Rate

BAB 4

Romance Series 3549

Haizrith melangkah masuk ke dalam rumah setelah selesai memakirkan keretanya .Dia menuju ke sofa di ruang tamu untuk melepaskan penat .Belum sampai beberapa minit bondanya melangkah menuju ke sofa di mana Haizrith sedang duduk .Bondanya mula duduk di sisi Haizrith. Haizrith melihat bondanya dengan pelik .'Tak pernah pernah bonda duduk dengan aku selepas aku balik kerja macam ini ,apa pulak mimpi orang tua ni?'Haizrith bermonolog di dalam hati. Dia memusingkan badannya menghadap bondanya.
"Ye ,bonda nak apa ni ?"Haizrith menyoal bondanya sebelum bondanya membuka mulut .Dia menanti balasan jawapan daripada bondanya.
" Aiyith dah jumpa ka calon menantu untuk bonda .Ingat Aiyith umur awak tu bukan makin muda tapi mukin tua .Cuba bayangkan sekarang umur dah nak masuk tiga puluh tahun tapi tak kahwin kahwin lagi .Kalau bonda tutup mata sebelum Aiyith kahwin ,hurm tak tenang roh bonda Aiyith ."Bondanya menutur perlahan beserta nada .Dia menatap wajah anak sulungnya dengan sayu .
Haizrith tertawa lepas mendengar jawapan bondanya .Walaupun dalam hati dia memberontak tetapi dia menyelindunginya dengan melayan telatah bondanya ."Bonda,please lah faham keadaan Aiyith. Bila sampai masanya nanti Aiyith akan terus suruh Bonda dan Ayahanda masuk meminang .Lagi satu tak logik lah Bonda nak tutup mata awal sangat ,Bonda Aiyith kan masih muda lagi .Jangan lah nak susahkan diri Bonda untuk fikir masa depan Aiyith ."Haizrith menarik Bondanya lalu memeluk bondanya seumpama melayan budak kecil .
"Ish Aiyith ni ,orang serious dia buat main main pulak .Aiyith kenapa tak nak kahwin .Aiyith masih terkenangkan perempuan tu ka ?Lupakanlah Aiyith jangan seksa diri Aiyith .Cuba lah buka pintu hati untuk terima kenyataan dan terimalah perempuan lain dalam hidup Aiyith tu ." Tengku Amani menempelek anaknya dengan pelahan .Dia bingkas bangun dari situ lalu menuju ke atas .
Haizrith merenung jauh masa silamnya .Adakah betul apa yang bonda katakan tadi .Perlu ka aku bukakan pintu hatiku untuk orang lain.Haizrith mengusap mukanya perlahan .Runsing pemikirannya memikirkan tentang masa hadapannya dan menjaga hati Bonda dan Ayahanda nya yang meninginkan menantu .Bila dia menyuruh adiknya yang lain kahwin dahulu sebelum dia,pasti dia akan di beri tentangan habis habisan .Antara alasan yang selalu dia dapat 'Mana boleh angah dengan achu kahwin dulu sebelum Aiyith. Aiyith anak sulung jadi Aiyith yang perlu dapatkan menantu sulung untuk kami jangan bagi alasan yang tak patut ' Haih ,hidup hidup .Haizrith melangkah keluar dari ruang tamu dia melangkah ke tingkat atas untuk ke biliknya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience