ABD 27: MENYESAL KAHWIN DENGAN SAYA?

Romance Completed 1572856

KHABAR angin tentang Miya dan Adrian akhirnya berhenti setelah pemecatan Zaki, Azlan, dan Aini. Tiada sesiapa lagi yang berani bercakap tentang itu secara terang-terangan. Namun tatapan sinis dan menghakimi terhadapnya tetap tidak luput. Biarlah. Kejian dan cemuhan itu tidak sampai ke telinganya saja sudah cukup bagus. Bagaimana orang mahu memandangnya, dia tidak peduli.

Adrian pula tidak menjelaskan apa-apa tentang pemecatan itu. Miya juga malas bertanya. Mahu berterima kasih juga dia tidak berani kerana bimbang dituduh perasan, walaupun semua orang tahu, tiga orang itu dipecat kerananya.

Entahlah, buat masa ini Miya tidak mahu mendengar kata-kata pedas, sinis atau menyakitkan hati dari mulut Adrian. Lebih baik dia menjaga hati sendiri dan menjalani beberapa bulan yang bersisa ini dengan tenang.

.
. .

BEBERAPA hari sebelum cuti sekolah berakhir, Lora akhirnya pulang dari Eropah. Adrian dan Miya menjemputnya di rumah Datin Fauziah selepas waktu bekerja. Sebaik sahaja melihat kelibat Miya di ruang tamu, Lora berlari menuruni tangga dan terus menerpa ke arah ibu tirinya itu.

“Omma, I miss you!”

Tersenyum, Miya mendepangkan tangan lalu menyambut Lora ke dalam pelukannya.

“I miss you too, lil’ girl," ujarnya.

“Hey, don’t you miss me?” Sebal Adrian apabila Lora langsung tidak memandangnya. Terasa seperti dia pula bapa tiri dan Miya ibu kandung Lora.

Toleh ke arah daddynya, Lora berkata, “I’m sorry, daddy. I was so excited to see omma, and I didn’t notice you.”

Kata-kata Lora itu membuat Datin Fauziah dan Datuk Faruk tertawa. Miya pula tidak berani ketawa apabila melihat muka Adrian sudah berubah rona. Bulat mata lelaki itu memandang Lora.

Mendekati Adian, Lora memeluk daddynya itu.
“I miss you, daddy. Lain kali Lora nak pergi bercuti dengan daddy and omma,” ujarnya.

Adrian yang bengang dengan kelancangan anaknya tadi akhirnya tersenyum.

“Sure, honey.”

“I bought gifts for both of you.” Tanpa menunggu balasan, Lora terus berlari menuju ke biliknya di tingkat atas.

Anak mata Miya memerhatikan langkah Lora menaiki tangga. Cara dia berlari saja sudah menggambarkan betapa gembira dan terujanya anak itu. Tanpa sedar kedua-dua sudut bibir Miya terangkat. Lora seorang anak yang lincah dan bijak. Sungguh berbeza berbanding ketika kali pertama dia melihat anak itu di hari pernikahannya dengan Adrian beberapa bulan lalu. Lora bertuah memiliki keluarga yang penyayang walaupun ibunya sudah meninggal dunia. Keluarga Adrian, keluarga Dahlia, melimpahi Lora dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Sungguh dia cemburu dengan gadis kecil itu. Dia tidak pernah melalui zaman kanak-kanak yang indah. Dunia kanak-kanaknya hanya dipenuhi tangisan, luka, dendam, dan kebencian.

“Miya.”

Suara Datin Fauziah itu membuat Miya tersentak sehingga terjongket sedikit bahunya. Memandang Datin Fauziah, bibirnya spontan mengukir senyum. Sejenak, Datin Fauziah terpesona. Wajah lembut dan ayu itu memiliki aura dan pesonanya yang tersendiri yang mampu memukau sesiapa sahaja yang memandang.

“Ya?”

“Auntie ada belikan hadiah untuk Miya.” Datin Fauziah menghulurkan sebuah kotak yang berbalut cantik.

"Oh, susah-susah je. Thank you, auntie," ujar Miya sambil menyambut kotak yang dihulurkan Datin Fauziah.

“Auntie yang sepatutnya ucap terima kasih pada Miya sebab tolong jaga Lora. You know what, masa dekat Europe, dia asyik cerita pasal Miya. Bila kami pergi makan kek, dia akan cakap omma also good at baking. Her cupcakes taste better than this. Bila dia nampak bunga lili, dia akan kata omma loves lilies. Our house is full of lilies. Omma loves this, omma hate that. Oh god, even the strangers would know you very well when they heard her talked about you.”

Tertawa Miya mendengarnya. “She always like that. When she was with me she’ll talk about you, her teachers, friends. And I got to know all her friends. Good friends, ordinary friends, so-so friends.”

“Yup. Dia dah lama tak bercakap sejak ibu dia meninggal. Thanks to you, for bringing back our cheerful Lora.”

“Don’t mention that, auntie. It’ just a matter of time. I did nothing. She’s a good, brilliant, and cheerful girl naturally.”

Kemunculan Lora yang membawa dua kotak hadiah berbalut cantik, membuat perbualan mereka terhenti di situ.

“This is for you..” Lora menghulurkan sebuah kotak yang dibalut dengan kertas berwarna biru kepada Adrian. “And…This is for you..” Kotak yang dibalut dengan kertas berwarna merah jambu pula dihulurkan kepada Miya.

“Thank you, sweetie,” ujar Miya sambil mencubit pipi Lora.

“Jangan buka sekarang. Buka dekat rumah,” ujar Lora apabila melihat Miya mula menanggalkan riben di atas kotak itu.

Perbuatan Miya terhenti. “Oh okey. Boleh omma tahu kenapa?”

“Because it’s a surprise.”

“Alright. Nanti omma buka kat rumah.” Miya akur.

“Adrian, Miya. Apakata malam ni makan kat sini?” Datuk Faruk yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati, akhirnya bersuara.

"Ermmm..." Adrian menggaru pelipisnya; cuba mencari alasan untuk menolak.

"Dah nak dekat waktu dinner. Makan kat sini je. Mama punya maid dah masak banyak," ujar Datin Fauziah, bagai tahu Adrian mahu menolak pelawaan suaminya.

Keberatan, namun akhirnya Adrian bersetuju. Walaupun dia tidak mahu Miya begitu rapat dengan keluarga Dahlia, tetapi dia tidak tergamak untuk menolak pelawaan Datuk Faruk dan Datin Fauziah. Melihat hangatnya layanan mentuanya itu, sepertinya keluarga Dahlia sudah mula menyukai Miya. Entah apa yang ada pada Miya sehingga ramai orang sukakannya. Miya tidaklah terlalu peramah atau bermulut manis; Hanya bercakap apabila perlu atau jika ditanya sahaja. Selebihnya, dia hanya diam dan kadang-kadang tersenyum. Berbeza dengan Dahlia yang senang berkawan dan bergaul dengan sesiapa sahaja. Ah, mengapa dia kerap membandingkan Dahlia dengan Miya kebelakangan ini?

SELESAI makan malam di rumah Datuk Faruk, mereka meninggalkan villa mewah itu ketika jam sudah menunjukkan hampir pukul sembilan malam. Berdiri di halaman, Datuk Faruk dan Datin Fauziah memerhatikan kereta Adrian meluncur keluar dari perkarangan kediaman mereka

“Abang suka Miya?” tanya Datin Fauziah.

“Suka.”

“Saya pun. Dia boleh jaga Lora, saya dah lega sangat.”

Datuk Faruk hanya tersenyum. Sejak kematian Dahlia, hidup dia dan isterinya agak sunyi. Mereka ada seorang lagi anak perempuan, tetapi dia lebih suka hidup bebas dan sedang menyertai misi kemanusiaan di Syria. Hanya sesekali dia pulang ke Malaysia. Itupun tidak lama. Selepas itu dia akan menyertai misi kemanusiaan yang lain pula. Syria, Palestian, Myamnar, Kemboja. Sebut sahaja, anaknya itu tidak akan ketinggalan. Datin Fauziah dan Datuk Faruk tidak pernah menghalang kegiatannya itu. Dhiya pun tidak jauh beza dengan Dahlia. Degil dan keras kepala.

“Kalau Dayanna masih hidup, mesti dia pun sebaya Miya kan?” ujar Datin Fauziah tiba-tiba. Dayanna adalah anak ketiganya yang meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

“Dia dah jadi anak syurga. Tak payah sedih,” balas Datuk Faruk; tidak mahu melanjutkan percakapan tentang anak ketiga mereka itu.

“Ermmm…” Datin Fauziah hanya menjawab dengan gumaman. Walaupun dia sudah reda dengan pemergian anak ketiganya itu, tetapi sebagai ibu, rasa sedih itu tetap bertandang setiap kali mengenang bayi mungil yang meninggal beberapa hari selepas dilahirkan, berpunca daripada tekanan darah tinggi yang dialaminya semasa hamil.

“Bagusnya kalau Miya jadi anak kita, kan?” ujar Datin Fauziah tiba-tiba.

“Kalau macam tu, awak ajaklah dia keluar selalu. Ajak dia datang rumah ke. Layan dia macam anak sendiri,” ujar Datuk Faruk. Melingkarkan tangan ke bahu Datin Fauziah, ditarik tubuh isterinya memasuki rumah.

“Hmm..” Datin Fauziah mengangguk-anggukkan kepalanya. “Betul jugak tu. Tapi..”

“Tapi apa pulak?”

“Saya dah lama nak ajak dia keluar…Tapi, saya rasa Adrian macam tak suka.” Akhirnya Datin Fauziah meluahkan juga apa yang dirasainya.

“La, kenapa dia tak suka pulak? Sepatutnya dia sukalah awak berbaik dengan isteri dia.”

“Entahlah. Mungkin perasaan saya je kot.” Datin Fauziah tidak mahu berfikir banyak. Dia sukakan Miya dan dia mahu rapat dengannya. Setidaknya kehadiran Miya dapat mengisi sedikit kekosongan hatinya selepas kematian Dahlia.

“Omma, if one day the three of us plan to go on a vacation, which country do you really want to go?” tanya Lora. Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang dari rumah Datin Fauziah. Duduk di pangkuan Miya, tangannya dilingkarkan ke leher ibu tirinya itu.

“Banyak...Europe, Korea, Japan, Australia, Turkey, UK...But the place that I really want to go is…..” Tidak meneruskan kata-katanya, Miya kelihatan berfikir-fikir menyebabkan bukan hanya Lora, malah Adrian juga tertunggu-tunggu. Namun dia hanya memasang wajah selamba seolah-olah langsung tidak mengikuti perbualan antara dua orang itu.

“...is?” Lora kelihatan tertunggu.

“Kaukenhauf.”

"Oh...Lora ada pergi Kaukenhauf hari tu. The gift I bought you, was from Kaukenhauf."

"Really? Wow, can't wait to see what's inside."

Tersenyum Lora mendengar kata-kata Miya. Bangga melihat Miya teruja menerima hadiahnya.

"Kenapa omma nak pergi Kaunkenhauf?"

“Because I love flowers, especially lilies. But lilies only bloom in May. So, kalau nak pergi sana, omma akan pergi bulan Mei.”

“Why do you like lilies?”

“Because I was born in May and lilies also bloom in May.”

“Omma pun cantik macam bunga lili putih."

Tersenyum Miya dengan kata-kata manis Lora.

“Dari mana belajar jadi sweet talker ni? I’m sure it’s not from your daddy.”

Lora mengekek. Adrian pula toleh dengan wajah sebal. Dia tidak masuk campur dalam perbualan itu, mengapa pula nama dia dikaitkan?

“Of course she learned it from me,” ujarnya.

“Is that true Lora?” tanya Miya.

“Yeah..It’s true.”

"See..." Bangga Adrian dengan jawapan Lora.

“But daddy also learned it from you.”

Pecah tawa Miya dengan jawapan Lora. Mengangkat kedua-dua tangan Lora, dia bersorak perlahan; sengaja mahu membuat Adrian panas, “Yayyy!! We’re in the same team. Tomorrow omma will reward you with cupcakes, okay?”

Bersinar mata Lora mendengar kata-kata Miya. “Really?”

“Yes!”

“Can I decorate the cake?”

“Sure. ”

“Woww..woww…I can’t wait.” Lora bersorak gembira sambil melonjakkan tubuhnya di atas paha Miya.

“Lora, don’t do that. You’re heavy.”

“I’m sorry..I’m sorry..” ujar Lora lalu memeluk leher Miya.

Adrian hanya memerhati dengan ekor matanya. Sejujurnya dia senang melihat kemesraan Miya dan Lora, tetapi pada masa yang sama hatinya tetap resah. Lora seolah-olah sudah melupakan ibu kandungnya, Dahlia. Dalam hati Lora, seolah-olah hanya ada Miya. Bagaimana jika dia menceraikan Miya nanti? Apa yang akan berlaku kepada Lora?

“Daddy, bila birthday omma?” tanya Lora. Ketika itu dia sudah berbaring di katil dengan ditemani daddynya.

“I don’t know.” Adrian tidak berbohong. Dia tidak tahu bila hari lahir Miya dan tidak pernah cuba mengambil tahu.

“Boleh tak daddy tolong tanya?”

“Why?” Menarik Lora ke dalam pelukan, belakang tubuh anaknya itu diusap lembut. Selalunya cara itu akan membuat Lora cepat terlelap.

“Sebab Lora nak bagi omma hadiah.”

“Do you like her?” tanya Adrian.

“Mula-mula tak suka. Sekarang dah suka.”

“Kenapa dulu tak suka?”

“She’s too beautiful. I’m afraid that you’ll like her more than you like me.”

Jawapan Lora itu membuatkan Adrian tertawa.

“How could it be. You’re my daughter. I will love you and like you more than anyone and anything else in this world.”

“Kawan-kawan Lora kata ibu tiri semua jahat. Sebab tu Lora takut dan tak suka dia dulu.”

“So, what do you think about her now?” Adrian mahu tahu pandangan Lora tentang Miya.

“Dia comel, dia baik. She doesn't look like a bad step mother.”

“Lora suka dia sebab dia buatkan cupcakes untuk Lora, kan?”

“That’s one of the reason.”

“Another reason?”

“Dia pandai masak.”

“Lagi?” Rambut panjang Lora disikat dengan jemarinya. Setiap malam dia akan berbual dengan Lora sehingga anaknya itu tertidur.

“Dia pandai bercakap. She has the answers for everything.”

Adrian tersenyum. Dia mengakui kata-kata Lora itu. Miya agak pendiam dan kurang bercakap, tetapi apabila dia mula bercakap, dia akan ada jawapan untuk semua persoalan.

“I agree with you.”

Lora mengangkat sedikit mukanya memandang Adrian.
“If you like her more than you like me, I’m not jealous anymore.”

“No. You are my favourite girl forever and I won’t like other girls or women more than I like you and your mummy.”

“But I like omma. I want her to be my omma forever.”

Adrian tidak terkejut dengan kata-kata Lora itu, kerana sejak akhir-akhir ini dia dapat melihat kemesraan antara Lora dan Miya. Lora sentiasa meletakkan Miya di hadapan untuk setiap perkara yang dilakukannya. Sikit-sikit omma. Itu omma. Ini omma. Malah. dia sudah mula melihat kebiasaan Miya pada Lora. Contohnya, mengelap pemegang pintu sebelum membuka pintu kereta atau pintu rumah. Lora ibarat tape kosong yang merekod semua kelakuan Miya dan menirunya. Dia gusar. Tempoh setahun akan berlalu dengan cepat dan bagaimana dia mahu menceraikan Miya jika Lora benar-benar menyayanginya?

.
. .

SESUAI janjinya, Miya membuat kek cawan dan membenarkan Lora meletakkan krim hiasan di atas kek mengikut kreativitinya. Duduk berjuntai kaki di atas kitchen counter, Lora memerhatikan Miya yang menunjukkan cara meletakkan krim di atas kek dengan wajah teruja. Tidak sabar dia mahu menghias keknya sendiri. Hari ini dia bangun lebih awal daripada biasa tanpa perlu dikejutkan kerana otaknya sudah membuat tetapan, pagi ini dia mahu membuat kek cawan. Sepanjang malam otaknya dipenuhi dengan kek cawan.

“Omma pandailah,” ujarnya

“Mestilah. This is not just omma, but super omma,” jawab Miya dengan nada bergurau; mengerling Lora sekilas sambil tangannya menekan piping bag.

“When I grow up, I want to be like you.”

“Why? Sebab omma pandai buat cup cakes?” duga Miya.

“Yeah. Apart from that, you’re smart and beautiful, you’re kind to me and my daddy, and Lora tak pernah nampak omma marah.”

Tersenyum Miya dengan kata-kata Lora. Ah, berkata manis ini sepertinya sifat Adrian yang diturunkan kepada Lora. Lelaki itu, jika baik anginnya, segala kata-kata dan perlakuannya sangat manis.

“Lora, let me tell you one thing okay? Kita kena selalu jadi baik dan jangan sakitkan hati orang lain dengan kata-kata atau perbuatan kita. Good people will bring out the good in other people. Means that, kalau kita buat baik, orang pun akan buat baik dengan kita. you got that?"

Lora mengangguk faham.

“Now, wash your hands, and get ready to decorate the cake.”

Bersinar mata Lora mendengar kata-kata Miya. Segera dia melompat turun dari kitchen counter lalu menuju ke sinki untuk mencuci tangan.

Berdiri di belakang Lora, Miya membantu anak tirinya itu menggosok tangannya sehingga bersih.

"Letak sabun dulu, then gosok tapak tangan, gosok celah-celah jari...Lepas tu gosok kuku dekat tapak tangan, macam ni..." Miya membantu menggosok tapak tangan Lora dengan kukunya membuat anak itu terkekeh-kekeh geli.

"Wash your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Wash your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Wash your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Wash your hands

Grab some soap, doo, doo-doo, doo-doo
Grab some soap, doo, doo-doo, doo-doo
Grab some soap, doo, doo-doo, doo-doo
Grab some soap

Rub your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Rub your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Rub your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Rub your hands

Rinse your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Rinse your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Rinse your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Rinse your hands

Dry your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Dry your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Dry your hands, doo, doo-doo, doo-doo
Dry your hands."

Riuh dapur itu dengan nyanyian lagu berentak baby shark itu dan tawa ria mereka. Suasana hanya bertukar sunyi apabila Lora mula fokus menghias kek cawannya.

MELALUI telefonnya, Adrian melihat video Lora dan Miya di dapur rumah mereka. Ketika itu dia berada di dalam kereta menuju ke sebuah hotel untuk bertemu dengan clientnya dari Cape Town. Dia tidak pernah meninggalkan Miya berdua dengan Lora, jadi dia telah meletakkan kamera tersembunyi di ruang tamu, dan dapur untuk mengawasi Miya. Bimbang jika Miya berbuat tidak baik kepada Lora. Keterlaluan, bukan?

Walaupun setelah lebih setengah tahun berkahwin, dan dia tahu Miya wanita yang baik, tetapi tetap dia mahu berwaspada. Miya bukan ibu kandung Lora, jadi tidak mungkin Miya akan sesabar Dahlia dalam menangani karenah Lora. Katalah dia berburuk sangka, tak apa.

Namun, melihat video Miya berdiri di belakang Lora dan memegang tangan gadis kecil itu untuk membantunya meletakkan krim di atas kek, nampak jelas keakraban dan kemesraan mereka. Miya melayan Lora dengan baik dan mesra walaupun dia tidak ada bersama. Miya tidak hipokrit melayan anaknya itu; bermakna Miya benar-benar ikhlas menyayangi Lora.

Bersandar pada tempat duduknya, Adrian membuang pandang ke luar. Miya benar-benar telah mencuri hati orang yang terdekat dengan Dahlia. Lora, Datin Fauziah, Puan Sri Bethanie, malah dia juga. Walaupun dia berkali-kali mengingatkan dirinya bahawa Miya tidak mungkin dapat menggantikan Dahlia, tetapi dia tetap tidak dapat menahan dirinya apabila bersama Miya.

Miya seperti magnet, dan dia pula seperti serbuk besi yang akan terus tertarik ke arah Miya sebaik sahaja dia mendekatinya. Dan apabila bersama Miya, bayang Dahlia akan segera hilang dari fikirannya. Rasa bersalah kepada Dahlia membuat dia tidak pernah menukar gambar Dahlia sebagai penghias skrin telefonnya. Dia mahu Dahlia sentiasa hidup dalam dirinya dan Lora.

SEMENTARA menunggu dulang pertama kek cawan mereka masak, Miya masuk ke biliknya sebelum keluar membawa beg kertas berisi gaun-gaun yang dibelinya untuk Lora tempoh hari.

"Lora...Omma got something for you," ujarnya lalu menghulurkan beg kertas itu kepada Lora.

Tanpa bertanya, Lora langsung membuka beg kertas itu. Bersinar matanya mengeluarkan satu persatu gaun yang dibelikan Miya.

Miya tersenyum senang melihat reaksi Lora. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia suka.

"Do you like it?" tanya Miya.

"I love it. Thanks omma."

"You're welcome. Nanti pakai tau."

Lora mengangguk laju.

"Omma dah buka hadiah Lora?"

"Oh..." Melekapkan tapak tangannya ke dada, Miya baru teringat hadiah yang diberikan Lora semalam belum dibuka. "...Belum. Sekejap, omma pergi ambik." Bangun dari duduknya, Miya berlari ke biliknya sebelum kembali semula dengan hadiah dari Lora.

"Omma buka sekarang ek?"

Lora mengangguk dengan wajah teruja. Tidak sabar dia mahu melihat reaksi Miya dengan hadiah yang dibelinya.

Dengan cermat Miya membuka kertas pembalut, sebelum penutup kotak dia buka. Sepasang klip rambut bertatah batu swarovski berbentuk bunga lili menghiasi pandangannya membuat Miya tersenyum.

"Lora, it's so beautiful. Thank you..."

"You like it?"

"Like it? No! I love it!"

Kembang hati Lora melihat reaksi Miya. Bangga kerana Miya menyukai hadiah pertama darinya.

"Omma pun kena pakai tau."

"Okay sayang."

MENDENGAR bunyi bip, petanda kata laluan pintu dibuka, Lora segera berlari ke pintu. Melihat daddynya melangkah masuk, segera dia meluru dan menarik tangan daddynya itu ke dapur. Terkedek-kedek Adrian mengekori langkah anaknya itu.

"Lora...Kenapa ni?"

Tidak menjawab, Lora menarik kerusi dan menyuruh daddynya duduk sementara dia membuka peti sejuk dan mengambil sebuah bekas yang berisi kek cawan yang dibuatnya bersama Miya pagi tadi. Dia benar-benar tidak sabar mahu daddynya merasa kek cawan itu.

“Daddy, you have to taste my cup cakes. I baked it and omma allowed me to decorate it. It’s delicious.”

“Wow. Really?"

Membuka bekas yang berbentuk segi empat panjang itu, dia mengambil sebiji kek cawan dan diletakkan di depan daddynya.

"Lora buat ni?" tanya Adrian sambil memandang kek dengan krim berwarna pink itu dan ditabur dengan sprinkle warna yang sama. Hiasan krimnya tidak begitu kemas, tetapi masih boleh dibanggakan untuk pencapaian kanak-kanak berusia lima tahun.

“Yup. Cantik tak?” tanya Lora apabila melihat Adrian merenung kek itu agak lama.

“Cantik. Nampak sedap. Can I taste it?” tanya Adrian.

Lora mengangguk laju dengan senyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang putih teratur. Menghulurkan sudu kecil kepada Adrian, dia berdiri di sisi daddynya itu. Sedikitpun tidak dialihkan tatapannya daripada wajah Adrian; tidak sabar mahu melihat dan mendengar reaksi daddynya itu. Teruja tetapi pada masa yang sama mengharap. Mengharap pujian dan respon positif dari daddynya.

“Macam mana?” tanyanya tidak sabar.

Adrian mengecilkan matanya, sambil memapar riak wajah seperti sedang berfikir. Lama. Sengaja dia melakukan begitu untuk mengusik Lora.

“Daddy….” Lora mula merengek apabila tidak mendapat apa-apa respon dari daddynya.

“Hmmmm….” Adrian mengangguk-angguk sambil menyuap sesudu lagi kek cawan ke dalam mulutnya. Mengunyah perlahan, riak wajahnya tetap seperti tadi. Sesuap demi sesuap masuk ke mulutnya sehingga akhirnya kek itu habis.

“What do you think?” Adrian memandang Lora sambil menunjukkan cawan kertas yang sudah kosong.

“Mesti sedap kan?” ujar Lira dengan wajah berseri-seri.

“Yummy,” ujar Adrian. Peluk tubuh Lora, pipi anaknya itu dicium bertubi-tubi.

“Daddy, you’re spreading the cream cake to my face!”

“Let me lick it back.” Adrian mengacah untuk menjilat krim dari wajah Lora, tetapi Lora segera menjauhkan wajahnya.

“Daddy!!”

Adrian tertawa. Sudah lama dia tidak bergurau begitu dengan Lora sejak kematian Dahlia. Selalunya Lora tidak mengendahkan gurauannya. Muka ketat, jeling tajam, Lora langsung tidak memberi reaksi kepada sesiapa yang bercakap dengannya. Paling tidak pun, dia hanya mengangguk atau menggeleng.

Melihat Lora sekarang, dia tahu dia terhutang budi dengan Miya. Miya yang mengembalikan Loranya. Mengingat Miya, mata melilau mencari kelibat isterinya itu di sekitar dapur, namun tidak ada.

"Mana omma?" tanyanya.

“Mandi.”

Adrian bangun dan menuju ke biliknya. Miya sudah selesai mandi dan sedang mengeringkan rambut.

“You’re back,” ujar Miya selepas memperlahankan volume pengering rambutnya.

“Hmm..” Adrian melabuhkan punggung di sisi katil dan membuka butang lengan kemejanya. “Today is my grandfather’s birthday. My mom invited us for the birthday celebration tonight at the Villa.”

“Okay.” Miya tidak banyak bertanya.

“Adik saya pun baru balik dari US. So, this celebration is more to family gathering.”

"Oh..." Miya malas bertanya banyak, kerana bimbang dikata menyibuk.

Selesai mengeringkan rambut, diangkat punggungnya dari kerusi. Walk in closet dia tuju. Sehelai tuala ditarik keluar sebelum kembali ke bilik dan menghulurkan tuala itu kepada Adrian.

“My younger brother also majored in marketing. Tapi lepas graduate, dia terus sambung master. He actually looking for an excuse because he is not really interested in family business.” Adrian bercerita serba sedikit tentang adik lelakinya.

“Why? Isn’t it good to manage a family business? Tak payah susah-susah cari kerja,” ujar Miya sambil mencabut plug pengering rambut, menggulung wayarnya sebelum disimpan di dalam laci meja solek.

“I don’t know. The way he thinks is a little bit weird. You will know him later.” Adrian ketawa kecil memikirkan adiknya, Adam. Adam agak lepas laku dan suka hidup bebas tanpa terikat dengan status kebangsawanan keluarga mereka.

Daripada cerita mama, katanya Adam pernah mempunyai teman wanita, tetapi hubungannya dengan teman wanita itu teputus selepas lima tahun menjalin hubungan. Entah apa sebabnya, dia tidak tahu. Mungkin teman wanitanya terlalu cemburu. Adam sentiasa menjadi perhatian ramai gadis kerana sikapnya yang peramah selain wajah yang tampan yang diwarisi dari papa mereka.

“Are you sure he is weird? Or you’re the one who is weird. Basically, weird people always thinking that other people are weird.”

Kata-kata Miya itu membuatkan mata buntang mata Adrian memandangnya. Miya benar-benar semakin berani sekarang ini.

“Awak makin berani sekarang ya.”

“Saya cuma tanya.” Miya berlagak selamba tanpa menunjukkan rasa takut atau bersalah seperti selalu.

“Sejak bila awak jadi macam ni?” Adrian juga tidak menunjukkan reaksi marah. Cuma, dia merasakan Miya sudah agak berbeza dengan Miya yang dikenalinya beberapa bulan dulu, ketika di awal pernikahan mereka. Perubahan yang agak baik juga dan dia sukakannya. Sekurang-kurangnya Miya tahu bergurau dan mengusiknya walaupun ianya menyakitkan hati. Tidaklah dia merasakan Miya seorang wanita yang lurus dan naif.

“I was born like this, if you want to know.”

“Really?” Adrian mengecilkan matanya.

“Yes.”

“Tapi dulu awak tak macam ni.”

“Dulu, awak macam orang asing bagi saya. Saya baru jumpa awak dua kali then terus kahwin. Saya tertekan dan saya perlukan masa untuk hadam semua benda baru dalam hidup saya. Jadi isteri awak dan jadi ibu segera kepada Lora.”

Adrian memandang Miya lama, tanpa berkedip. Benarkah begitu? Dia tidak pernah terfikir perkahwinan yang tergesa-gesa itu memberi satu tekanan kepada Miya. Apa yang dia tahu, dia akan dapat hak penjagaan Lora dan Miya mesti menjalankan tanggungjawab sebagai isterinya dan ibu kepada Lora. Lagipun, Miya tidak pernah nampak tertekan.

“Kenapa awak tak pernah beritahu saya yang awak tertekan?”

Miya ketawa ringan, “Tak penting pun. I'm used to it.”

Jawapan Miya bersahaja, wajahnya juga tidak menunjukkan sebarang reaksi marah atau kecewa.

“Awak menyesal kahwin dengan saya?” duga Adrian.

“Saya tak pernah menyesal dengan keputusan yang saya buat untuk hidup saya.”

“Saya nak jawapan yang accurate. Saya tak peduli dengan keputusan lain dalam hidup awak. Saya cuma nak tahu,sama ada awak menyesal kahwin dengan saya?” Adrian mengulangi pertanyaannya.

“Saya tak menyesal.”

Adrian merenung Miya. Cuba mencari kejujuran di sebalik wajah tenang itu.

“I really think so. Saya tak menyesal. Stop staring at me like that.” Miya ketawa kecil.

“Okay, I trust you."

“How about you?” tanya Miya pula.

“About me?” Adrian kurang mengerti.

“Awak menyesal kahwin dengan saya?”

“Kenapa nak menyesal. Saya dapat hak penjagaan Lora kerana awak."

Tersenyum Miya dengan jawapan itu. Senyumannya bersahaja, tetapi hanya dia yang tahu apa yang ada dalam hatinya. “I’ll go check on Lora and get her ready.” Miya bangun dan terus melangkah keluar.

Miya keluar, Adrian menjatuhkan tubuhnya ke katil. Semakin hari, dia semakin menyenangi Miya. Semakin dia menolak, semakin kuat rasa itu mengasak.

Ah, perasaan apakah ini?

Tidak! Tidak! Dia tidak boleh membiarkan perasaan ini terus lancang mendominasi ruang dalam hatinya sehingga mengambil ruang yang sudah lama terisi dengan nama Dahlia.

Menggelangkan kepalanya beberapa kali, Adrian merapatkan kelopak matanya; cuba mengembalikan Dahlia ke dalam kotak fikirannya.

Share this novel

norsila
2022-09-07 11:28:08 

hehehe cinta dah wujud...huuu

Aisyah Esya
2022-09-06 23:56:17 

cinta la tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience