Rate

Part 1

Family Series 3140

"Hei kau perempuan!!! Mari sini jap..!" Pojie merenung Analyn yang sedang memeluk lutut di sudut pintu bilik. Analyn menggeleng. Matanya mula berkaca.

"sy cakap sini!! Kau pekak ke??? " Pojie mula hilang sabar. Perlahan2 Analyn bangun. Diaturnya langkah dengan hati yang berdebar-debar. Tangannya direntap kasar oleh Pojie lalu dipeluknya Analyn dengan kuat.

"Kau.... Sejak mengandung kau jarang layan sy kan.. kau tak kesian ke dengan suami kau ni.. tak cukup 'Makan'.. " Pojie mengusap perlahan pipi Analyn.

"Kau nak makan? Sy masakkan" Perlahan Analyn cuba memujuk. Takut suaminya itu naik darah lagi. Pojie tersenyum sinis.

"Ya sayang.Malam ni sy nak 'makan' kau.. Lama tak rasa sedapnya kau.. boleh kn sayang.. " Satu ciuman hinggap di leher Analyn.

"Tapi.... " Panggg! Belum sempat Analyn menghabiskan ayatnya Kepalanya ditampar. Tidak semena-mena lehernya dicekik lalu dihempas ke tilam. Badan Analyn yang sudah lemah diangkat lalu disandarkan ke dinding. Perlahan-lahan Pojie mencekik lehernya sehingga Analyn terangkat ke atas lalu dihempasnya lagi tubuh Analyn di atas tilam.

Analyn hanya mampu menangis. Pojie mengeluh berat sambil bibirnya mengukir senyuman. Dengan tenaga yang masih tersisa Analyn merangkak menuju ke sudut pintu bilik. Perutnya yang masih kempis dipegang.

"Maafkan mak sayang." Analyn menangis semahu-mahunya. Pojie hanya melihat tanpa sebarang perasaan.


***********
Pagi itu Analyn bangun dengan wajah yang sembab. Kepalanya terasa berat dan sakit.
'Apa tak sakit. Semalaman tidur kat lantai. Tanpa selimut pula tu. Nasib kau la Ana' gumam Analyn dalam hati. Mengingat akan kejadian semalam membuat hati Analyn bertambah sakit. Ingin sahaja dia meninggalkan Pojie si suami pemabuknya itu, tapi apakan daya. Dia tidak mahu keluarganya tahu apa yang dialaminya ketika ini.

Usai mandi Analyn turun ke dapur untuk membasahkan tekaknya.Perutnya berkeroncong minta diisi.Dia mengambil sepinggan nasi goreng yang di gorengnya sebelum mandi tadi.

"Selamat pagi Ana...Pojie belum bangun ke?Mesti mabuk berat budak tu semalam kan.Beranikan lah diri kau tu untuk tegur dia.Suruh cari kerja.Nanti bayi tu lahir nak bela macam mana kalau duit se sen pun tak da.Kalau dia marah bagitau je dekat mummy.Tahulah mummy nak ajar dia tu.." Analyn hanya diam dan mengangguk mendengar ibu mertuanya memberi nasihat. Sejak berkhawin keluarga Pojie lah yang banyak membantu dari segi kewangan. Kebaikan mereka membuat Analyn berasa beruntung walaupun Pojie tidak bertanggungjawab terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience