Mesti la ada. You ambil pas ni. Tekan tingkat dua. Nanti you belok kiri. Surau ada di sebelah pantry."

"Thanks a lot." Pas yang dihulur oleh perempuan itu diselit dalam fail yang dipegangnya.

"You punya interview dekat tingkat 6. Nanti you cari Mr. Julian." Elanie hanya mengangguk memahami arahan yang diberi.

Usai solat, panjang dia berdoa semoga murah rezekinya kali ini. Dia berehat seketika dalam surau sehingga jam menghampiri ke angka dua. Jejak sahaja kaki ke tingkat enam terus sahaja jantungnya buat konsert rock. Darah gemuruh, gementar, semuanya tiba-tiba datang secara berjemaah.

"Hello. I'm Elanie. I'm looking for Mr. Julian. Appointment at 2.30 pm." Kertas yang sama dihulur sekali lagi.

"Nik Nor Elanie?"

"Yup."

"You may go to the pantry first, have cup of coffee. We will call you for interview. Julian is still not around."

Sampai sahaja di pantri, keadaan kelihatan agak lengang. Hanya ada tak lebih daripada sepuluh orang yang sedang menikmati minuman masing-masing di situ. Tinjau punya tinjau, ada sebuah meja yang diduduki oleh tiga orang perempuan. Elanie melangkah ke arah meja tersebut. Seorang wanita tersenyum kepadanya.

"Saniah." Perkenal si kurung biru.

"Elanie." Kemudian dia turut sama memperkenalkan diri kepada dua orang lagi. Alina dan Saadiah.

"Dulu kerja mana?"

"Fresh grad, kak..." jawab Elanie tanpa berselindung. Inilah sebab dia gagal temuduga sebelum-sebelum ni. Alasan majikan mereka tak mahu mengupah pekerja yang  tiada pengalaman. Sebal!

"Oh...good luck ye."

"Akak?"

"Shell.

"Berapa lama kak?"

"6 tahun."

"Kak Alina dengan kak Saadiah pula?"

"Akak dekat IBM. 4 tahun."

"Akk dekat AIG. 7 tahun."

Elanie telan liur. Ini sah-sah dia kalah tanpa bertanding. Mana syarikat yang nak ambil fresh grad kalau ada calon-calon yang ada semuanya berpengalaman. Bukan setahun dua punya pengalaman pula tu.

Perbualan mereka terganggu apabila Sharon menuju ke arah mereka. Mungkin Julian sudah tiba dan temuduga akan bermula bila-bila masa sahaja lagi.

"Okay guys. Julian is arrived. He will be the person in charge for paper based test. I'll call the name one by one. Please let me know if you are here."

"Nik Nor Elanie," segera Elanie angkat tangan.

"Mior Shah Zahid," nama kedua dipanggil.

"Hariz Hanafi." Sharon terus memanggil nama-nama yang tersenarai bagi tujuan pengesahan kehadiran.

Sehinggalah selesai nama dipanggil, tiada pula nama-nama teman barunya dipanggil. Elanie memandang sambil mengangkat keningnya.

"Nama akak-akak tak ada pun?"  Pertanyaannya disambut dengan ketawa kecil daripada dua orang wanita yang duduk semeja dengan Elanie. Kemudian sambil tersenyum kak Saadiah menjawab selamba.

"Oh, kami apply untuk IT specialist. Bukan costing analyst."

Elanie tarik nafas lega. Silap sendiri. Patutnya tanya la position apa. Memang  setahunya Setia Haruman ni  bukan sahaja terlibat dalam bidang architecture dan town planning tetapi ada menawarkan jawatan kosong bidang-bidang lain juga.

"Good Luck."

"Terima kasih kak. Doakan saya ye.

Selesai peringkat pertama mereka diberi rehat selama lima minit sebelum masuk ke peringkat kedua. Daripada 20 orang yang hadir temuduga, hanya 7 orang yang layak ke peringkat kedua. Seterusnya adalah temuduga oleh pengurus.

"Nik Nor Elanie, bilik nombor tiga."

Doa pelembut hati dibaca. Harap-harap lembut la hati tuan pengurus nak ambil dia bekerja.

"Have a sit."

Oh eem g!

Dia...mamat jambang!

Terus saja tulang rusuknya bergetar.

Jatuh cinta pandang pertama.

Pandang terakhir.

Pandang selamanya.

***

HAMPIR sejam lebih terkandas dalam kesesakan jalan raya, akhirnya dia sampai juga ke rumah. Sejak dikhabarkan berita manis usai temuduga tadi memang dia rasa nak senyum 24 jam. Akhirnya dunia berpihak padaku! 'Over la kau Elanie...' getus hati kecilnya.

Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah. Akhirnya dia berjaya juga membuang status penganggur tegar. Pintu kayu ditolak mencari rakan serumah merangkap teman baiknya sejak melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dulu. Terhendap-hendap dia melangkah. Niat nak buat kejutan kepada mak cik latah yang seorang tu.

"Hah!!!!!!"

"Arghhhhh!!!" bukan dia yang buat kejutan tapi dia yang terkejut. Riak yang sedang ketawa di belakangnya memang sengaja tempah keranda.

"Itulah niat tu dah salah. Kau jangan main-main dengan doa orang teraniaya. Tambah-tambah anak yatim macam aku."

Elanie cebir bibir. Itu je la modalnya. Nak buat dia rasa bersalah. Tapi sebab hari ni hari paling gembira dia pejam mata ajelah.

"Dapat kerja tak?"

"Urmmmm.."

"Tak apa, usaha lagi. Alah ini baru interview yang ke..." tak cukup tangan, kaki pun Azah kira sekali.

"Dah lebih dua puluh interview tau."

"Mungkin Allah nak bagi kerja yang lebih baik, mana tau dapat gaji lima enam ribu lepas ni. Lagipun sementara kau tak kerja ni boleh la jadi bibik sementara kat rumah ni."

Ingatkan bff ni nak la terus bersimpati. Ni tidak. Mengenakan dia semula adalah. Huh! Kurang asam punya kawan.

"Sebenarnya..."

"Tak apa, selagi kau tak kerja ni, sewa rumah aku bayar."

"Tapi..."

"Tak payah nak tapi-tapi. This is what's friends for..."

"Aku dapat kerja."

"Tak apa..." balas Azah sambil lewa. Dibenaknya masih menganggap Elanie kecewa kerana tak dapat kerja.

"Apa?" Serta-merta matanya membulat. Rasanya dia tak salah dengar.

"Iye. Aku dapat kerjalah." Elanie angkat kening. Bangga untuk tiga saat. Berjaya melucutkan jawatan penganggur tak bertauliah. Dengan rasminya dia dah jadi sebahagian daripada tenaga kerja di Setia Haruman.

"Alhamdulillah."

Azah mengucapkan syukur kepada Allah. Kedua belah tangannya diraup ke muka. Finally, dapat juga bff dia ni kerja. Dah naik kesian dia tengok. Dah lebih 20 interview, barulah sahabatnya itu berjaya mendapatkan jawatan yang diingininya. Dugaan betul.

bol3gya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience