Completed
5217
“ siapa ahli keluarga nur ameena kaisara ?” tanya salah sorang doktor yang merawat ameena . “ saya “ rashid berdiri lalu menghampiri doktor mira . “ oh encik . cik mira kena tahan wad dalam 3 hari untuk pemeriksaan lebih lanjut kerana keadaan dia lemah beberapa hari ini , encik boleh ikut saya ke kaunter untuk daftar “ rashid mengikut doktor mira ke kaunter
“ sayang , kenapa ameena macam ni ? Abang ingat lepas kita berpisah . Ameena makin kuat tapi ameena makin lemah . Abang minta maaf sebab cerai kan sayang . Abang ada sebab em “ rashid menunduk kan kepala nya . “ kau buat apa dekat sini ha ras ? “ suara ikin terdengar di belakang . Rashid terus berdiri “ aku terserempak dengan dia dekat kafe pastu dia pengsan . Aku bawak lah datang sini “ jelas rashid
“ tak payah bagi alasan . Aku nak kau pergi dari sini . Jangan muncul depan mena lagi , tahu tak setiap malam dia asyik mimpi kan kau , menangis semua tu . Dan pagi tadi badan dia panas sangat . Semua sebab kau !!! “ marah ikin . “ aku ada sebab kin . Bukan aku nak pun cerai kan mena , kau tahu kan dia cinta pertama aku “ jelas rashid . “ ha aku tak nak percaya , kau keluar sekarang ! “ ikin memberi isyarat untuk keluar
“ ameena , semua nya akan okay . Kau jangan risau . Aku tetap ada di sisi kau , aku tak kan benar kan rashid dekat dengan kau lagi lepas ni sebab aku tahu seksa nya macam mana . Kau rehat ye “ ikin menarik selimut ameena ke atas . Tanpa sedar , air mata ameena turun
Share this novel