BAB 5

Romance Completed 21194

Suara Razif ni bukan nak mengajar.. ni suara nak dodoi aku ni. Mata aku mula memberat. Memang sedap betul suara Razif ni. Aku cuba tahan katuk yang datang tiba-tiba. Aku tengok muka dia. Mata sedang-sedang, tak bundar tak sepet.. cantik je..

Bulu mata melentik, sekali aku tengok macam budak perempuan dua kali aku tengok macam mata curi... tiga kali aku tengok baru tahu itu mata Razif. Hahaha buang tabiat betul aku ni. Aku tengok pulak hidung dia.. fulamak.. mancung beb.. tapi mancung sedang-sedang yang sedap mata memandang.. bukan yang macam Mr. Bean tu..

Mulut dia.. Nak kata merah tak merah tapi sah dia tak hisap rokok.. Memang type aku.. Aik.. main type-type pulak.. ingat typewritter ke Laili??

“Puas tenung muka aku?” soal Razif yang asyik menulis. Aku kira soalan untuk menguji minda aku yang dari tadi tak masuk apa-apa.. Malu dehhhh.. huhuhu aku buat muka selamba.. double jerk aku kasi.. saja nak menguji kening aku yang cantik ni.

Tiba-tiba saja muka si Razif ni merah. Takkan marah kot.. ke aku yang cumel sangat. Ahaks tak malu betul aku ni..

“Dah la.. kau ambik nota-nota ni semua.. Aku jamin kau paling tidak boleh dapat principal.. Aku tak boleh nak terus ajar kau..” habis sahaja bercakap Razif terus berlari keluar. Aku angkat bahu. Suka hati kaulah Razif.. Asalkan bahagia. Sejak bila aku ambil berat tentang kebahagian mamat berlaguk tu? Ughh... malas nak fikir.. baik aku study..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience