Rate

Siapakah itu?

Horror & Thriller Series 1960

Aku dengan segera masuk ke dalam khemah pertama itu dan memulakan operasi aku. Melalui celahan lubang itu jelas sekali aku lihat susuk tubuh seorang wanita sedang membelakangi aku. Hanya dia seorang sahaja. Aku menjadi hairan mengapa kawasan perkhemahan pelajar puteri masih lagi gelap gelita hanya diterangi cahaya bulan. Di bawah cahaya bulan itu, jelas kelihatan wanita yang ku lihat sebentar tadi menoleh sedikit demi sedikit sehingga kami bertentangan mata. Renungan matanya yang sangat merah bagaikan darah membuatkan aku terkejut. Aku bagaikan terkunci kerana aku tidak boleh berbuat apa apa sehingga menutup mata sekalipun aku tak boleh. Mataku hanya terbuka luas sambil direnungi perempuan itu yang lama kelamaan menghampiriku. Mulutku terkumat kamit membaca ayat ayat suci yang aku ingat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience