Bab 4

Romance Completed 4519

"Mummy."Adam memanggil dengan suara yang sangat lemah."ye Adam."sahut Mummynya yang mula melabuhkan punggung dan duduk bersebelahan dengan Adam dibirai katilnya."Adam jatuh cinta dekat tunang orang,Mummy."Adam mula menitiskan air mata,sesungguhnya kebenaran amat menyakitkan."Adam sabar lah ya.Semua yang berlaku ada hikmahnya Adam."Mummynya membelai lembut belakang Adam dan memeluk anaknya yang sedang menangis terkedu-kedu.
"Bella,aku nak balik kampung ya.Aku nak uruskan majlis perkhawinan aku dengan Noah.Nanti jangan lupa datang ya."Keisha menarik beg bagasinya ke ruang tamu.Keisha memeluk sahabat baiknya itu dengan pelukan yang sangat bermakna."ok,bawak kereta hati-hati ya."Arabella yang meiringi Keisha hingga ke depan pintu rumah itu mengangkat tangannya dan melambai kearah sahabat baiknya.
"hello,Adam.I nak ajak you dinner malam ni,boleh?"suara gedik itu menjelma ditelinga Adam.Geli yang teramat jijik."yelah,jangan datang lambat.I ada urusan dengan manager i nanti."Adam yang malas dengar pujuk rayu gedik Adelia itu terus akur sahaja.Adam dengan lemahnya bangun dan mengambil kunci kereta untuk ke lokasi yang dibincangkan oleh Adelia untuk makan malam bersama.
"assalammualaikum."Keisha membuka kasutnya dan meletakkannya dirak kasut yang disediakan."waalaikumsalam,Keisha."Puan Hajah Mariam menyambut riang kepulangan anaknya itu.Dipeluknya si Keisha sekuat hati bagi melepaskan rindu selama hampir sebulan tidak berjumpa."Keisha mintak cuti seminggu sebab nak uruskan hal wedding dengan Noah."Keisha menjelaskan perkara tersebut kepada Ayahnya dan melabuhkan punggung disofa empuk diruang tamu itu."kamu dah call Noah ke?"Ayah Keisha mula menyoal."dah,sekejap lagi dia jemput orang.Kitaorang nak pergi ukur baju khawin."Keisha yang penat memandu itu menyelesakan badannya disofa empuk itu.
"you tahu tak,i dah lama tak keluar dengan you macam ni."Adelia mula dengan babak-babak dramanya.Adam hanya berdiam diri dan termenung."you dengar tak?"Adelia sudah mula menyedari tingkah laku Adam itu."kalau ye pun,you makan lah makanan tu."Adelia cuba memujuk."i nak balik lah,i takde mood."Adam bingkas bangun dari tempat duduknya dan pergi ke tempat parkir kereta dan beredar dari situ.
"amboi,handsomenya awak pakai baju melayu tu."Keisha memuji bakal suaminya yang sedang mencuba baju perkhawinan mereka."awak pun comel bila pakai baju tu."kata Isaac sambil memicit hidung Keisha.Sangat romantis."sayang,lepas ni saya nak bawak awak pergi satu tempat ni."kata Isaac sambil melipat baju melayu untuk majlis perkhawinannya dengan Keisha."ok,awak."Keisha yang sedang menyimpan dompetnya akur dengan segala perintah Isaac,bakal suaminya.
Ombak yang menghempas pantai,bunyi kicauan burung yang sangat merdu ditambah lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa.Cukup sempurna bagi dua pasangan yang sama padan dan sama cantik itu."dinda jangan marah-marah.Takut nanti lekas tua.Kanda setia orangnya.Takkan pernah mendua."bait-bait lagu itu dinyanyi oleh Isaac sambil membelai pipi Keisha yang sangat lembut itu."Dari jutaan bintang.Kanda paling gemerlapan.Dari segenap jejaka.Kandalah yang paling menawan."Keisha menyambung bait-bait lagu tersebut sambil memegang tangan Isaac.Tangan mereka berdua saling berpegangan antara satu sama lain.
"sayang."panggil Isaac lembut sambil membetulkan tudung Keisha."kalau kita tak sempat khawin..."belum habis kata-kata Isaac,Keisha menutup mulut Isaac dengan jari telunjuknya."tiada apa yang akan menghalang kita selagi kita saling mencintai."Keisha berkata-kata dengan raut wajah yang sangat manis dengan senyuman yang sangat manis.Tiada hati yang tidak akan cair dengan senyuman itu."in sha allah,sayang.Saya cintakan awak hingga akhir nafas saya."kata-kata Isaac membuat Keisha terharu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience