APABILA WAKTU SEKOLAH TAMAT
HEY! Eun Song nak pergi library tak? Tanya Mark.
Macam seronok je lepak kat library. Jom lah kita pergi library.
Ah ajak lah adik kau sekali Haechan. Baru seronok!
Boleh juga jom cari dia.
AKU DENGAN MARK BERJALAN MENUJU KE KELAS HAECHAN AKU TERKEJUT MELIHAT ORANG YANG BERSAMA DIA
WAIT? JAEMIN? Itu Jaemin kan? Sumpah aku terkejut gila. Kenapa Jaemin ade kat sini dan siapa yang bersama dengan jaemin tu?
Ouh itu lah geng Na Jaemin. Orang panggil geng Jaemin tu sebagai Supreme 5 yang terdiri daripada Jaemin,Hendery,Ten,Johnny dan SungChan. Leader diorang Johnny dari tahun ke 5. Terang Mark.
HAECHAN! APA KAU BUAT KAT HAECHAN HAH JAEMIN?
Akak relax lah diorg tak buat apa2 pun. Seronok borak dengan diorang lagi2 tadi abang Jaemin ade saya pinjam novel dia.
DAH HAECHAN MARI KITA PERGI!Aku risau betul dengan adik aku sorang ni. Kenapalah Jaemin ni sibuk nk kacau Haechan.
Kau nk pergi mana Eun Song! Kau tak boleh lari dari aku. Kau masih belum langsaikan hutang kau lagi. Kata Jaemin.
Apa yang perlu aku buat untuk langsaikan hutang aku?
Kau kena buat apa yang aku suruh! Kalau tak....Mata Jaemin memandang ke arah Haechan sambil senyum sinis.
JANGAN KAU KACAU HAECHAN! Apa yang aku kena buat?
Ermmm... Kita tengok lah nanti apa yang aku perlukan. BYE BYE! Lalu jaemin and the gang keluar dari Kelas Haechan. Johnny Memandang aku lalu berkata...
Kau tak payah lah risau eun song.Na Jaemin tu baik orangnya sebenarnya. Lalu Johnny pun keluar dari kelas Haechan Meninggalkan aku,Mark dan Haechan.
Haechan kitorang nk pergi library nak ikut tak? Tanya Mark sambil senyum.
Boleh juga, jom pergi! Haechan adikku adalah budak bijak ,lebih bijak dari aku.Subjek kegemarannya adalah matematik. Mmg tak pelik jika dia suka pergi ke perpustakaan kerana haechan adalah ulat buku.
SETIBANYA AKU DI PERPUSTAKAAN
Wow Cantiknya tempat ni?? Aman dan da..... WAIT! WHAT? Apa diorg buat dekat sini? Aku kebingungan.
Ouhhh aku lupa nak cakap. Jaemin Ten and Johnny top 5 pelajar paling pandai kat sekolah ni. Jadi memang tak pelik jika diorg lepak perpustakaan. Terang Mark. Lihat leaderboard kat sana tu.
KEDUDUKAN DALAM SEKOLAH
1) LEE TAEYONG
2)LUCAS
3)JOHNNY
4)NA JAEMIN
5)KUN
6)PARK YOO NA
7)HA JUN KYU
8)KANG YU JIN
9)JANG HA SEOK
10)YOON YU RAE
WOW! Tak sangka rupanya mereka pelajar cemerlang.
APA KAU INGAT KITORANG NAKAL KITORANG BODOH KE? Tiba2 Jaemin bersuara. kelihatan Supreme 5 sedang berdiri betul2 dibelakang mereka.
ABISLAH KITA! Kata Mark.
Bang nak tanya? Aku Dan Mark terkejut sebab tiba2 haechan bersuara. Siapa dua pelajar teratas tu?
Lalu Johnny pun jawab Taeyong tu ketua pengawas kat sekolah ni. Tapi satu je masalah dia. Dia careless. Haritu dia bukak makanan ringan pastu habis berterabur kt lantai sbb tak berhati hati.
Kun pula menyambung Jangan kau cari pasal dengan Lucas! Dia pandai seni bela diri. Dia seorang yang tegas dan yang paling penting kita dalam kawasan dia.
Kawasan dia? apa maksudnya tu? Aku bingung.
YANG KAT HUJUNG SANA TU KENAPA BERKUMPUL ADA KENDURI KE? DH LAH BERKUMPUL BISING PULAK TU BERGOSIP PASAL ORANG LAIN! DUDUK TEMPAT MASING2 DAN DIAM ATAU KORANG BOLEH KELUAR DARI SINI!
Dah jom duduk! Ajak Mark. Bang siapa tu? tanya mark.
BARU JE TADI KITORANG KENA MARAH DAH SAMBUNG GOSIP BALIK??
Itulah Lucas! Balas SungChan. Dh ramai yg kena halau keluar oleh lucas. Lucas tu kawan baik Taeyong. Sesiapa yang melanggar peraturan dalam library ni akan dihalau keluar dari sini. Lucas pernah diterima untuk menjadi ketua pengawas tapi sebaliknya dia tolak jawatan tu dan dia cadangkan taeyong lalu lucas menjadi ketua pengawas pusat sumber. Terang SungChan.
Aku melihat Jaemin entah kenapa dia masam sejak kami melihat leaderboard tadi. seperti ada yang tk kena.
Share this novel