BAB 3

Romance Series 26020

Bab 3

SAAT pesawat sudah berlepas, maka sektor terakhir dari dua sektor penerbangan aku hari ini akan berakhir tiga jam dari sekarang. Kemudian aku akan bercuti untuk dua hari sebelum penerbangan seterusnya ke Australia. seperti biasa, selepas memastikan isyarat tali pinggang keledar dimatikan automatik kami bergegas untuk servis penumpang.

Servis hidangan akan dibuat oleh aku. jadi, sebagai seorang pekerja yang berkaliber dan baik hati… aku membantu Anas menyediakan hidangan yang akan ditolak kepada penumpang sebentar lagi. ada saja yang sedang membantunya, tetapi biasalah, akukan rajin bermusim… maka beginilah aku untuk sekarang ini.

Penerbangan jarak dekat ini, memang tiada masa kami mahu bergelak ketawa. Perjalanan dari kota kinabalu ke kuala lumpur hanya mengambil masa dua jam setengah saja. jadi, perkara pertama yang perlu kami dahulukan adalah load segala hidangan untuk penumpang.

Sedang leka, tiba-tiba aku sudah melekat ke atas dengan kepala terhantuk kuat beberapa saat sebelum aku kembali terjelupuk ke bawah lantai. kali ini, kepala aku terhantuk dengan lebih kuat ke trolley cart yang mendarat kurang semeter dari aku impak dari gegaran yang baru diterima tadi. dengan wajah kabur aku memandang dua lagi rakan sekerjaku, Anas dan kak Mal yang turut terbang ke atas. Kami berpandangan sesama sendiri. 

Seketika, masa kami seolah terhenti beberapa saat sebelum mata melihat ke arah cart yang ikut terbang bersama kami tadi. barulah kami faham apa yang sedang berlaku. Jika berlaku perkara begini, kami terbang tiba-tiba tanpa sebarang makluman dari juruterbang, pastinya baru sudah berlaku air clear turbulance yang mana pergolakan udara ini tidak dapat dikesan oleh monitor.

"Huwaina okay?” soalan Kak Mal aku jawab dengan anggukan meski masih diserbu rasa terkejut. Bukan pertama kali aku merasakan gegaran akibat dari pergolakan udara ini. tetapi, ini pertama kali aku terbang lalu melekat ke siling. Tidak cukup dengan itu, siap terhantuk bertubi lagi. 

Aku masih loading meskipun kak Mal sudah bangun dan terus mendapatkan panggilan juruterbang dari intercom yang tersedia di galley. Aku dengan wajah kabur, mencari dua figura yang tidak dapat dilihat oleh mata.

pandangan aku gelap. Aku pejam mata lama. Kepala aku yang mula berdenyut aku pegang dengan dahi berkerut seribu.

Dalam masa yang sangat singkat, dua kali kepala aku menerima hantukkan yang agak kuat.

“Nana…” dari suara garau yang menyapa telinga, aku pasti itu suara Anas. Tetapi panggilan itu tidak mampu aku jawab. Berdenyutnya sehingga membuat pandangan aku kelam.

“Huwaina?” kali ini bahu kanan aku terasa ditepuk lembut. mata aku yang terpejam rapat masih dapat mengecam kehadiran Anas melalui wangiannya yang menyapa deria bau aku.

“Huwaina okay tak ni?” dari suara, aku tahu Kak Mal dah mula cemas. Mungkin kerana aku yang tidak menyambut panggilan.

Setelah agak reda, lambat-lambat aku membuka mata. pandangan yang tadi kabur mulai jelas semula. Cuma kepala aku masih berdenyut.

“minum air dulu.” Huluran air mineral oleh Anas yang sudah siap dibuka penutupnya aku sambut. Setiap tegukan yang aku ambil, aku jarakkan beberapa saat. Seperti sifat air yang adakalanya tenang, itu juga tujuan air dihulur pada aku. supaya aku kembali tenang meskipun aku tidak menunjukkan reaksi bahawa aku sedang cemas.

Haruslah aku cemas, mana tidaknya… aku ingat aku dah buta dah tadi. berapa kali aku buka mata tetapi tiada cahaya yang dapat ditangkap oleh ritena mata aku.

“okay dah?” aku mengangguk. kali ini anggukan aku sudah bernyawa. Nafas aku hembus beberapa kali. meskipun, kepala aku masih berdenyut  sekurangnya penglihatan aku sudah kembali Normal.

“ada sakit dekat mana-mana ke?” soal kak Mal untuk membuat laporan pada juruterbang.

“saya terhantuk tadi. tapi sekarang saya okay dah.” maklum aku buat Kak Mal yang sedang memberi laporan jika ada kedeceraan pada penumpang atau krew dek kerana adegan yang tidak dijangka tadi. Anas membisu, tetapi tangannya tidak diam ikut membantu aku supaya aku bisa tenang semula sekurang-kurangnya. Tadi dia hulur air, kali ini dia hulur Panadol.

Pertolongannya Nampak kecil, tapi cukup bermakna bagi aku yang benar-benar memerlukan.

“dah,Huwaina duduk je lah dulu. Akak take over awak.” arah kak Mal lalu menyambung kerjanya.

Walaupun Nampak Kak Mal seolah tidak mengendahkan aku, percayalah… jauh disudut hatinya dia risau dengan aku. aku tahu sebab dia tidak akan membuat keputusan untuk ambil kerja aku sedangkan kerja sendiri juga banyak.

“tak pe Kak Mal. Saya dah okay dah ni.” aku menolak. Melihat cart yang sudah sedia, lalu aku mula menolak.

“jom saya tolong.” Tanpa sempat aku membantah, cart yang tadi berada ditangan aku sudah ditolak keluar dari galley oleh Anas. Apa aja pilihan yang aku ada selain membuntuti langkah lelaki itu. 

Baru separuh jalan, kepala aku sudah meloleng. Mujur sudah sektor terakhir, layan sajalah.

“NANA.” Laju aku angkat kepala apabila dengar nama aku diseru sebaik sahaja penumpang terakhir selamat keluar dari kapal.

“alright tak alright?” soal Aniq dengan riak risau terlakar diwajahnya. Si Aniq ni, muka dia penuh dengan subtitle. Jadi tak susah untuk aku agak apa yang bermain dalam fikirannya. Kalau dia menyampahpun, jelas-jelas menyampah tu timbul atas dahi dia.

dengan senyuman nipis, aku hanya angkat ibu jari tanda okay. Entahlah, tak okay sangat pun. Tapi boleh berjalan, boleh berdiri, boleh steady layan penumpang sehingga mereka disembark, kira okaylah tu.

Kurang lebih 30 minit selepas selesai urusan terakhir, kini aku sudah dibenarkan pulang.

“awak drive sendiri ke?” soal Anas sebelum kami terpisah untuk ke arah tujuan masing-masing. Soalannya aku jawab dengan anggukan.

“boleh drive tak?” soalannya buat aku berfikir semula. Memandu dalam keadaan aku mahu berjalan pun terumbang ambing ni, entah selamat entah tidak.

“biar dululah kereta kau dekat sini.” Aniq. Entah dari ceruk mana muncul tiba-tiba sudah ada disebelah. Aku garu kepala. Takkan nak tinggal?

“lepas tu aku nak balik naik apa?”

“aku hantar. Kita pergi klinik sekali.” Anas yang sedari tadi berdiri dihadapan kami hanya membisu.

“kereta aku?” aku nampak Aniq sudah tergaru.

“kalau awak tak kisah, saya boleh hantar ke rumah awak.” Anas mencelah.

Kedengaran asing, tetapi dia juga seperti meminta izin jika aku okay dengan cadangan itu. aku berat hati mahu beri orang pandu kereta aku walaupun aku yakin, skill memandu Anas jauh lebih baik dari aku. tapi, bukan kereta yang aku kisahkan, Cuma rumah tu… kira privasi aku.

hanya kenalan yang benar-benar rapat saja yang tahu dimana.

“tak pun kau balik dengan Anas, nanti malam aku ambil kereta kau.” tempah maut si Aniq ni. dia tahu aku anti dengan mamat acah kasanova ni, dia saja pancing aku supaya bersetuju saja dengan perancangan mereka. Anas tertawa kecil.

dalam keterpaksaan, aku menghulur juga kunci kereta yang berada dalam simpanan. Mahu fikir lama-lama pun hari sudah masuk pagi. walaupun perangai Aniq dalam genggaman aku, tapi untuk berdua dalam kereta, aku lebih memilih Aniq.

“ni…” kunci kereta dia gantung di jari kelingking dia angkat sedikit separas mata aku. “saya balik dulu tau. Ambil adik saya sekejap, baru bawa balik kereta awak. kalau awak tak nak saya tahu mana awak duduk, saya parking kereta awak ni dekat rumah Aniq.” Jelasnya memaklumkan perancangan yang sudah dia rangka dalam kepala.

“lah, kalau parking rumah aku… baik aku je yang hantar kereta. Kau hantar dia.” kau nampak Aniq ni. dia macam saja mahu kenakan aku pun ada juga. Anas melepas tawa.

“usik sikit-sikit je Niq. Member tengah tak sihat tu. elok-elok kena pergi klinik je, tak memasal kena hantar emergency terus.” Gayanya bagai membela nasib aku supaya tidak terus-terusan diusik Aniq. Tapi, dia tak sedar ke dia pun tengah bahan aku.

Aniq terkekeh. Belakang badan Anas yang sudah berlalu pergi aku pandang atas bawah. Kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni!

Dia ingat cool ke macam tu?

“kau saja, kan?” wajah Aniq yang bersahaja aku kerling tajam bersama gigi yang aku ketap geram.

“aku tolong member.” Aku rasa nak luku je kepala dia.

“nak aku tolong pimpin tak?” usik Aniq lagi sambil menghulur tangan. tapak tangan yang sudah terbuka aku sambut dengan jeliran lidah menyampah.

“tak nak. Risau kau pimpin aku direct ke neraka.” Serta merta tawa Aniq terlepas kuat membuat aku ikut tertawa sekali.

“kau ni sembang, macam aku ni jahat sangat, kau tu muslimm..mah sangat.” Dia kutuk aku balik. Tapi, tidak pula aku terasa. Mungkin sebab dah biasa kena. dari kecil lagi kerja kami kutuk mengutuk sesama sendiri.

bak kata orang ulu langat, dah blend!

“apa cerita kau dengan Zharif?” soalannya saat kereta mula meluncur buat keluhan tipis terbit dihujung bibir aku. kerlingan Aniq tertangkap oleh ekor mata aku. barangkali dia pun tersedar akan keluhan spontan aku.

“entahlah… ghosting.” aku tidak nampak apa pengakhiran hubungan aku dengan Zharif. Hubungan kami sudah terjalin hampir 7 tahun. Tapi, sehingga hari ini tiada suara untuk ke arah yang lebih baik. Malah, keadaan makin rumit dengan tentangan dari ibunya yang bukan sedikit. Aku bertahan walau aku tahu prihal tentangan itu kerana dia masih melayan aku dengan baik. Tapi sampai bila?

“mak dia?”

“macam tulah. Entahlah… tak tahu nak cakap macam mana. Aku macam dah tawar hati. sampai bila dowh aku nak kena bertahan? Dengan Zharif yang macam main tarik tali. Dengan mak dia yang tak habis-habis persoalkan aku. tak habis-habis dengan solehot dia. dah kalau anak dia tu soleh sangat, tak adanya anak dia terhegeh bercinta dengan perempuan tak ada agama macam aku ni,” sejak dari hari pertama aku di sindir oleh Mak Zharif, kepala otak sering tertanya sendirian. Tapi sehingga ke hari ini juga masih tiada jawapan.

“apa kata, kau yang undur diri…” sejenak, wajah tenang Aniq yang sedang memandu didalam ketenangan malam jalan raya, aku pandang.

“how?” Aniq jungkit bahu. Lagi-lagi keluhan terlepas dari ulas bibir aku.

terus terang aku cakap, aku susah mahu tinggalkan Zharif. Kami bersama dari kami tiada apa-apa sehingga kami sudah mencapai apa sahaja yang kami mahu. Senang cerita, susah senang aku, dia yang ada. aku tiada sesiapa selain nenek. Dari kecil aku dengan Nenda.

Penceraian Mama dan Daddy memberi impak besar pada aku sehingga aku tidak mahu bersama dengan sesiapa antara mereka.

Bagi aku, rumah tanpa salah seorang, tidak lengkap. Alang-alang mahu pisah, biar pisah terus semua sekali. Adil!

“aku follow je lah dia sementara aku tak ada lagi rasa betul-betul nak kahwin.” Datar. Aniq tertawa kecil.

“orang bercinta, kalau boleh nak sampai kahwin. kalau macam ni, baik kau single sampai meninggal Kalau setakat nak bercinta. Kalau kerja tu, status kau unknow. entah bila renew, entah bila expired. Kita crew pun renew contract setiap 5 tahun.. orang buat loan kereta pun, dah habis bayarlah! ” Aku terkekeh.

“tapi kita kena exam setiap tahun. Samalah macam aku ni. kena uji setiap hari.”

“hah, biasalah tu. kerja frontliner. Memang kena uji setiap tahun. Bagi bijak sikit. Itupun, dah exam tiap tahun, nak pikat bakal mak mentua pun kau fail lagi.” aduh, pedih betul kutukan dia kali ini.

“masalahnya, dia uji aku hari hari weh. dengan pax kita boleh cool lagi sebab degil-degil dia pun, kuasa masih dekat kita. orang tukar-tukar. bengang dengan kawan kerja pun, enam bulan ke setahun baru jumpa lagi. kalau nampak nama dia naik, emergency MC pun tak ada masalah. Kalau yang ni, aduhai serba salah aku.” balas aku dengan keluhan yang tidak putus.

“dia macam ni Na… aku cerita dari sudut pandang aku sebagai lelaki. Kau ingat tak, aku pernah kenalkan seorang perempuan ni dekat Ami?” aku angguk. Segala perhatian sudah aku tumpahkan pada Aniq.

“Nadhirah?” sejenak, Aniq menoleh dengan riak kaget ke arah aku.

“uh, ingat eh?”

“mana tak ingatnya… first time woo Nampak kau baik level bawah sikit dari malaikat. Tapi tulah, sekejap je. tak lama lepas tu, kau back dengan perangai syaitan kau. sampai syaitan pun confuse apa yang kau nak dalam hidup sebenarnya. Member baru nak susun stretegi hasut kau jadi hauk balik, tup-tup… tak sempat hasut dah datang sendiri. syaitan pun kau scam.” Kaw kaw aku kutuk dia. asyik dia je mengata aku, kan? Aniq berdekah.

“masa tu... aku bawa dia, kenalkan dia dekat Ami sebab memang niat aku, aku nak kahwin. Masa tu, aku rasa… kalau aku kahwin, mungkin aku akan berubah. Tapi dalam masa yang sama... yang aku cakap nak kahwin, bawak kenalkan dia dekat Ami… belakang Nadhirah aku ayat je perempuan lagi. tapi bila aku bawa pergi jumpa Ami, Ami straight to the point. Ami tak nak. Depan muka Nadhirah tu Ami cakap, Ami tak nak bagi aku kahwin lagi. kalau Nad tu nak kahwin, pergi cari lelaki lain. aku dah hang masa tu. tau apa yang aku buat? Tapi salah tu memang dekat akulah. Benda tu aku mengaku. Aku tak defend dia langsung. Aku terus okay. Then, benda settle macam tu je. aku back to normal. Jadi, konklusi dia… kau faham tak apa yang aku nak bagitahu kau?” aku geleng.

Dah malam-malam ni, kepala pula baru lepas kena hempuk dekat cart… jangan suruh aku buat kesimpulan sendiri. aku dah tak boleh fikir apa-apa dah ni.

“Ami tolak sebab dia tahu, anak dia macam mana. Aku cakap dengan Ami, kalau dia bagi aku kahwin, aku janji aku akan berubah. Tapi, dia still tak bagi aku teruskan dengan Nad tu. padahal Nad tu, kalau himpun semua makcik-makcik yang ada anak lelaki, semua berebut nak dia. tapi Ami, mentah-mentah reject dia.”

“mana kau tahu makcik-makcik berebut?” celah aku menjedakan cerita Aniq. Dia ni kadang hiperbola. Benda biasa-biasa pun dia boleh goreng sampai kedengaran begitu sempurna. Padahal bila dilihat dengan mata kepala sendiri… biasa je!

“Ami sendiri mengaku benda tu. dia siap cakap, kalau yang bawa balik tu Abang long… dia tak fikir dua kali, dia terus terima. Tapi sebab yang bawa tu aku… dia reject.” Serta merta tawa besar aku terlepas kuat. Tawa aku berlarutan sehingga riak wajah Aniq berubah.

“kau gelaklah dulu.”

“okay, sambung.” aku terus tarik nafas panjang menahan tawa yang masih tiada tanda-tanda mahu berhenti.

“masa tu aku tak faham. Tapi sekarang lepas Anas cakap, baru aku faham kenapa? Ami reject sebab dia tahu, aku takkan boleh bawa rumah tangga tu. betul, aku dapat perempuan baik. Tapi, aku sendiri pun tak baik. Perempuan ni, jiwa dia tak firm. Ketika itu, mungkin dia rasa dia boleh bantu aku untuk berubah. Tapi semua atas diri aku. aku nak berubah. Tapi aku sendiri tak ada usaha nak ke arah tu. aku lelaki. Aku suami. Sepatutnya aku yang kena conduct hubungan. Bila dia Nampak aku susah nak berubah dan susah nak diubah, boleh jadi hidup dia yang baik tadi tu, berubah 360 darjah. Dari seorang wanita yang baik, bila duduk bawah jagaan aku dia jadi seteruk-teruk manusia. Ini spekulasi Anas dan aku dari sudut pandang seorang mak… okay macam ni, bayangkan suatu hari nanti kau ada anak… adakah kau akan biarkan anak perempuan kau duduk dengan sebarangan lelaki, dan kau akan lepaskan anak lelaki kau yang tak faham lagi erti tanggungjawab lelaki?” separuh hati aku kagum, tapi separuh hati lagi mengutuk Aniq dalam diam.

Beberapa kali aku dengar dia sebut nama Anas. Maksudnya, dia dicuci oleh Anas tentang perkara ini. soalannya, dia tak terasa ke siap boleh buat perumpamaan dekat aku dengan bersahaja tanpa serba salah.

“mestilah tak nak. Macam mana aku nak anak perempuan aku dapat lelaki baik, macam tu juga aku nak anak lelaki aku jadi lelaki baik.” Mungkin ada yang tak sama fikiran dengan aku. tapi, untuk dapat perempuan baik tidak cukup untuk jadikan anak lelaki aku baik. semua didikan itu bermula dari aku.

“dari sudut pandang lelaki pula… kalau dia serius dengan kau, dia akan defend kau gila-gila. Kalau betul dia nak ada satu kehidupan yang jauh… lebih baik dengan kau, besar mana pun tentangan, tinggi mana pun halangan... dia akan redah. Dia takkan biar kau terkapai-kapai tanpa kata putus. Dia takkan biarkan kau dengan tanda tanya. Dia defend kau gila-gila depan mak dia. so, aku nak tanya kau… setinggi mana Zharif pertahankan kau?”

Jika tadi aku tidak mengerti apa yang hendak dia sampaikan melalui penceritaannya tadi, tetapi kini tidak lagi. aku sudah dapat apa point yang mahu Aniq ketengahkan.

“fikirlah. Kau rasa berbaloi ke kau bertahan dengan cara dia pertahankan kau? kalau kau rasa berbaloi, then teruskan. Kalau tak, better undur diri. nothing is more important than your self respect.” Kata-kata terakhir Aniq buat aku termenung jauh.

Tanpa menjawab sepatah, aku membuang pandang ke atas jalan raya yang lengang. Perasaan aku ketika ini, kosong.

Ye, kosong…

satu bab lg menyusul malam ye... xsempat nak pindah file.. linei xdokk..haha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience