New Member

Drama Completed 1121

Azem terkejut. "Weh, tak boleh lah!! Aku sekumpulan dengan Alex!! Pergilah ambil Harith!"

"Ye? Pandaikan aku? Tahu - tahu je kan?" kata Harith dengan senyuman manisnya.

"5 nyanyi, 3 beat!! Aintan, Harith, Aku dan Anas serta Hajar. Airul, Najwa dan Aqil Irfan beat tau!!!" Hannah berkata sambil menyusun mereka mengikut tugas - tugas yang diberi.

"Okay, Hannas. Sahabatku yang comel lagi berpaksikan kepandaian!!" balas Intan dengan secepatnya.

Cikgu Nurafeeza berdiri di hadapan murid - murid sambil memegang rotan.

"Adakah saya menyuruh kamu semua BISING?! Ketua kumpulan sila daftar nama kumpulan ke Cikgu Azrul." marah Cikgu Nurafeeza. "Yang lain, beratur mengikut kumpulan sendiri!!"

Kumpulan Lapan Teman, Geng Budak PUBG dan Strawberry Girls dimasuk ke Slot 1. Kumpulan KPOP Fans, Aku cinta pizza dan Geng Beyblade dimasukkan ke Slot 2. Akhir sekali, kumpulan Power Komik, Geng Cute TikTok dan Sweet But Psycho dimasukkan pula ke Slot Ketiga.

"Okay, tajuk pertama adalah 'I love the Classics' dalam Bahasa Inggeris. Kumpulan yang akan bermula adalah Kumpulan Strawberry Girls!!" kata Akak Senior yang ditugaskan.

Isfarisya menolak semua ke tepi dan menyanyi lagu 'I Will Always Love You'.

Isfarisya : And I...Will always
Love you, oohh
Will always
Love you
You
My darling you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience