Bab 1: Pertemuan pertama kali

Short Story Series 390

Bunyi burung berkicauan terdengar diluar jendela bilikku yang manandakan pagi sudah menjelang untuk pertama kali di tahun baru ini. Aku yang lena terbangun dari tidur selepas mendengar bunyi kicauan dari burung-burung di luar dan cahaya matahari yang memancar kearahku. Terdengar juga bunyi jam loceng yang sudah menandakan pukul 7 pagi berbunyi kuat untuk aku bangun dan bersedia untuk pergi ke sekolah.

Setelah aku terbangun aku pun mengambil jam loceng yang terletak di atas meja di sebelah katilku itu lalu melihat ke arah jam itu. " Alamak! aku dah lambat" jerit aku sambil bergegas mandi dan bersiap untuk ke sekolah.Aku yang kelang kabut turun keluar dari bilik tidur dan terus menuju ke dapur untuk sarapan pagi tapi disebabkan tak sempat aku hanya makan roti sajadan bergegas memakai kasut untuk ke sekolah " Nadia, ibu dah sediakan bekal nanti makan la kat sekolah" kata ibu kepadaku sambil membawa bekal makanan dan memberinya kepadaku. " Terima kasih ibu, nanti Nadia makan" jawab aku dengan lembut dan setelah selesai memakai kasut sekolah aku terus berlari keluar untuk ke sekolah.

Semasa kakiku melangkah keluar daripada rumah aku dapat rasakan yang kehidupan aku pada tahun baru ini akan lebih berbeza daripada kehidupanku di tahun-tahun sebelumnya setidaknya itulah yang aku rasakan masa tu. "Tunggu!saya nak masuk" jeritku dengan kuat dari kejauhan terkejut pengawas yang bertugas dibuatnya. Aku dimarahi oleh pengawas yang bertugas tersebut kerana telah datang lambat ke sekolah.Pengawas tersebut membawa aku berjumpa dengan guru disiplin sekolah dan aku dimarahi lagi dan didenda."Haaa....." ngeluh aku dibuatnya baru hari pertama sekolah pada tahun baru ni dah jadi macam ni.

Selepas didenda aku pun terus pergi ke kelasku. Setibanya ku di kelas, "NADIA" jerit Alia dari kejauhan sambil berlari kearahku."Assalammualaikum,Alia"jawab aku.Alia yang sedang peluk erat tubuhku manjawab salamku."Lambat kau datang hari, Nadia" tanya Amira dengan nada yang perlahan sambil membaca buku yang dipengangnya."Selamat pagi Nadia" kejut Iqbal dari belakang.terkejut aku dibuatnya "Assalammualaikum, Iqbal boleh tak jangan terkejutkan aku macam tu" keluh aku kepada Iqbal.

"Korang aku ada nampak seorang budak lelaki kat bilik guru" kata Adam yang muncul tiba-tiba terkejut kami dibuatnya. Aduh!! "jangan terkejutkan kitaorang macam tu boleh tak" marah iqbal kepada Adam habis kepala Adam dipukulnya. Aku yang melihatnya tertawa kecil dan menuju ke tempat dudukku lalu mengeluarkan alat tulis dan letakkanya di atas meja. "Berdiri semua, Assalammualaikum cikgu Hamzah" jerit ketua kelas selepas melihat cikgu Hamzah masuk ke dalam ke. "Assalammualaikum Cikgu Hamzah" kami semua berdiri dan memberi salam kepada cikgu Hamzah.

Selepas memberi salam dan membaca doa cikgu Hamzah mengenalkan kami dengan seorang pelajar baru yang akan masuk ke kelas kami."Assalammualaikum,nama saya Arif Aiman" pelajar baru itu memperkenalkan dirinya dengan nada suara yang perlahan. Kesan pertama bila aku melihat Arif aku merasa jantung aku tak bolej berhenti berdegup dan perasaan yang pelik mula muncul dalam diriku "perasaan apa yang aku rasakan ni?" aku terdengar suara hati kecilku bertanya.

Selepas Arif selesai memperkenalkan dirinya di hadapan kelas aku terkejut apabila Cikgu Hamzah secara tiba-tiba menyuruh Arif duduk di meja sebelahku yang kebetulan kosong. Aku yang terkejut mula menyapanya dengan nada suara yang lembut dan dia juga membalasnya dengan lembut.Selepas habis waktu persekolahan Iqbal dengan secara tiba-tiba mengajak Arif untuk balik bersama-sama kami Arif yang terkejut dengan ajakan yang secara tiba-tiba dari Iqbal hanya menggangguk setuju untuk balik bersama.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah kami mula bertanyakan kepada Arif kenapa dia pindah ke sini iya la kan Arif kan dari KL kenapa tiba-tiba pula nak bersekolah di kampung macam ni kan."Ibu ayah aku dah bercerai jadi aku kenalah ikut ibu aku duduk rumah nenek yang ada kat kampung ni disebabkan ibu aku kena cerai ngan ayah aku ibu aku mengalami kemurungan dan kini aku ngan nenek aku yang jaga ibu sekarang" jawab Arif. Kami yang mendengar jawapan dari Arif itu terkaku seketika dan mula mengubah topik perbincangan kami.Aku rasa kami tak patut tanyakan soalan tu pada Arif rasa macam kami dah menyinggungkan perasaannya.

saya baru je buat cerita ni saya buat ni pun hanya sebagai hobi saya sahaja. saya pun baru-baru lagi disini. ohhh...ye sebelum saya lupa umur saya 18 tahun tahun ni. saya pun baru je habis buat chapter 1 tapi saya tak tahulah best ke tak cerita yang saya buat ni kalau tak best saya minta maaf dulu tapi saya akan berusaha lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience