Rate

Bab 1 - Anjelina

Humor Series 5623

“Kringg..kringg..kringgg..!!" jam loceng berdering meronta.Edi terjaga dari mimpinya.Mana tak nya,kalau dah satu rumah bising dengan bunyi jam loceng yang datang dari bilik Khai Jin.Edi menguap besar sambil menggaru kepala.Dia cuba menggerakkan kakinya yang malas itu menuju ke bilik jin.Pergerakkannya sekejap ke kiri sekejap ke kanan dah macam sotong.Biasalah baru bangun tidur..

Edi menolak luas pintu bilik jin.Matanya sedikit membesar.Terkejut dengan keadaan sekeliling bilik itu.Macam sarang tikus.! Unta padang pasir pun tidak malas macam ini. Tambahkan lagi dengan gaya tidur jin yang menonggeng itu cukup membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti akan merasa seperti ada aura super saiya macam dalam cerita dragon ball.Menyirap darah-darah!

Edi mengambil tiga langkah kebelakang.Dia menggayakan kedudukannya seperti Beckham pemain bola sepak England.

“Hehee..kau rasakan ni jin..kau ingat dengan gaya tidur menonggeng kau tu..kau nampak gwiyomi?? Kau silap besar bro.." Herdik edi.Dia tidak sabar untuk mengaktifkan tendangan mautnya.

Papp!! Satu tendangan padu hinggap tepat ke punggung jin.

“Perghh..!!apa benda pula ni sakit la.." Khai Jin menjerit kecil.Dia menutup bahagian yang sakit itu dengan kedua belah tangannya.Edi ketawa besar melihat sahabatnya tertonggeng ke depan.

“Kau nak tahu apa benda tu..? Ni haa..cap kaki tiga aku ni..nak kena lagi? Aku tahu lah kau bos kena bangun awal kan..tapi set jam sebelah telinga pun kau tak boleh dengar? Aku ni dari bilik sebelah pun boleh dengar tahu tak? Dah..dah..sekarang kau bangun kau pergi mandi lambat kita nanti..dengan pantasnya kau pergi mandi sekarang." Edi mengarah macam boss dan berlalu pergi sambil ketawa kecil.Jin memandang edi dengan perasaan geram seolah-olah dia dah perati lama dengan mamat tu.Jin menarik bantalnya dan mencampak ke arah edi.Edi mengelak dan berlari anak sambil ketawa meninggalkan bilik.Jin hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.

Edi atau nama panjangnya Edi Kazir adalah satu-satunya sahabat rapat yang jin ada.Edi kazir juga berkerja sebagai pembantu kedai di tempat jin.Yang membezakan mereka,edi hanya pembantu kedai dan jin pula boss di tempat edi berkerja.

“Huuu..sejuknya mandi pagi-pagi ni.." kata jin selepas selesai sahaja mandi.Jin berdiri di depan cermin dan membelek wajahnya berulang kali.

“Perghh..! kacak juga aku ni..klu macam ni lah Janna Nick pun boleh cair tengok aku.." jin berangan.Dia mengayakan badannya seperti ahli bina badan.Acah-acah ada six-pack walaupun tak ada.Jin mengenakan pakaian kemas dan memakai wangi-wangian.

“Jinnnnn..! kau dah siap ke belum??" kedengaran suara edi menjerit dari bilik sebelah.
“ye..siaplah ni.." balas jin semula.Jin menutup rapat pintu biliknya dan terus menuruni anak tangga.

Selesai mereka memakai kasut mereka mengunci pintu rumah.Mereka akan pastikan rumah mereka sentiasa dalam keadaan selamat.

“Nah..kunci arini kau drive.." jin melambungkan kunci kereta Ford Ranger miliknya ke arah edi.Edi sambut dengan muka loya buruk.
“Memang aku pun yang selalu drive.." perli edi.Jin tersengih-sengih dengan jawapan edi.Macam mintak kena tampar pun ada.

Seperti biasa kedai jin beroperasi pada pukul 10 pagi.Edi menyusun dan menambahkan stok yang mana ada kurang.Jin pula akan membuat kira-kira di depan meja kaunter.Selepas selesai kerja mereka,jin dan edi akan keluar mencari sarapan.
Mereka selalu akan membeli sarapan tidak jauh dari kedai.Warung mak Noni.Mereka memang dah biasa sarapan di situ kerana nasi lemak mak noni memang sedap hingga menjilat sudu dan pinggan.

“Kamu berdua nak makan apa? minum apa? atau macam biasa?" tegur mak noni mengambil order.
“Macam biasa lah mak noni..saya ni kalau sehari tak makan nasi lemak mak noni boleh jadi sawan tau..” usik edi. Mak noni tersenyum.Bangga lah tu..

“Erm..mak noni..nak tanya sikit boleh tak?" jin tiba-tiba menanyakan sesuatu.Dia merapatkan sedikit kedudukannya di tepi mak noni.
“haa..kenapa jin tanyalah..banyak-banyak pun tak apa.."
“Ermm..semalam saya ada nampak seorang gadis Kat warung mak noni ni..siapa gadis tu? setahu saya warung mak noni ni tak ada perkerja perempuan..si abang man tu je yang saya tahu.."
“Owh...kenapa? berkenan ke..?” usik mak noni.
“eh..tak Ada lah mak noni cuma nak tahu saja..” jin tersengih.Minat lah tu..
“Yang itu Anjelina anak saudara mak noni..dia baru saja sampai Kat kl ni seminggu..katanya nak cari kerja Kat sini. sementara cari kerja baru dia tolong mak noni kat warung ni.." jelas mak noni.
“Haa..ok lah mak noni nak buat pesanan kamu ni..kamu berdua tunggu sekejap ye..” mak noni menuju ke dapur.Jin hanya menganggup.

“Ok sekarang baik kau cerita apa yang kau nampak semalam..apa yang kau sorokkan daripada aku.." edi menyoal jin dengan gaya mata yang penuh aura ingin tahu.

“Eh..tak ada apa lah..ni haa.. semalam aq nak pergi kedai beli telur..pergi kedai..kedai tutup.” jawap jin selamba.

“Apa kau ingat aq dah pekak tak dengar apa yang kau cakap? kau pernah dengar tak orang kena tampar kat warung mak noni?? tak pernah kan..karang ada yang mendapat.” edi meniup-niup tapak tangannya dan menunjuk pada edi.Menunjukkan niatnya memang teringin menampar sesuatu.

“haha! eyy.. gentle arr..takkan tu pun nak marah? hahaha..!” jin ketawa.Edi terasa berang d byengan sikap boss nya itu.Nasib baik boss klu tidak..zapp! dah kena dah sesedas dua.Sedang ralik mereka berdrama muncul seorang gadis cantik dan bertudung memasuki warung itu.

“Assalamualaikum..selamat pagi mak ngah..sorry anje lambat..lama tunggu bas tadi.” tegur anjelina sambil mencium pipi mak noni.
“Alhamdulillah..sampai pun kamu..risau mak ngah di buatnya..kamu ni baru sampai kl,mak ngah risau kamu sesat..” mak noni menggosok dadanya tanda lega.

“Alaa..mak ngah ni..anje okay lah..tahu lah anje jage diri..lagi pun mak ngah dah ajar kan Kat anje macam mana nak Naik bas ke sini.” jelas anjelina sambil tersenyum.Dia tidak mahu hati orang tua itu risau.

“Kalau macam tu okay lah..haa..nah cepat tolong mak ngah hantar pesanan ni..kat meja hujung tu." mak noni menunjuk arah pada meja jin dan edi duduk.Anjelina segera menghantar pesanan yg disuruh mak noni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience