One {First Meet}

Action Series 12773

REIDEN mengetuk kepalanya dengan sebatang pen. Dia sedang berfikir tentang sesuatu. Perkahwinan, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan sesiapa. Dalam masa yang sama dia mahu menerima tapi hatinya beku dan ego. Emerline Dian, sedap nama tu. But dia tidak mampu untuk libatkan orang lain di dalam hidupnya dan dunia Mafia ini. Dia tidak mahu sesiapa yang menjadi korban kerana dia. Reiden mengeluh

"Boss, kami dah jumpa maklumat tentang Emerline Dian" kata Ris.

"Okey, kau letak dekat atas meja aku dulu. Lagi satu, tak ada orang yang serang tempat kita dah ke?" soal Reiden sinis.

"Lepas dapat tahu tentang kematian Eric diorang stop serang dulu. Katanya nak bagi keadaan normal. Sekarang diorang tengah berlawan dengan mafia lain" ujar Ris atau nama sebenarnya Ris Alven.

"Okey, diorang nak bagi keadaan normal semula ya tak apa. Kalau diorang serang bagi tahu aku terus dah lama aku tak berlawan" ujar Reiden sinis. Dia berlalu pergi manaiki kereta. Tidak lupa untuk memakai mask dan topi cup hitam.

Di jalan yang tersorok dia mendengar suara seseorang. Dia turun dari arah kereta dan pergi ke arah bunyi yang didengar.

"Tolong, ada orang cuba nak rogol saya" jerit satu suara meminta tolong. Reiden terus berlari ke situ. Apabila dia ternampak seorang gadis yang sedang melarikan dia menangkap lengan gadis itu dan membawanya ke arah kereta. Huh, semput.

"Terima kasih" ucap Emerline. Akhirnya ada jugak orang yang tolong. Emerline mendongak sedikit kepala untuk melihat siapa yang menolongnya. Hensem, mata Hazel, kening sedikit lebat dan bersambung, bulu mata panjang dan sangat cantik. Perfect!.

"Ehem" Reiden berdehem untuk menyedarkan gadis itu dari terus menilik ke arah mukanya.

"Awak ni mesti seorang mafia kan?" tanya Emerline. Takut? dia tidak takut dengan seorang mafia baginya itu hanya biasa.

"Kenapa kau tanya? Muka aku nampak macam mafia ke?" soal Reiden balik dengan sinis. Terkejut juga dia apabila perempuan itu menanyakan soalan begitu.

"Totally muka you tersangatlah dingin. Kebiasaan muka Mafia lebih kurang macam tu lah, lepastu diorang suka pakai mask dan topi hitam" balas Emerline selamba sambil menyandar di kereta. Dia memasukkan lolipop kedalam mulut.

"What ever, sekarang aku dah selamatkan kau so go away. Aku nak balik" arah Reiden di menolak gadis itu sehingga terjatuh.

"Oh, damn you. It's okey. Bye my lovely Mafia" ucap Emerline dan terus keluar dari lorong gelap itu.

"Hell, bila masa aku jadi lovely dia" Reiden mendengus sambil menyepak keretanya. Kesian kereta pula yang jadi mangsa sepakkan.

Tanpa membuang masa dia terus memecutkan kereta ke rumah agam miliknya.

"Kau dari mana ni?" tanya Fad

"Suka hati aku lah dari mana kau tak payah sibuk pergi buat kerja"

"MIRA, kau kena tolong aku" pinta Emerline.

"Tolong apa, penat lah. Aku tengah merajuk dengan abang aku ni" ujar Shamira malas.

"Ermm, kau tahu tak macam mana nak goda lelaki yang hati beku?" soal Emerline.

"Ish, mana lah aku tahu. Ha, kau mintak tolong Sya mana tahu dia boleh tolong. Suami dia kan beku" cadang Shamira.

"Hadeh, penat lah aku ada member macam ni"

"Woi, asal kau tanya. Kau nak goda siapa wei?" tanya Shamira.

"Ada arh sebok je dah la tak nak tolong" Emerline buat muka menyampah.

"Alah kau, ingat aku ni pernah goda lelaki ke?" Shamira melemparkan senyuman senget. Agak agak si Emerline ni nak goda siapa? Minah ni biasanya tergila gilakan Mafia.

"Dah arh, aku cau dulu. Apa apa roger"

"Ha, satu lagi aku nak suruh kau tolong cari maklumat tentang Reiden Xavier okey, bye bye sayang" Emerline melambaikan tangannya.

"Gila plus geli" ujar Shamira. Reiden Xavier, dia ni bukan mafia ke. Kenapa Emerline suruh aku cari, hurm.

Sorry semua lambat updated >< chapter kali ni pendek je in sha Allah chapter kedua Dihah buat panjang >< sorry kalau ada typo and banyak kekurangan.~~ Enjoy reading...Dihah akan cuti dulu sebab Dihah tengah demam...see you~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience