Bab: 5 Cabaran yang lebih besar menanti

Action Series 1127

"Tush,tush,tush",kedengaran bunyi Zack sedang manambah baik pondok kecilnya yang sudah tidak kukuh lagi.Kini sudah genap sebulan Zack terkandas di dalam hutan.Dalam masa sebulan itulah Zack telah membina banyak benda yang berguna.Sebagai cintoh, dia telah membina sebuah takungan air untuk diminum.Dia juga telah menjadi lebih handal dalam pelbagai perkara.Tiba-tiba,seekor beruang menyerang Zack.Habis musnah segala yang diusahakan oleh dia.Yang ada padanya hanyalah sebilah kapak ,lembing dan juga sedikit makanan yang mungkin cukup untuk dua hari sahaja.Walaupun apa yang berlaku Zack masih tabah menghadapi cabaran yang ditempuhinya.Zack bertekat untuk memburu beruang itu.Maka dengan buku ihtiar hidup dan tenaga yang ada,dia pun mula membina perangkap untuk menangkap beruang tersebut.setelah siap dia pun membaiki apa yang dimusnahkan oleh binatang tersebut.Dia hanya menunggu,menunggu dan menunggu sehingga beruang itu datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience