Rate

BAB 4

Horror & Thriller Series 9874

Masa berlalu dengan pantas. Beberapa jam mereka berbincang, hujan kian reda. Pak Uda dan beberapa anak buahnya pun mahu beredar. Zakri yang menjadi saksi tidak juga munculkan diri.
“Harap lepasni takda timbul perkara berunsur fitnah lagi macam ni” Ibu Mawar membasa basi.
“Kami pun harap macam tula. Mulut orang kita mana boleh tutup kan?” perli Ibu Adam. Mereka pun tergelak.
“Kami pulang dulu ya. Mintak maaf sangat-sangat atas tuduhan yang bukan-bukan ke atas Mawar dan Adam.” Pak Uda dan yang lain meminta diri untuk pulang. Mereka bertukar salam.

Putra dan Adam pun berehat di taman belakang rumah Adam. Putra kelihatan runsing.
“Eh kau pehal doh?” Tanya Adam.
“Aku? Aku apahal apa?” Tanya Putra kepada Adam balik. Adam ketawa.
“Aku geram betul dengan si Zakri. Boleh dia fitnah aku dengan Mawar” Adam meluahkan perasaan marahnya. “Malu muka dibuatnya. Satu kampung kot weh. Babi Zakri” sambung Adam lagi.
“Alah kau rileks je. Lepas ni dia takkan kacau kau lagi” jawab Putra selamba.
“Pehal pulak? Mana kau tahu, esok-esok datang lagi buat cerita aku pijak terus” Adam kelihatan tidak puas hati. “Aku nak jadikan Mawar tu halal untuk aku. Dia orang pulak buat cerita” Adam meluahkan perasaannya.
“Kan aku dah cakap. Lepasni takkan ada orang kacau kau and Mawar dah bro. So come on la? Just forget about it okay?” Putra cuba menenangkan kawan baiknya. Mana tak sayang dari kecil dah macam adik beradik. Putra terhutang budi pada Adam. Adam banyak bantu keluarganya dulu. Tragedi ngeri yang dialami Putra kian pudar kerana sokongan kawannya Adam.

(10 TAHUN LALU)
KAMPUNG KASEH

“IBU!!! AYAH!!!” Jerit Putra. Putra yang masih lagi berumur 12 tahun itu menjerit memanggil ibunya. Rumah mereka terbakar. Api kian marak. Putra menangis. Dua lelaki memegang erat Putra. Terdengar jeritan di dalam rumah mereka melaungkan “Allahuakbar! Allahuakbar!!” Suara ibu bapa melaungkan nama Allah Maha Besar. Jeritan mereka menyayat hati penduduk di kampung. Siapa pun tidak berani menolong. Mereka hanya mampu mengambil air dan menyimbah. Sungguhpun begitu usaha mereka hanya sia-sia. Rumah itu hampir hangus. Putra terkedu dan pengsan.

Putra sedar. Kelihatan Adam dan kawan-kawannya melihatnya.
“Aku kat mana ni?” Tanya Putra.
“Hospital” jawab Adam.
“Mana ibu ayah aku?”
Pertanyaan Putra disambut sepi. Masing-masing tunduk menandakan rasa bersalah kerana tidak dapat berbuat apa apa akan orang tuanya.
“Maafkan Pak Uda nak. Kami dah cuma untuk selamatkan ibubapa kamu. Malangnya api kat sana kuat.” Pak Uda akhirnya menyampaikan luahan hati mereka.
“Putra kau kena kuat.” Adam memegang tangannya.
“Aku nak sesorang” Putra bercakap perlahan tetapi jelas kedengaran. Mereka pun meninggalkan Putra seorang di dalam bilik wad itu. Adam terdengar Putra menangis teresak-esak. Dia adalah anak tunggal kepada keluarganya. Putra hanya sebatang kara. Adam sebak mendengar tangisan sahabatnya itu.

Setelah beberapa hari berada di hospital. Putra pulang bersama Adam dan ibu bapa Adam. Rahmat dan Fauziah menganggap Putra seperti anak mereka sendiri. Sikap hormatnya kepada orang sekeliling sangat dikagumi. Sikap Putra berubah dari seorang yang ceria menjadi pendiam sehinggalah sekarang. Kebakaran itu disiasat oleh pihak polis. Masa berlalu dengan pantas namun pihak polis menyatakan yang kebakaran itu berpunca dari gas bocor dan meletup.

(HARI INI)

Tragedi itu meninggalkan parut di hati Putra sehinggalah sekarang. Dia tawakal akan nasib hidup tanpa ibu bapanya. Adam selalu memberi semangat kepada sahabatnya itu.

Malam telah tiba, bulan mengambang dan upacara memuja diadakan. Pawang Siam memuja-muja, entah apa yang dipuja. Pawang Siam seorang dukun atau dikenali sebagai bomoh yang datang dari Siam dan tinggal di kampung itu. Kampungnya berada di dalam semak hutan. Pawang Siam yang berusia lebih dari setengah abad itu tinggal seorang diri di situ. Kedengaran ada orang memanggil namanya. Pawang Siam pun memanggil dia masuk.
“Hm?” Pawang Siam melihat dia. Kecut perut dibuatnya. Renungannya bak panah yang menusuk jantung dia.
“Baiklah. Barang semua ada dah? duit semua ada dah?” Pawang Siam bertutur bahasa melayu tetapi ada juga loghat Siam.
“Ye tok” jawab mereka serentak.
“Kamu kena ikut pantang, kalau tak takut nanti makan diri” Pawang Siam memberitahu.

(1 TAHUN LALU)
KUALA LUMPUR

Lydia seorang perempuan yang cantik, bentuk badannya menjadi idaman setiap lelaki. Lydia yang sangat cantik itu telah menawan hati Nikmal. Nikmal seorang doktor di sebuah hospital. Manakala Lydia pula seorang model. Lydia dan Nikmal akhirnya bercinta dan tanpa sengaja mereka telah terlanjur dan Lydia mengandung. Nikmal yang kelihatan baik dan jujur berubah menjadi kejam. Lydia sering dipukul olehnya. Nikmal menyuruh Lydia gugurkan bayi dalam kandungannya namun Lydia ingkar, dia mengugut Nikmal kalau Nikmal enggan bernikah dengannya. Dia akan memberitahu ibu bapa Nikmal. Perbuatan Lydia mengundang kemarahan luar biasa Nikmal. Nikmal mempunyai agenda melakukan sesuatu yang kejam keatas Lydia.

Lydia yang baru habis mandi itu pun keluar dari bilik. Terkejut melihat Nikmal dan kawan-kawannya melihatnya. Ada yang duduk ada juga yang berdiri. Mereka lebih kurang 7 orang termasuk Nikmal.
“Apa abang nak buat ni?” Tanya Lydia pada Nikmal yang cuba memeluknya dari belakang dan mahu menanggal tualanya. Nikmal kelihatan mabuk.
“Diam.. diam sayang” Nikmal berbisik. Kawannya yang lain kelihatan ketawa dan ada juga yang berdiri melihat Lydia.
“Abang! Apa ni!” Jerit Lydia. Dia menepis dan dia menampar Nikmal. Nikmal bengang. PANG! Nikmal melempang Lydia. Bibirnya berdarah.
“Kau kena layan... mereka semua!” Jerit Nikmal. Dia menunding jari kearah kawan-kawannya.
“Kau gila ka? Aku bukan pelacurlah sial!” Jerit Lydia. Kawan-kawan Nikmal pun masuk ke dalam bilik.
“Abang! Abang! Please Lydia taknak!” Rayu Lydia. Dia melutut dan memegang kaki Nikmal meminta belas kasihan.
“Sayang.. semua akan okay. Kau akan rasa nikmatnya” Nikmal membelai Lydia. Lydia menangis. Nikmal menarik Lydia dan menolaknya ke atas katil. Tubuhnya dibogelkan. Salah seorang daripada mereka merakam video.
“Sial! Kenapa kau rakam! Lepaskan aku!” Lydia menjerit. Lydia tak berdaya. Tangannya diikat di katil. Mereka pun mula merogolnya bergilir-gilir. Tidak cukup merogolnya. Mereka meliwatnya. Lydia tak berdaya. Darah keluar membuak. Kawan-kawan Nikmal terkejut.
“Awek kau ni pehal?” Tanya kawannya si Johan.
“Dia pregnant” jawab Nikmal.
“Kenapa tak kasi tahu kita orang?” Tanya mereka lagi.
“Aku nak korang gugurkan kandungan dia. Degil sangat kan taknak gugur? Padan muka kau. Terimalah habuan” jawab Nikmal. Lydia mengalirkan air mata.
“Kalau kau bagitau sesapa aku post video ni dekat media sosial” Jawab Nikmal. Lydia hanya melihat Nikmal dengan wajah yang sayu. Nikmal yang disangkakan lelaki yang boleh membimbingnya telah memusnahkan hidupnya. Lydia mengalirkan airmata.

Share this novel

Jannah Teja
2022-10-18 12:47:27 

update lah.. huhu

Nur Hidayah Ida
2020-02-16 19:54:46 

lmbtnyaa update...huhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience