Chapter 1

Romance Series 10574

"Seriously Daddy?!!" bentakku dengan rasa tidak puas hati lalu menghentak-hentakkan kakiku untuk menunjukkan tanda protes.

"Yes, fullstop." ucapnya dengan nada dingin sambil ligat bermain skrin phone dihadapan dirinya.

Aku mengetap bibir.

Gelisah, resah semua ada!

'Aduh, habislah aku kena control 24 jam takde privacy' omelku sendirian. Hatiku resah tatkala memikirkan kejadian petang tadi.

"Tt-tapi..." belum sempat aku menghabiskan ucapanku datang pula yang menyampuk! Hish..apa dia ingat boleh main potong-potong line macam racing ke?!

"Kalau tak nak bodyguard tu, biar aku jelah yang jadi..nak tak?" sampuknya sambil mengangkat kedua-dua belah kening lalu tersenyum nakal. Amboii..siap offer bagai eee tak mau i!

"Hesy! kalau kau jadi bodyguard aku kang silap-silap haribulan bukan aku yang kena guard, perempuan-perempuan cun pulak kena guard!" balasku dengan rolling eyes. Menyampah!

Naim tarik muka bengang akan penyataan yang didengarinya.Walhal itulah kenyataan tentang dirinya itu sang tukang playboy! entah macam manalah kitaorang boleh jadi bestfriend sampai sekarang.

"Yela-yela, alaa..aku gurau je tapi apa salahnya mana tahu tetiba aku jadi bodyguard terus dapat kau." katanya lalu tersengih-sengih seperti kerang busuk.Wow, angan-angan tinggi melangit betul mamat ni!

"Apa? apa aku tak dengarlah? aku comel? aku cantik?" soalku bertalu-talu sengaja mahu mengusik Naim.

"Eh muka kau cantik, puihh muka serupa badak air ada hati cakap cantik comel kahkahkah!" tergelak-gelak Naim membalas lalu sempat menolakku ke dalam kolam air. Dia melarikan diri dengan pantas cuba mengelak daripada terjatuh.

"Haaa..ni baru betul badak air!" ucapnya seraya menolakku kedalam kolam. Dia ketawa senakal-nakalnya.

"RAJA NAIMI AFFENDI!!!!!" jeritku dengan muka yang sudah siap merah padam.

Tringg!!

Aku mendapat idea dan mula mengukirkan senyum jahat. Nanti kau Naim!

"Huh..Huh..tolongg!!" jeritku berpura-pura lemas.
Naim mula panik apabila mendengar jeritanku lalu dengan pantas dia menerjun ke dalam kolam air untuk menyelamatkanku.

"Eh asal elok je, steady ni?!" gumam Naim hairan setelah dia melihatku. Oops..sorry! gelakku riang didalam hati.

Aku pula memasukkan kepala Naim ke dalam air lalu cuba melarikan diri namun gagal. Kakiku sudah kemas didalam pegangan Naim.

"Haa..mana nak lari tu??" soalnya nakal.

"eeeee..." rengekku cuba meraih simpati. Harap-harap termakanlah mamat ni hehe!

"Kau ingat aku akan terkena ke dengan muka kau yang serupa badak air!" perlinya sengaja menyakitkan hatiku.

"Alaaa.." ucapku acah-acah comel. Padahal mahu tergelak rasanya melihat reaksi Naim panik tadi! padan muka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience