Get the app for full experience
Pagi ini agak mudah sedikit Izara bangun dari tidurnya.Mungkin kerana Izara tidak mahu hal semalam terjadi lagi. Apa lagi sekarang ia berada di rumah Wan bukan di rumahnya sendiri. Pagi ini Izara tidak boleh menunaikan sembahyang subuh kerana tetamu bulannya datang. Jadi Haziq sembahyang berjemaah bersama Wannya sahaja. Sementara Izara pula pergi ke dapur untuk membancuh air kopi. Kerana semalam Mak Su sudah memberitahu di mana tempat kopi dan gula. Dan Mak Su juga memberitahu bahawa Wan dan Haziq suka minum air kopi di awal pagi. Izara memasukkan air didalam cerek lalu di letakkan di atas dapur gas. Izara ...