Bab 1

Romance Completed 58426

Zamri terleka memerhatikan belakang gadis yang duduk di tepi tasik tersebut. Lama duduk berteleku seperti meratapi sesuatu kehilangan. Mengadah ke langit tanpa berkelip.Terasa ingin menatap wajahnya secara berdepan.

'Apa kau pandang tue Zam?'sapa abangnya, Zahid.

'Takde apa-apalah bang.'

Matanya kembali ralit memandang gadis tersebut yang masih tak berganjak kedudukannya.

'Apakah yang menyelubungi fikiran dia?'Terdetik hati Zamri untuk mengetahui.Entah kenapa, dia teringin mengenali gadis itu.

'Bang, Zam nak jalan kejap.'

Kaki diatur perlahan ke arah gadis tersebut. Masih khusyuk memandang ke depan.Perlahan salam di hulur.Gadis tersebut menyambut salamnya tanpa memandang ke arahnya.Terkilan.

'Saya menganggu cik ker?'

'Tempat ni awam.Takde sebab pula awak menganggu saya.'

Gemersik suara gadis tersebut menyusup ke hatinya.

'Sorang je?'

'Ina..sorry..sorry..aku terlambat amik kau.'sapa satu suara di tepi Zamri dan masih termengah-mengah..Mungkin berlari ke sini.

'Takpelah Sue. Janji kau ingat ambik aku.Aku tak kisah.'

Suzana menarik tangan Farina dan menyangkut handbag Farina di bahu kanannya.Zamri yang melihat agak pelik.Adakah dia.....?

'Sorry encik..kawan saya ni tak dapat melihat..Minta diri dulu.'

Zamri mengangguk kepalanya.

'Patutlah...'

Zamri memerhatikan langkah dua gadis yang makin menghilang dari pandangan matanya.Padanlah dia mengadah langit lama, dia tak boleh melihat..Hanya boleh merasa.Timbul rasa simpatinya..

Akankah bertemu lagi dengan gadis itu?Hati Zamri berharap sangat sekiranya ada lagi pertemuan antara mereka...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience