“Alhamdulillah… terima kasih ya Allah kerana mencampakkan rasa cinta ini di dalam dada kami. Walaupun perjuangan untuk memartabatkannya diiringi oleh limpahan air mata. Maafkan kami kerana tidak termampu untuk memperjuangkan seperti mana Rasulullah dan para sahabat serta para salafussoleh sebelum kami. Terimalah sedikit usaha kami yang penuh dengan kekurangan ini. Semoga Allah telah menjadi saksi bahawa Al-Quran itu benar-benar telah kami cintai”
Inilah warkah terakhir yang dijumpai oleh Asha mengenai ayahnya. Tanpa disedari air matanya menitis laju dipipi mengenangkan kenangan semasa kecil dulu bersama-sama ayahnya belajar dan menghafal Al-Quran bersama-sama. Sebuah memori yang tidak dapat diundur kembali dan sangat-sangat memberi kesan kepada Asha sehingga hari ini. Perlahan-lahan Asha melipat kembali warkah yang ditinggalkan kepadanya itu dan diletakkan kembali di dalam buku kegemaran ayahnya.
“Ingat! Perjuangan dalam mempelajari, menghafal, memahami serta menyampaikan apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu tidak semudah yang disangka. Doa dan istiqamah dalam perjalanan ini sangat-sangat diperlukan. Bersyukurlah ketika Allah mengurniakan kita rezeki untuk bersama Al-Quran, kerana itu satu kurniaan dan penghormatan yang besar bagi kita yang serba kekurangan ini. Adakah bila kita diberi tanggungjawab dan peluang yang besar ini kita ingin berpaling? Mencari jalan yang selainnya? Demi Allah, ayah memohon dimatikan di atas perjalanan ini begitu juga dengan kamu dan seterusnya anak kamu dan zuriat kita sehingga ke hari kiamat nanti” pesan ayahnya kembali menerjah di fikiran Asha.
Sunyi…
Jauh Asha melemparkan pandangannya ke luar jendela. Rindunya dia kepada ayahnya tidak lagi dapat dibendung. Terdetik juga dihatinya untuk mengetahui apakah yang membuatkan ayahnya begitu bersemangat mengenai Al-Quran. Walaupun ayahnya tidaklah hebat dari segi bacaan ataupun mempunyai ilmu yang tinggi seperti alim ulama. Termenung Asha seketika cuba memikirkan sebab dan apakah yang mendorong semangat ayahnya ataupun ada kisah disebalik semua ini.
“Kringgggggg!!!!!!” bunyi telefon bimbit Asha memecah kesunyian malam.
“Siapa pula yang call malam-malam ni?” Asha terus bergegas menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum…” salam diberi oleh Asha dengan lembut sekali. Perwatakannya yang lemah lembut itu sering menjadikannya disukai oleh keluarga dan rakan-rakan.
“Waalaikumussalam… Asha mama ni” jauh terdengar suara ibu Asha di talifon.
“Aik? Kenapa mama pakai nombor lain? Kenapa tak guna nombor biasa?” tanya Aisha.
“Mama tukar phone sebab phone mama yang dulu hilang.. Asha tengah buat apa? ” tanya ibu Asha.
“Hmmm… Asha tengah baca pasal ayah.. Asha rindu ayah” jawab Asha ringkas sambil matanya kembali berkaca. Mengenangkan ayahnya yang sudah tiada.
“Mama… cerita lah lagi pasal ayah. Asha nak tahu” sambung Asha.
“Macam ni lah Asha, kalau Asha betul-betul nak tahu pasal ayah Asha esok Asha datang rumah mama. Ada sesuatu mama nak bagi kat Asha” balas ibunya.
Mereka terus berbual panjang di talifon sehingga larut malam. Pelbagai topik yang dibualkan dari isu semasa sehingga reseipi masakan.
“Esok jangan lupa datang ke rumah mama ya” pesan mama Asha sekali lagi.
“InshaAllah mama. Jumpa esok ya” jawab Asha mengakhiri perbualan telefon bersama ibunya.
Fajar mula terbit di ufuk timur. Pagi ini adalah pagi yang indah. Asha sudah bersiap-siap untuk ke rumah ibunya. 40 minit perjalanan menaiki kereta itu tidak terasa lama kerana diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah kegeraman Asha. Topik yang dibawa kali ini juga menarik. Berkisarkan tentang masyarakat dan kemanusiaan.
Sampai sahaja di pintu rumah ibu, Asha terus memeluk ibu dan mencium pipi ibunya.
“Mama sihat?” tanya Asha.
“Alhamdulillah” jawab ibunya secara ringkas.
Mereka memasak sarapan bersama-sama dan sambil menikmati mee goreng kegemaran Asha sejak kecil lagi. Sedang mereka menjamu selera ibu Asha membuka bicara mereka.
“Asha rindu ayah?” ibunya bertanya
Asha memandang tepat pada mata ibunya. Tiada jawapan yang diberikan hanya sebuah senyuman yang seakan-akan memberi seribu jawapan kepada satu soalan.
“Lepas makan ni Asha pergi ke bilik stor, lepas tu ambik kotak besar yang berwarna merah terang ya” ibu Asha memberikan arahan sambil menghirup teh panas.
“Ok mama” jawab Asha.
“Ada apa dalam tu?” tanya Asha.
“Nanti Asha ambik dan buka sendiri ya” balas ibunya bersahaja.
“Mama kena keluar ni, ada urusan kena selesaikan. Mungkin malam baru mama balik. Asha tidur rumah mama ya hari ini” kata ibunya
“Ok mama” jawab Asha sambil berjalan ke bilik stor.
Di sudut bilik itu terlihat sebuah kotak yang agak besar berwarna merah seakan-akan menanti Asha untuk membukanya.
“Wahh.. besar jugak kotak ni. Apa ada didalamnya?” tanya hati kecil Asha.
Asha menarik kotak itu keluar ke ruang tamu. Hanya menggunakan pisau kecil Asha membuka kotak tersebut. Ternyata apa yang ada di dalam kotak itu membuatkan Asha terkejut.
“Apakah ini?” bisik hati kecilnya lagi.
Share this novel