BAB 4

Horror & Thriller Completed 6228

Kejadian yang menimpa saya bermula di suatu malam minggu.. kebiasaannya petang itu saya melepak di bilik rakan saya,lokasi biliknya yang agak hujung itu memang menjadi port untuk kami bersembang.. dia menceritakan bahawa adakalanya mereka sebilik diganggu oleh bunyi bola yang dihempas/baling ke lantai,dan bola itu melantun-lantun..

Kadang-kadang pada waktu maghrib dan pernah juga waktu malam hari.. waktu itu tanpa berfikir panjang saya berkata pada rakan saya ‘aku tak percaya la semua ni,zaman moden mana ada benda-benda ni, karut je semua tu…kalo betul ada meh Jupe aku’..kata-kata saya yang sombong serta seolah-olah mencabar ‘benda itu’ telah memberi akibat kepada saya..

Maka bermula kisah pada malam itu,selaku AJK di asrama saya serta beberapa orang rakan ditugaskan pada malam itu..tugas kami adalah memastikan setiap pintu bilik berkunci dan lampu ditutup tepat jam 11 malam. ketika saya membuat rondaan seorang diri tiba-tiba seekor kucing asrama mengekori saya, seperti mahu menemani saya..

Pelbagai cara saya lakukan untuk halau tapi dia tetap mengekori saya.. sepanjang koridor saya berjalan hingga saya tiba di bilik tengah tiba-tiba mata saya terarah ke atas padang (asrama kami berada di bawah bukit,padang sekolah kami berada di atas bukit)saya ternampak makhluk yang amat mengerikan (pada ketika itu mata belum rabun lagi hihi jadi memang jelas apa yang saya nampak) pakaiannya putih yang comot serta koyak rabak,rambut panjang yang menggerbang, kulit wajahnya yang terkopak-kopak dan matanya melihat ke arah saya..

Saat itu saya kelu dan terpaku, kucing itu masih bersama saya..memang eye to eye dengan makhluk tu. Ntah macam mana saya mempunyai kekuatan dan terus berlari mendapatkan rakan-rakan yang sudah selesai dengan rondaan mereka.

Kebetulan pula lokasi kami berkumpul itu lebih jelas dan dekat untuk melihat ke atas padang.. saya dengan keadaan cemas menyuruh mereka melihat ke atas,pada waktu itu makhluk itu terbang ke pagar padang tersebut.

Tapi rakan-rakan saya menafikan mereka tidak melihat apa-apa di situ..OMG nampaknya hanya saya seorang je yang nampak? Setelah menceritakan kepada mereka semua bergegas kembali ke bilik masing-masing..Pada malam itu saya tidak tidur dan terkumat-kamit,membaca ayat kursi.

Saya dapat rasakan makhluk itu di dalam bilik saya dan duduk di atas locker tapi saya takut untuk bertentangan dengan makhluk itu lagi..Alhamdulillah saya tidak mengalami demam atau sebagainya selepas kejadian itu..

Pada saya peristiwa ini memberi pengajaran untuk berhati-hati,apabila berkata-kata dan saya tak sanggup untuk melihat wajah menakutkan itu lagi.
sejak hari itu, saya menjaga percakapan saya dan percaya makhluk itu wujud kerana dia juga diciptakan oleh Tuhan yang sama menciptakan kita..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience