Rate

Full

Short Story Completed 1567

Sam, I miss you a lot. Tak terasa dua tahun dah berlalu. After everything that we have going through all this time, you leave me. Sam, I really miss you. Even after two years, I tetap tak dapat move on dari you. Sam, you tinggalkan I saat I perlukan you. Sam, kita dah mengharungi begitu banyak cubaan dalam hubungan kita. Kenapa you pergi tinggalkan I selama-lamanya? You are the best boyfriend of mine. Selama tiga tahun kita dah bersama, you tak pernah buat I terluka. You selalu mengalah untuk I even I yang salah. Sam, I really love you. Andai waktu boleh diundur dan masa boleh ditukar, I takkan pernah buat you marah atau sedih. I akan jadi girlfriend yang terbaik untuk you. I tak minta apa-apa. I cuma nak bersama you selamanya. I menyesal sebab selama ni I selalu buat you marah dan sedih. Pasti you kecewa dapat girlfriend macam I. I never understand you. I am so sorry, Sam.
  Untuk kesekian kalinya air mata Elysha mengalir untuk seorang lelaki yang amat dia cintai. Samuel Zacklwyn, seorang lelaki kacukan, mempunyai sepasang mata berwarna biru kehijauan, pemilik hati Elysha Adriana selama tiga tahun sebelum dia pergi untuk selamanya. Samuel terlibat dalam kemalangan pesawat terhempas di atas lautan. Dua tahun telah berlalu dan Samuel masih menghilang. Elysha sudah mencuba sedaya upaya mencari tahu keberadaan kekasihnya itu. Namun, kehampaan demi kehampaan yang ditemui.
  Suatu hari, Elysha ternampak seseorang seperti Samuel di taman. Dia yakin kekasihnya itu masih hidup kerana nama Samuel tidak tersenarai dalam korban yang maut dalam kemalangan pesawat tersebut. Elysha mengekori lelaki itu tetapi sayangnya dia kehilangan jejak lelaki itu dalam keramaian manusia di taman itu. Elysha pergi ke rumah Samuel. Kedatangan Elysha disambut kasar oleh ibu Samuel, Marian.
"Aunty, I want to meet Sam. He is here, right? Dia masih hidup kan? Aunty, please. Sha nak jumpa Sam." Elysha merayu.
"Elysha! Samuel dah mati! Accepts the fact that he is dead. Pergi balik!" Marian mengusir Elysha.
  Elysha menunggu di halaman rumah sambil berdiri bersandar pada keretanya. Dia memandang ke beranda tingkat atas rumah itu. Kamar itu adalah kamar Samuel. Elysha melihat ada cahaya samar-samar di kamar itu dan ada sosok manusia berdiri di tepi tingkap. Elysha masih menunggu. Dia sangat merindui Samuel. Hujan mulai turun membasahi bumi. Elysha masih berdiri di sana, masih menunggu.
  Samuel memerhatikan Elysha dari kamarnya. Dia sangat merindui teman wanitanya itu. Namun, hasratnya untuk menemui Elysha terhalang oleh ibunya. Ibu Samuel menganggap Elysha penyebab Samuel terlibat dalam kemalangan dua tahun lalu. Masih segar dalam ingatan Elysha kejadian dua tahun lalu.
"Sayang, I think I can't come on time to your birthday party. I masih ada kerja kat sini. But, I will surely come. Cuma mungkin lewat sikit." Samuel berkata ketika menelefon Elysha.
"Sam, you must come. Kalau masih banyak kerja, tinggalkan dulu. I lebih penting, okey?" Elysha mahu Samuel hadir di acara hari jadinya tidak kira bagaimana pun.
"Okey sayang. Kerja I tak banyak ni. I akan naik flight tengah hari nanti. Take care, sayang. I love you." Samuel senyum.
"Okey. Love you too."
  Samuel berada di Jakarta sejak dua hari lalu atas urusan bisnes. Dia cepat-cepat menyelesaikan kerjanya di sana demi kekasihnya yang tercinta. Elysha akan menyambut hari jadinya yang ke-20 malam nanti. Semasa kapal terbang berada di ketinggian 38,000 ft, Samuel menghubungi Elysha. Dia membuat panggilan video. Dia memegang sekeping kertas bertulis 'I love you from 38,000 ft'. Elysha sangat gembira.
  Pada pukul 1:50 petang itu, Samuel mengirim sms kepada Elysha. Dia takut dia akan lewat sampai. Elysha lahir pada pukul 1:50 petang 16 Mac.
My pretty girlfriend, my chubby boo, my sweetie pie and my lovely darling, Elysha Adriana. Sayang, on your 20th birthday, I wish you happiest birthday. Sayang, sorry if I can't come on time to your party. I want you to know that I will love you no matter what happened. Sorry if I can make you happy all this time. Remember that I love you as always. You make me know what and how love exactly is. Sayang, I love you. Take care and be a good girl.
  Begitulah pesanan terakhir daripada Samuel yang Elysha dapat. Belum sempat Elysha membaca sms dari Samuel, telefonnya terpadam kerana kehabisan bateri. Elysha berada di rumah dan sedang menyiapkan persiapan untuk majlis hari jadinya malam nanti. Elysha mengecas telefonnya. Malam itu, dia dikejutkan dengan berita kapal terbang yang dinaiki oleh Samuel terhempas. Elysha berusaha menghubungi Samuel berulang kali tetapi gagal. Elysha sudah menangis meraung-raung. Rakan-rakan yang hadir berusaha menenangkannya. Ayah dan ibu Elysha juga berusaha menenangkan anak tunggal mereka itu. Semenjak itu, Elysha menunggu khabar tentang Samuel. Begitulah kisah dua tahun lalu.
  Kini, Elysha yakin Samuel masuh hidup. Dia yakin orang yang dia lihat tadi ialah Samuel. Elysha berhujan di halaman rumah Samuel. Seketika kemudian, seorang perempuan, Ariana keluar dan mengaku sebagai isteri Samuel meminta Elysha pulang. Elysha pulang dengan hati yang remuk redam. Beberapa minggu selepas itu, Elysha terkejut melihat ramai orang di rumahnya. Semuanya melakukan persiapan seperti untuk sebuah majlis besar.
"Daddy, ada majlis apa kat rumah kita? Birthday Sha lama lagi." Elysha bertanya kepada ayahnya, Raymond.
"Your wedding day." Raymond berkata selamba.
"What?! Dad, you're kidding right?" Elysha hampir menjerit.
"No, I'm serious. Kamu akan nikah hujung minggu ni." Raymond memberitahu anaknya.
"Dad, Sha tak pernah tahu pasal ni pun." Elysha inginkan sebuah penjelasan yang pasti.
"Daddy dan mummy tak nak kamu terus menerus memikirkan si Samuel yang dah jadi arwah tu. Sha, relakan pemergian orang yang dah meninggal." Raymond memegang kedua-dua belah bahu anaknya itu.
"Dad, I'm big enough to make decision for my future. I have my right to choose my life partner. There's no need for you and mummy to do this. Daddy, Sha tak suka semua ni. I'm not ready for a marriage yet." Elysha membantah perbuatan ayah dan ibunya.
"Why? Because you still waiting for Samuel, right? Enough Sha! He is dead. There's no use for you to wait for him anymore. Move on with your life. Daddy dan mummy cuma nak yang terbaik untuk kamu." Ibu Elysha, Elina pula bersuara.
"Yes! I'm waiting for Sam. Sha yakin dia masih hidup. I'm really sure that he is still alive. Sha tak terima semua ni. Batalkan pernikahan ni atau daddy dan mummy akan kehilangan Sha." Elysha berlari memasuki kamarnya.
  Di kamar, Elysha menangis semahunya. Dia hanya mahu Samuel yang menjadi pendamping hidupnya. Dia hanya mencintai Samuel. Jika bukan Samuel, dia tidak mahu siapa-siapa lagi. Raymond telah menyuruh orang bawahannya mengunci pintu kamar Elysha agar Elysha tidak dapat lari. Keluarga Elysha mempunyai ramai orang gaji, pengawal dan pemandu peribadi. Elysha tidak suka diikuti oleh pengawal. Dia lebih suka bersendirian dan memandu sendiri.
  Elysha tidak menyangka ayahnya akan mengunci pintu kamarnya. Dia menyedari pintu kamarnya dikunci dari luar apabila dia mahu keluar dari kamarnya. Dia berniat untuk melarikan diri. Elysha memandang tingkap. Kamarnya berada di tingkat dua rumahnya. Mustahil untuk dia melompat keluar atau turun menggunakan tali. Di bawah ada beberapa pengawal yang berjaga. Kawalan sangat ketat.
  Keesokan pagi, sepupu Elysha, Jessie, datang untuk mendandan Elysha. Elysha meminta bantuan Jessie untuk mengeluarkannya dari sana. Elysha memakai pakaian Jessie manakala Jessie memakai pakaian Elysha ketika itu. Kemudian, Elysha keluar dari kamar. Dia segera berlari masuk ke keretanya. Dia tidak mahu menikahi lelaki yang tidak dia cintai. Elysha memandu ke rumah Samuel. Kebetulan Samuel sedang berada di halaman rumah.
"Sam." Elysha mendekati Samuel.
"Sha?" Samuel terus memeluk Elysha.
"Sam, I miss you. Kenapa you tak pernah hubungi I? I sangka you betul-betul dah tak ada tau." Elysha menangis dalam pelukan Samuel.
"Samuel!! Masuk!!" Marian berteriak memanggil anaknya.
"Sha, I have to go." Samuel memegang tangan Elysha dan menatap ke dalam mata Elysha.
"Sam, I akan berkahwin hari ni. I lari sebab I cintakan you dan sayangkan you sorang." Elysha memberitahu Samuel.
"Sam!! Cepat balik!!" Marian memanggil anaknya itu lagi.
"Ma, I'm sorry. Kali ni Sam tak dapat ikut cakap mama. Sam cintakan Elysha Adriana, bukan Ariana. Sayang, let's go." Samuel mengajak Elysha pergi.
  Dalam perjalanan, Elysha tidak henti-henti memandang Samuel. Sungguh di merindui raut wajah dan sosok tubuh di hadapannya itu. Samuel masih seperti dulu. Tiada yang berubah. Cuma wajahnya saja yang sudah berjambang. Samuel memberitahu Elysha bahawa Ariana ialah jururawat yang merawatnya dahulu. Ibunya telah menjodohkannya dengan Ariana walaupun dia membangkang keputusan ibunya itu.
"Sayang, I miss you. Sorry sebab tak dapat hadir ke birthday party you." Samuel memegang kedua belah tangan Elysha.
"It's okay. I bersyukur you selamat. I tak tahu macam mana kehidupan I kalau you betul-betul dah tiada." Elysha melentokkan kepalanya di bahu Samuel.
"My big baby dah grown up. Dia dah matang, tak pemarah lagi dan yang paling penting, dia masih setia macam dulu. Thanks sayang." Samuel mengusap rambut kekasihnya yang tercinta itu.
"Sam, you ikut I jumpa daddy ya? I nak daddy tahu yang selama ni I benar. I benar sebab you masih hidup." Elysha mahu ayahnya tahu bahawa nalurinya selama ini benar.
  Setelah mereka bertemu keluarga mereka, semuanya selesai. Marian menerima keputusan anaknya untuk menikahi Elysha. Ariana sedar cinta Samuel terhadap Elysha sangat besar lalu mengundurkan diri. Samuel dan Elysha pun dinikahkan.
                                ??TAMAT??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience