BAB 7

Other Series 3970

Zara duduk sambil menongkat dagunya.

"Papa ni..."
"Kenapa? Kamu tak suka kalau dia kerja dengan kita?"
"Bukan tak suka papa tapi.."
"Sudahlah Zara. Kamu patut berbaik. Masing-masing dah dewasa takkan nak buat perangai budak-budak?"

Apa yang dikatakan bapanya masih terngiang-ngiang diingatannya. Dia mengeluh. "Dah lama dia hilang,sekarang muncul pula."
"Awak bercakap dengan siapa tu?" Teguran itu mengejutkan Zara. Dia berpura-pura menyusun segala failnya. "Tak payah berlakonlah. Awak tahu tak berapa lama saya perhatikan awak? Berangan je." Zara tersentak dengan kata-kata Farish. "Sorry sikit,saya bukan beranganlah!" marahnya. "Habis yang cakap seorang diri tu kenapa?"
"Eh,awak sibuk sangat ni kenapa? Apa awak buat kat sini?"
"Kalau betul awak tak berangan,buktikanlah." Zara terdiam. "Macam mana?" Agak kasar suaranya membalas. "Lunch dengan saya."
"What? No! Saya dah janji dengan Shira nak lunch dengan Shira."
"Shira? Awak berhubung dengan dia lagi?"
"Mestilah. Saya berkawan dengan dia lama tau."
"Kalau dengan saya?" Zara memandang Farish. "Awak tak pernah jadi kawan saya." Dia membalas dengan nada yang perlahan. Namun cukup jelas ditelinga Faris. Dia tersentak melihat Zara yang pergi meniggalkannya.

Zara menuruni tangga dengan perasaan yang pelik. Dato' Muaz memanggilnya untuk turun kerana ada sesuatu yang hendak dikatakan. 'Apa eh?' detik hatinya.
"What? Papa nak kitorang berkawan? Come on papa.."
"Laa..apa salahnya? Bukan kamu tak kenal dia. Papa kan selalu ajak family dia makan dengan kita?"
"Sebab kenallah Zara tak nak. Papa pun mesti tahu dia tu macam mana. Tak naklah kawan dengan dia." Zara membantah. Dia terus meninggalkan ruang tamu itu.

Termasuk kali ini,sudah empat kali kertas yang dilipat menjadi kapal terbang itu dilayangkan ke arahnya. Akhirnya dia berpaling. "Kau nak apa?" Zara memperlahankan suaranya memandangkan sekarang waktu cikgu mengajar. Geram dia melihat Farish dan gengnya sedang menahan ketawa. Dia merengus. Sekali lagi kertas itu dilayangkan kepadanya. Tanpa mengawal,terus dia menjerit. "Apa masalah kau?" Semua murid di dalam kelas itu tercengang. "Kenapa dengan kamu ni Zara?" Zara hanya diam. "Takde apa cikgu. Maafkan saya sebab menganggu kelas." Dia meminta maaf.

Tak mungkin aku akan berbaik dengan dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience